7 Julai
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | Julai 2012 | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
| 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
| 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
| 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
| 29 | 30 | 31 | ||||
| MMXII | ||||||
7 Julai merupakan hari ke-188 (hari ke-189 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 177 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan :
- Hari Kemerdekaan di Kepulauan Solomon (1978)
- Tanabata di Jepun
- Hari Ivan Kupala di Rusia dan Ukraine
- Perlumbaan Lembu di Pamplona, Navarre, Sepanyol.
[sunting] Peristiwa
- 1456 - Jeanne d'Arc dibebaskan daripada tuduhan bidaah yang menyeleweng selepas kematiannya.
- 1846 - Perang Amerika Syarikat-Mexico: Angkatan A.S. pimpinan Laksamana Pertama John D. Sloat menduduki Monterey dan Yerba Buena, memulakan pengilhakan California.
- 1898 - Akta Kongres Amerika Syarikat untuk mengilhak Republik Hawaii (gambar peta), Ketetapan Newlands dimeterai.
- 1937 - Peristiwa Jambatan Marco Polo menandakan permulaan Perang China-Jepun Kedua.
- 1946 - Howard Hughes hampir maut ketika XF-11, prototaip pesawat pengintipnya, jatuh terhempas di kawasan Bukit Beverly, California.
- 1985 - Pemain tenis Boris Becker menewaskan Kevin Curren untuk menjadi pemain bukan pilihan pertama dan pemain paling muda memenangi kejuaraan individu di Wimbledon.
- 2005 - Empat pengebom berani mati membunuh 52 orang dalam satu siri empat letupan yang melanda sistem pengangkutan awam London.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||