IRIS-T

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
IRIS-T
IRIS-T air-to-air-missile.jpg
Model 1:1 IRIS-T
Penerangan
Jenis Peluru berpandu Udara-ke-Udara Jarak Dekat
Pengeluar Diehl BGT Defence
Kos seunit EU € 400,000
Mula digunakan Disember 2005
Pengguna  Jerman Bendera Greece Greece
800px-Flag of Norway.svg.png Norway Bendera Itali Itali
 Sweden  Austria Bendera Sepanyol Sepanyol
Ciri-ciri umum
Panjang 2936 mm
Diameter 127 mm
Rentang sayap 447 mm
Berat peluru berpandu 8704 kg
Berat kepala peledak Letupan kuat (HE) / Bom serpihan
Enjin Roket bahan api pepejal
Kelajuan Mac 3
Ketinggian penerbangan 0 - 20,000 m
Jarak ~ 25 km
Panduan Infra merah
Fius Fius hentaman dan radar aktif dekat
Platfom pelancaran

IRIS-T (Infra Red Imaging System Tail/Thrust Vector-Controlled) adalah satu program untuk membangunkan peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat yang diketuai oleh Jerman untuk menggantikan AIM-9 Sidewinder. Pesawat yang berupaya untuk membawa dan menembak Sidewinder juga berupaya untuk melancarkan IRIS-T.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 1980-an, Jerman Barat adalah rakan usahasama dengan United Kingdom dalam program ASRAAM dan bertanggungjawab dalam pembangunan sistem penjejak. Tetapi selepas penyatuan Jerman pada 1990, Jerman mendapati ia mempunyai banyak simpanan stok peluru berpandu Vympel R-73 buatan Rusia (nama pengenalan NATO: AA-11 Archer) yang dibawa oleh pesawat MiG-29 Fulcrum dan membuat kesimpulan bahawa keupayaan AA-11 Archer telah disalah jangka. Sebagai contoh, ia didapati lebih mudah untuk dikendalikan dan lebih berupaya dari segi memperolehi dan mengesan penjejak. Kesimpulan ini memberi petunjuk kepada Jerman untuk menyoal aspek-aspek tertentu rekabentuk ASRAAM yang berkaitan dengan rangka pesawat yang mana di bawah tanggungjawab Britain. Kebimbangan tertumpu kepada kekurangan tujahan vektor untuk membantu keboleh-kendalian semasa pertempuran udara jarak dekat. Apabila kebimbangan ini ditimbulkan, Jerman dan Britain tidak dapat mencapai persetujuan berkenaan rekabentuk ASRAAM, oleh sebab itu pada 1990 Jerman menarik diri daripada projek ASRAAM sementara Britain telah mencari penjejak lain dan membangunkan ASRAAM berdasarkan keperluan asal.

Pada akhir tahun 1990, rakan kongsi daripada AS menyatakan kebimbangan yang sama dan memulakan kerja naik taraf pada rekabentuk Sidewinder untuk meningkatan keboleh-kendalian dan keupayaan IRCCM (InfraRed Counter Counter Measures), iaitu langkah untuk mencegah pencegahan infra merah (IRCM). Program ini dinamakan sebagai AIM-9X.

Rakan pembangunan[sunting | sunting sumber]

Pada 1995, Jerman mengumumkan program pembangunan IRIS-T, dengan kerjasama dengan Greece, Itali, Norway, Sweden dan Kanada. Kanada kemudiannya menarik diri.

Penyusunan sumbangan kerja bagi pembangunan IRIS-T adalah:

  • Jerman 46%
  • Itali 19%
  • Sweden 18%
  • Greece 13%
  • 4% dipecahkan di antara Kanada dan Norway.

Pada 2003 Sepanyol turut serta sebagai rakan kongsi pembelian.

Luftwaffe (Tentera Udara Jerman) menerima penghantaran pertama peluru berpandu ini pada 5 Disember 2005.

Kelainan[sunting | sunting sumber]

IDAS[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: peluru berpandu IDAS

Varian IDAS adalah versi peluru berpandu bagi kegunaan tentera laut, juga dibangunkan untuk kapal selam Type 212 baru dari Tentera Laut Jerman. IDAS sepatutnya menghapuskan ancaman udara, kapal permukaan kecil atau sederhana atau sasaran berdekatan pantai.

IRIS-T SL / SLS[sunting | sunting sumber]

Sebagai tambahan kepada program MEADS, Tentera Darat Jerman dan Luftwaffe bercadang untuk mengintegrasikan versi peluru berpandu pelancaran permukaan, dikenali sebagai IRIS-T SL / IRIS-T SLS, ke dalam program ini untuk projek masa depan iaitu SysFla Tentera Laut Jerman dengan gabungan peluru berpandu LFK NG Tentera Darat Jerman, juga dikeluarkan oleh Diehl BGT Defence.

Keupayaan kombat[sunting | sunting sumber]

Rintangan tinggi terhadap ECM (Electronic Counter Measures), pembezaan sasaran, menumpaskan flare dan keupayaan pertempuran dekat terlampau (60 g, 60°/s) dan 5 hingga 8 kali jauh jarak tembakan depan-sama-depan jika dibandingkan dengan Sidewinder AIM-9L. Malah sasaran di belakang pesawat pun dapat dihapuskan dengan jayanya oleh IRIS-T.

Pesanan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]