Tanjung Kling

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tanjung Kling

Tanjung Kling merupakan sebuah pekan bersejarah yang terletak di negeri Melaka, Malaysia. Ia menempatkan makam Hang Tuah yang terletak di sini. Pantai-pantai yang terdapat di sini ialah Pantai Kundur dan Pantai Puteri. Kedudukannya yang amat strategik, terletak di antara laluan persekutuan utama menghubungkan Bandar Melaka dan Masjid Tanah.

Tempat yang berhampiran ialah Klebang Besar, Klebang Kecil, Limbongan, Pulau Gadong, Kampong Gelam, dan Kampong Lereh.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Dari segi sejarah, Tanjung Kling mendapat namanya dari kawasan pemukiman masyarakat yang berasal dari Benua Keling,[1] (kini India), sebagaimana yang disebut dalam Peta Google dan Hikayat Hang Tuah mengenai pelayaran ke benua Keling, dan perkataan keling juga merujuk kepada masyarakat dari ras tersebut seperti ynag diperihalkan menerusi Hikayat Melayu.

Terdapat juga dakwaan yang mengatakan penduduk beras etnik India ini menetap di banyak tempat lain berhampiran seperti Pekan Keling, Kampong Keling, dan Tanjong Keling.

Semasa Kesultanan Melayu Melaka, pedagang Tamil tinggal dengan aman damai. Pengembara Portugis seperti Castanheda banyak menulis tentang zaman keagungan Melaka dari 1528 hingga 1538, menyebut mengenai kekayaan mereka dan memanggil mereka sebagai Chiitis, daripada perkataan Tamil, Chetti atau Keling (Quelins).[2] Mereka menulis bahawa bahagian utara bandar Melaka di mana golongan Chiities tinggal adalah lebih besar, baik, cantik dan kaya berbanding bahagian lain di Melaka, yang kini dikenali sebagai Tanjung Kling.

Castanheda:

"Di bahagian utara bandar, tinggal saudagar yang dikenali sebagai Quelins; Di bahagian ini, bandarnya lebih besar berbanding bahagian lain. Terdapat ramai saudagar asing di Melaka, yang seperti saya katakan dahulu, tinggal sesama mereka. Mereka ialah moors (Arab) dan pagan. Kaum pagan kebanyakannya datang dari Paleacate; mereka menetap di sini. Mereka amat kaya. Mereka ialah pedagang terkaya di dunia pada tempoh ini"...... [3][4]

Keselamatan[sunting | sunting sumber]

Tanjung Kling terletak dibawah kawasan atau kawalan Balai Polis Tanjung Kling yang terletak ditengah-tengah kawasan Tanjung Kling. Pada peringkat awal sebelum Balai Polis Tanjung Kling dibuka, ia hanya bertaraf Pondok Polis bermula awal tahun 1974. Hanya dikendalikan oleh seorang anggota, bangunanya dirumah kedai Pekan Tanjung Kling. Pada 1 Januari 1976 telah dinaik taraf sebagai Balai Polis dan bangunannya di Balai Raya berhadapan dengan Bangunan Pos Malaysia Tanjung Kling. Pada pertengahan tahun 1984 telah berpindah ke bangunan sekarang.


Pelancongan[sunting | sunting sumber]

Bukit Banglo Tanjung Keling ialah 95.7 meter dari aras laut (above sea level). Jalan Raya 101.22 meter dan makam 105 meter dari aras laut.

Pandangan Selat Melaka yang sayup mata memandang. Pelantar minyak petronas yang cantik tidak jauh dari pantai. Kelihatan juga Masjid Tanjung Kling yang gah berdiri. Rekabentuk keseniannya yang unik merupakan masjid tertua di Tanjung Kling. Senibinanya mirip senibina masjid lama yang seperti Masjid Tengkera dan Masjid Kampung Hulu.

Tempat menarik[sunting | sunting sumber]

Hotel dan Resort[sunting | sunting sumber]

Sekolah[sunting | sunting sumber]

Taman Perumahan[sunting | sunting sumber]

  1. Taman Seri Nilam
  2. Taman Tanjung Kling

Pekan berhampiran[sunting | sunting sumber]

  1. Bukit Rambai
  2. Tangga Batu

Rujukan[sunting | sunting sumber]