JAS 39 Gripen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
JAS 39 Gripen
Swedish JAS-39 Gripen landing.jpg
JAS 39 milik Tentera Udara Sweden semasa latihan di Bulgaria pada 2003.
Peranan Tempur pelbagai peranan
Pengeluar Saab
Penerbangan sulung 9 Disember 1988
Mula digunakan 9 Jun 1996
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Udara Sweden
Tentera Udara Czech
Tentera Udara Hungary
Tentera Udara Afrika Selatan
Jumlah dibina 213 setakat Disember 2008[1][2]
Kos seunit AS$40-61 juta (harga eksport, tidak termasuk cukai)[3][4]

Saab JAS 39 "Gripen" (Griffin atau "Gryphon") merupakan pesawat pejuang generasi 4.5 yang dihasilkan oleh syarikat aeroangkasa Sweden, Saab. Gripen International bertindak sebagai kontraktor yang bertanggung jawab bagi pemasaran, menjual dan menyokong pesawat pejuang Gripen di seluruh dunia.

Pesawat ini berkhidmat dengan Tentera Udara Sweden, Tentera Udara Czech dan Tentera Udara Hungary dan telah ditempah oleh Tentera Udara Afrika Selatan dan Tentera Udara Diraja Thailand. Sejumlah 236 buah Gripen telah dipesan setakat 2008.[5]

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Pada akhir 1970-an, pengganti untuk pesawat-pesawat uzur Sweden seperti Saab 35 Draken dan Saab 37 Viggen adalah diperlukan.[6] Pesawat baru telah dipertimbangkan pada 1979,[7] dengan kajian reka bentuk bermula pada tahun berikutnya.[6] Pembangunan pesawat Gripen telah bermula pada tahun 1982 setelah mendapat kelulusan daripada Parlimen Sweden.[8]

Pesawat Gripen adalah direka untuk keupayaan, fleksibel, kecekapan dan kebolehan untuk menyelamatan diri semasa dalam pertempuran udara. Perkataan JAS bermaksud Jakt (Udara-ke-Udara), Attack (Udara-ke-Permukaan), dan Spaning (Peninjauan), membuktikan pesawat Gripen adalah pesawat pejuang pelbagai fungsi (MRCA) atau pesawat swing-role yang dapat menyempurnakan setiap jenis tugasan. Istilah swing-role digunakan pada pesawat kelas ringan adalah bagi menggambarkan keupayaan JAS 39 gripen untuk menyempurnakan pelbagai misi tanpa mengubah peralatan perisian atau perkakasan.[9] Gripen mendapat namanya daripada pertandingan awam pada 1982.[10] Griffin adalah lambang asal pada logo Saab dan bersesuaian dengan ciri-ciri pelbagai fungsi pada pesawat. Tambahan lagi, Griffin adalah binatang pada jata wilayah Östergötland, di mana terletaknya ibu pejabat Saab AB di Linköping.

Sweden memilih untuk membangunkan pesawat Gripen daripada membeli variasi pesawat seperti F-16, F/A-18A/B, atau versi "F-5S" daripada Northrop F-20 Tigershark.

Perjanjian usahasama[sunting | sunting sumber]

Pada 1995, Saab Military Aircraft dan British Aerospace (sekarang BAE Systems) memeterai kerjasama strategik dengan penubuhan syarikat usahasama Saab-BAe Gripen AB, bermatlamat untuk membangunkan pemasaran export Gripen di peringkat antarabangsa. Perjanjian ini akan menggunakan kelebihan pengalaman pemasaran BAE di peringkat global. Syarikat BAE merekabentuk dan memperbaiki sayap, yang akan dikeluarkan oleh BAE. BAE menghasilkan kira-kira 45% daripada kerangka pesawat udara untuk tujuan eksport. BAE juga melihat Gripen sebagai produk saling melengkapi kepada pesawat masa kininya, seperti pesawat serangan ringan/latihan Hawk, Panavia Tornado dan pesawat pejuang Eurofighter Typhoon. Kerjasama ini dikembangkan lagi pada 2001 dengan penubuhan syarikat Gripen International, juga untuk tujuan yang sama. Pada Disember 2004, Saab dan BAE bersetuju bermula Januari 2005, Saab akan bertangungjawab penuh untuk memasarkan pesawat Gripen berikutan peningkatan pengalaman Saab dalam pemasaran export.

Pada 26 April 2007, Norway menandatangani perjanjian program pembangunan kerjasama berkenaan kerja pembangunan lanjutan pada versi pesawat akan datang. Nilai perjanjian, yang mana membenarkan penglibatan syarikat Norway, adalah kira-kira NOK 150 juta selama 2 tahun.[11]

Pada Jun 2007, Thales Norway A/S dan Saab menandatangani perjanjian kontrak berkaitan pembangunan sistem komunikasi untuk pesawat Gripen. Perjanjian ini menjadikan syarikat Norway adalah merupakan syarikat yang pertama dianugerah kontrak di bawah Letter of Agreement yang ditandatangani oleh Kementerian Pertahanan Norway dengan Gripen International pada April 2007.[11]

Sebagai sebahagian usaha pemasaran Gripen International di Denmark, satu urusniaga telah dimeterai pada Disember 2007 dengan pembekal teknologi Denmark Terma A/S, yang mana membenarkan Terma A/S untuk melibatkan diri dalam program kerjasama industri untuk tempoh 10-15 tahun akan datang. Jumlah nilai program ini dianggarkan bernilai lebih daripada DKK 10 bilion, dan sebahagiannya bergantung kepada keputusan Denmark untuk memilih pesawat Gripen.[12]

Pembangunan masa depan[sunting | sunting sumber]

Untuk jangka panjang, Saab dilaporkan sedang mencari enjin baru − seperti General Electric F414 atau versi tujahan vektor sepertimana yang dimiliki oleh enjin pesawat Eurofighter Typhoon iaitu EJ200 − dan tangki bahan api luaran atau membesarkan fiuslaj untuk menambah jarak operasi.[13]

Perancangan untuk penambahan selanjutnya adalah untuk kokpit dan antara muka manusia-mesin. ia termasuk sistem amaran perlanggaran permukaan, maklumat bunyi 3 dimensi, dan Input Suara Terus untuk kawalan pelbagai fungsi termasuk pandu arah, radio dan radar, termasuk bahan api dan keadaan status senjata. Keupayaan Input Suara Terus telah wujud dalam sistem pengurusan bunyi sedia ada.[13] Untuk perancangan jangka panjang, Saab dilaporkan mempertimbangkan paparan pandang atas yang lebih luas, binokular paparan lengkapan helmet (HMD) dan sistem sokongan misi termaju.[13]

Pesawat Penunjuk 2 tempat duduk "Teknologi Terkini" telah dibina[14] dan dirancang untuk pengeluaran pada 23 April 2008.

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Pandangan dekat pesawat JAS 39 Gripen semasa di Farnborough pada tahun 2006.

Dalam merekabentuk pesawat, beberapa susun atur pesawat telah dikaji. Saab akhirnya memilih reka bentuk sirip kecil yang tidak stabil. Konfigurasi sirip kecil memberi kadar olengan yang tinggi dan daya seretan yang rendah, membolehkan pesawat untuk terbang lebih laju, mempunyai jarak yang lebih jauh dan membawa muatan yang lebih besar.

Kombinasi sayap delta dan sirip kecil memberi kelebihan dan keupayaan yang lebih baik kepada pesawat Gripen semasa berlepas dan mendarat serta ciri-ciri penerbangannya. Sistem avionik yang bersepadu sepenuhnya membuatkan ia sebuah pesawat yang boleh diprogram. Pesawat ini juga mempunyai sistem peperangan elektronik terbina dalam, menjadikan pesawat ini berupaya untuk membawa lebih kelengkapan persenjataan tanpa kehilangan keupayaan untuk mempertahankan diri.

Pesawat Gripen adalah lebih fleksibel jika dibandingkan dengan pesawat kombat generasi awal yang digunakan oleh Sweden. Kos operasi Gripen adalah 2/3 daripada kos operasi bagi pesawat JA 37 Viggen.

Aksi JAS 39 Gripen di Pameran Udara Farnborough 2006.

Spesifikasi Gripen memerlukannya beroperasi dengan menggunakan landasan sepanjang 800 m. Di awal program, semua penerbangan dari kemudahan Saab di Linköping adalah menggunakan landasan seluas 9 m × 800 m. Jarak berhenti dipendekkan dengan menambahkan brek udara yang agak besar, yang mana menggunakan "permukaan" untuk mengawal dan menekan pesawat ke bawah, ini membolehkan brek tayar memberi lebih kuasa, sirip kecil akan dicondongkan ke depan, membuat ia menjadi brek udara yang besar dan memberi bantuan tambahan untuk menekan pesawat ke bawah.

Salah satu ciri yang paling menarik adalah keupayaan pesawat Gripen untuk mendarat di atas jalan raya, yang mana ini merupakan sebahagian daripada strategi pertahanan Sweden. Semasa di darat, pesawat ini akan diisi bahan api dan dilengkapi senjata dalam masa 10 minit oleh 3 orang krew bergerak yang beroperasi dengan menggunakan trak. Setelah itu, pesawat ini akan berlepas dan menyambung tugasan.

Radar[sunting | sunting sumber]

Pesawat Gripen menggunakan radar moden jenis denyutan-doppler PS-05/A, dibangunkan oleh Ericsson dan GEC-Marconi, berdasarkan radar termaju Blue Vixen untuk pesawat Sea Harrier (juga memberi inspirasi kepada radar CAPTOR untuk pesawat Eurofighter).

Radar ini berupaya untuk mengesan, mencari, mengenal pasti dan menjejak beberapa sasaran secara automatik dalam lingkungan atas dan bawah sama ada di permukaan, laut atau udara, dalam semua keadaan cuaca.

Kokpit[sunting | sunting sumber]

Kokpit mempunyai 3 paparan berwarna di bawah dan peralatan kecemasan digital yang unik. Susun atur kokpit menyediakan antaramuka manusia-mesin yang mana meringankan beban juruterbang secara drastik dan meningkatkan kesedaran situasi, ia juga berpotensi besar untuk diperkembangkan lagi pada masa depan.

Kokpit pesawat ini menyediakan kawasan paparan 30% lebih luas berbanding kebanyakkan pesawat-pesawat lain. Paparan pelbagai fungsi menggunakan kira-kira 75% daripada ruang yang ada.

Ruang kokpit dikuasai oleh 3 paparan iaitu paparan kristal cecair aktif-matriks (15.7 x 21 cm), paparan pelbagai fungsi dan paparan pandang atas (HUD) skrin lebar (20 x 28 darjah). Paparan ini dilengkapi dengan penderia cahaya berkomputer untuk mengawal keterangan dan kontras.

Juruterbang menerbangkan pesawat dengan menggunakan center stick dan pendikit di sebelah kiri.

Sejarah operasi[sunting | sunting sumber]

Pesawat Gripen kini berada dalam perkhidmatan operasi dengan Tentera Udara Sweden, yang mana telah memesan sejumlah 204 buah pesawat (termasuk 28 buah pesawat 2 tempat duduk). Tentera Udara Czech dan Tentera Udara Hungary juga menggunakan pesawat Gripen, setiap satunya telah menyewa sebanyak 14 buah pesawat dari Tentera Udara Sweden, dengan tempoh penyewaan selama 10 tahun dengan pilihan pembelian. Dalam kedua-dua kes ini, pesawat adalah dari versi 2 tempat duduk. Tentera Udara Czech dan Tentera Udara Hungary adalah pengendali pertama pesawat Gripen dari negara pakatan NATO.

Pesawat Gripen juga telah dipesan oleh Tentera Udara Afrika Selatan (sebanyak 26 buah pesawat, termasuk 9 buah versi 2 tempat duduk) dan Tentera Udara Diraja Thailand (6 buah pesawat, 4 daripadanya versi 2 tempat duduk).

Sekolah Juruterbang Ujian Empayar (ETPS) yang berpangkalan di Britain juga mengoperasi pesawat Gripen sebagai platfom jet termaju untuk juruterbang ujian dari seluruh dunia.

Pengendali terkini dan berpotensi[sunting | sunting sumber]

Tentera Udara Croatia telah mengumumkan rancangan untuk mengantikan pesawat MiG-21, berkemungkinan dengan pesawat JAS 39 Gripen atau F-16 Fighting Falcon.[15] Keputusan akan diketahui sebelum akhir tahun 2008.[perlu rujukan] Dijangka sehingga 24 buah pesawat akan dipesan.

Tentera Udara Romania telah mengumumkan mereka akan mengantikan pesawat MiG-21 LanceR bermula pada tahun 2008, kemungkinan dengan JAS 39 Gripen atau Eurofighter Typhoon.[16][17]

India telah menunjukkan minat untuk menilai pesawat Gripen untuk tender 126 buah pesawat pejuang pelbagai fungsi (MRCA) (lihat persaingan MRCA India).

Negara-negara lain yang menunjukkan minat terhadap pesawat Gripen ialah Denmark, Norway, Bulgaria, Slovakia, Chile dan Brazil.[18]

Denmark telah memeterai Memorandum Persefahaman di antara Kementerian Pertahanan Sweden dan Denmark untuk menilai pesawat, bergantung kepada rancangan masa depan Denmark untuk mengantikan 48 buah pesawat F-16nya. Denmark juga telah memohon agar variasi baru pesawat Gripen dibangunkan. Ia termasuk pakej sistem avionik terbaru, enjin yang lebih besar dan berkuasa, muatan yang lebih besar dan yang paling penting jarak operasi yang lebih jauh.

Pada 17 Januari 2007, Pentadbiran Bahan Pertahanan Switzerland menjemput Gripen International untuk menghantar bidaan awal untuk membekalkan pesawat Gripen bagi mengantikan pesawat usang F-5.[19] Pada 18 Januari 2007, Kementerian Pertahanan Norway telah menghantar Pemintaan Untuk Maklumat Ikatan (RBI) kepada Pentadbiran Bahan Pertahanan Sweden.[20]

Variasi[sunting | sunting sumber]

JAS 39 Gripen bergerak perlahan selepas pertunjukkan di Farnborough 2006.
JAS 39A
Versi pesawat Gripen pertama yang memasuki perkhidmatan dengan Tentera Udara Sweden pada 1996. Program ubah suai telah bermula dengan 31 buah akan dinaik taraf ke standard C/D.[21]
JAS 39B
Versi 2 tempat duduk untuk variasi JAS 39A.
JAS 39C
Gripen yang memenuhi piawai NATO dengan peningkatan keupayaaan dari segi persenjataan, elektronik dsb. Variasi ini juga berupaya untuk melakukan misi pengisian minyak di udara.
JAS 39D
Versi 2 tempat duduk untuk JAS 39C.
JAS 39E/F
Versi dirancang selepas tahun 2010. Ia termasuk meningkatan muatan simpanan minyak, enjin yang lebih berkuasa, beban muatan yang lebih tinggi, sistem avionik termaju dan lain-lain.[21]
Gripen NG/IN
(Next Generation) Versi cadangan dengan enjin baru (F414G), muatan minyak dan beban yang lebih tinggi, avionik yang ditingkat upaya dan peningkatan yang lain. Gripen IN juga merupakan pesaing di dalam Pertandingan MRCA India.[22]
Sea Gripen
Cadangan bagi pesawat yang berpangkalan di atas kapal pengangkut pesawat berdasarkan versi NG;[23][24] currently in development.[25]

Pengguna[sunting | sunting sumber]

Pengguna Gripen dalam warna merah, pesawat telah dipesan dalam warna hijau dan pembeli berpotensi dalam warna biru.
JAS 39 Gripen dari Empire Test Pilots' School, Farnborough 2006.
JAS 39 Gripen sedang mendarat semasa hari terbuka Tentera Udara Hungary, 2007.

Pengguna terkini[sunting | sunting sumber]

 Republik Czech
Tentera Udara Czech: Menyewa 14 JAS 39 Gripen, termasuk 2 buah pesawat versi 2 tempat duduk.
 Hungary
Tentera Udara Hungary: Pejanjian sewa-beli untuk 14 buah pesawat JAS 39 Gripen, termasuk 2 buah pesawat versi 2 tempat duduk iaitu JAS 39C/D. 3 buah pesawat terakhir diserahkan pada Disember 2007.[26]
 Afrika Selatan
Tentera Udara Afrika Selatan: 26 buah pesawat dipesan (menurun daripada 28 buah), termasuk 9 buah pesawat versi 2 tempat duduk.[27] Penghantaran pertama versi 2 tempat duduk (SA01) dijangka pada 7 April 2008.[28]
 Sweden
Tentera Udara Sweden: Pada asalnya 204 buah pesawat dipesan, termasuk 28 buah pesawat versi 2 tempat duduk (138 buah berada dalam perkhidmatan). Sweden menyewakan 28 buah pesawat, termasuk 4 buah versi 2 tempat duduk kepada Tentera Udara Czech dan Tentera Udara Hungary. Beberapa buah pesawat masih belum dihantar. Pada 2007, kerajaan Sweden memutuskan pada masa akan datang Tentera Udara Sweden akan memiliki tidak lebih daripada 100 buah pesawat pejuang JAS 39C/D Gripen.[29] Program untuk menaik taraf sejumlah 31 buah pesawat JAS 39A/B ke standard JAS 39C/D Tentera Udara Sweden telah bermula.[30]
Bendera United Kingdom United Kingdom
Empire Test Pilots' School (ETPS): Di bawah perjanjian sekarang, pengajar juruterbang dan pelatih di ETPS akan menjalani latihan pensimulasi bersama dengan Tentera Udara Sweden dan akan menerbangkan pesawat 2 tempat duduk Gripen di Saab, Linköping. Kempen latihan diadakan 2 kali setiap tahun iaitu pada musim luruh dan musim bunga. Perjanjian ini telah diperbaharui pada 2008.[31]

Pesanan[sunting | sunting sumber]

 Thailand
Tentera Udara Diraja Thailand: 6 buah pesawat, 4 buah daripadanya adalah versi 2 tempat duduk,[32] telah dipesan dengan penghantaran dijangka pada 2011, dengan potensi tambahan 6 buah pesawat pada masa depan.[33][34][35] Pesawat Gripen akan menggantikan 12 buah pesawat F-5B/E di Pangkalan Udara Surat Thani.[36]

Spesifikasi (JAS 39)[sunting | sunting sumber]

Data dari data Gripen International,[37] data Gripen untuk Brazil,[38] Superfighters,[39] laman Republik Czech,[40] persenjataan Gripen,[41] Great Book,[42] carta bahan api.[43]

Ciri umum

  • Anak kapal: 1 (2 pada JAS 39B/D)
  • Panjang: 14.1 m (46 kaki 3 in)
  • Rentang sayap: 8.4 m (27 kaki 7 in)
  • Tinggi: 4.5 m (14 kaki 9 in)
  • Sayap luas: 30.0 m² (323 kaki²)
  • Berat kosong: 5,700 kg (14,600 lb)
  • Berat berisi: 8,500 kg (18,700 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 14,000 kg (31,000 lb)
  • Loji kuasa:Volvo Aero RM12 turbin kipas pembakaran lanjut
    • Tujahan kering: 54 kN (12,100 lbf)
    • Tujahan dengan pembakar lanjut: 80.5 kN (18,100 lbf)
  • Trek roda: 2.4 m (7 kaki 10 in)
  • Panjang (2-tempat duduk): 14.8 m (48 kaki 5 in)

Prestasi

Persenjataan

Kemalangan[sunting | sunting sumber]

Sehingga kini 5 buah pesawat Gripen telah terhempas; 1 prototaip, 1 pesawat pesawat pengeluaran dan 3 semasa dalam perkhidmatan dengan Tentera Udara Sweden.

Kejadian ini agak luar biasa bagi sebuah pesawat pejuang baru dan berprestasi tinggi (sebagai perbandingan, semasa siri ujian 7 buah pesawat Saab 37 Viggen telah terhempas). Orang ramai melihat 2 kejadian kemalangan pertama, memberi imej bahawa pesawat Gripen adalah tidak selamat. Sehingga kini, pesawat Gripen yang terlibat dalam kemalangan tidak menyebabkan sebarang kematian, kecuali hanya mendatangkan kecederaan ringan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pesawat setanding

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. (Sweden) "Stark milstolpe av Gripenprojektet" (Strong milestone by the Gripen project), FMV (Swedish Defence Materiel Administration), 27 November 2008.
  2. "Fifth Gripen advanced fighter delivered to South Africa", Gripen International, 1 December 2008.
  3. "Sticker Shock: Estimating the Real Cost of Modern Fighter Aircraft", defense-aerospace.com, 2006, p. 2.
  4. Tran, Pierre. "Buy Now, Save a Bundle on the F-35", Defense News, 15 July 2008.
  5. "The Gripen Fighter Aircraft", Gripen International.
  6. 6.0 6.1 Frawley, Gerard. Panduan Antarabangsa Pesawat Tentera, 2002-2003, ms. 147. Aerospace Publications Pty Ltd, 2002. ISBN 1-875671-55-2.
  7. Spick, Mike. "Saab JAS 39 Gripen". Buku Terulung untuk Kapal terbang Perang Moden. St. Paul, Minnesota: MBI Publishing Company, 2000. ISBN 0-7603-0893-4.
  8. "Gripen − Ceritanya sehingga kini", Gripen International.
  9. Majalah Perajurit, keluaran Februari 2008.
  10. "Gripen − Peristiwa Penting", FMV (Swedish Defence Material Administration).
  11. 11.0 11.1 "Persetujuan Gripen di Norway", Gripen International, 26 April 2007.
  12. "Saab menawarkan peluang terbaik kepada industri Denmark", Gripen International, 4 Disember 2007.
  13. 13.0 13.1 13.2 Pesawat SAAB JAS 39 Gripen, Vectorsite.net, 1 Oktober 2007.
  14. "Gripen Demo − Trail-blazing the future", Gripen International, 19 Jun 2007.
  15. "Perjanjian ditandatangani ... ", Croatian Ministry of Defence On-line, 1 Februari 2007.
  16. (Romania) "SUA şi UE se intrec să ne doboare MiG-urile" (Penggantian pesawat MiG-21), dari Cotidianul, Januari 2007.
  17. (Romania) Romania menggantikan pesawat MiG-21, Antena 3, 16 Mei 2007.
  18. "The JAS-39 Gripen: Sweden's 4+ Generation Wild Card" Defense Industry Daily.
  19. "Switzerland menjemput pasukan Gripen untuk membida bagi penggantian F-5 Tiger", Gripen International, 17 Januari 2008.
  20. "Norway meminta Sweden untuk membida bagi menggantikan F-16", Gripen International, 18 Januari 2008.
  21. 21.0 21.1 (Sweden) "Klart för nya Super-Gripen" (Ready for the new Super-Gripen), E24, 17 April 2007.
  22. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Gripen_for_India tidak disediakan
  23. "Saab offers naval Gripen to India." stratpost.com, 28 December 2009. Retrieved: 23 March 2010.
  24. O'Dwyer, Gerald. "Sweden Looks Abroad for Sea Gripen Partners." Defense News, 20 June 2011. Retrieved: 23 July 2011.
  25. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan sea_gripen_1411 tidak disediakan
  26. "Sweden menghantar 3 buah pesawat terakhir ke Hungary", Gripen International, 13 Disember 2007.
  27. "Gripen team on target in South Africa", Gripen International, 13 November 2007.
  28. Hoyle, Craig. "Pesawat pertama Gripen Afrika Selatan memasuki tentera udara", Flightglobal.com, 7 April 2008.
  29. "Gripen enhancements escape Swedish cutbacks", Flightglobal.com, 7 September 2007.
  30. "Sweden menyatakan komitmen masa depan Gripen", Gripen International, 17 Oktober 2007.
  31. "Saab menandatangani perjanjian baru dengan sekolah juruterbang ujian UK", Gripen International, 15 Februari 2008.
  32. "Kerajaan meluluskan perjanjian dengan Thailand", Gripen International, 25 Januari 2008.
  33. "Thailand akan membeli 6 buah pesawat pejuang Gripen dari Sweden", Reuters, 17 Oktober 2007.
  34. "Thailand memilih Gripen dan Erieye", Gripen International, 17 Oktober 2007.
  35. "Penjanjian pembelian Gripen di antara Sweden dan Thailand ditandatangani", Gripen International, 11 Februari 2008.
  36. "Kenyataan akhbar tentang program Gripen", Tentera Udara Diraja Thailand.
  37. Gripen Technical Summary, Gripen International.
  38. (Portugis) "Gripen para o Brasil" (Gripen for Brazil), p. 6, Gripen International.
  39. Williams 2003, p. 90.
  40. JAS-39 Gripen Supersonic Aircraft, Czech Republic.
  41. Gripen weapons, Gripen International.
  42. Spick 2000, p. 431.
  43. (combat radius on p. 39, B1), Defence University, SwAF Air Tactical Command.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Griffiths, Dave. "AFM menilai pesawat Gripen." AirForces Monthly, No. 144, March 2000.
  • Lindqvist, Gunnar & Widfeldt, Bo. Rikets flygplanköp - JAS 39 Gripen (Swedish). Nässjö, Sweden: Air Historic Research AB, 2003. ISBN 91-973892-5-0.
  • Winchester, Jim (ed.). "Saab JAS 39 Gripen." Pesawat Moden (Fail fakta penerbangan). Rochester, Kent, UK: Grange Books plc, 2004. ISBN 1-84013-640-5.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]