Ilya Grad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ilya Grad
Kelahiran (1987-06-22) 22 Jun 1987 (umur 36)
Russia
Nama lainAchilles
WarganegaraIsrael Israeli
Tinggi192 cm (76 in)
Berat75 kg (165 lb)
BahagianLightweight
GayaMuay Thai
Berlawanan denganThailand
Rekod kickboxing
Jumlah38
Kemenangan29
K.O.14
Kekalahan9
Seri0

Ilya Grad merupakan juara tinju Muay Thai Israel - kelas middleweight 2010 Asia .Beliau dapat 38 kemenangan dengan 14 pukulan knockouts, 9 kalah dan tidak ada seri.Beliau dianggap sebagai salah satu daripada lapan peninju terbaik Muay Thai amatur Thailand di dunia. Grad mencipta sejarah kerana memasuki Malaysia menggunakan pasport Israel sedangkan undang-undang Malaysia jelas melarang pemegang pasport Israel masuk ke Malaysia.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Grad mahir seni mempertahankan diri dan tidak terlibat dengan pergaduhan bar di Yerusalem . Dia suka perjuangan "Achilles" dalam mitologi Yunani - kuda Trojan.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Semasa Kejohanan Tomoi 2009 di Bangkok, Grad bertinju dengan juara dari Iran iaitu Mostafa Abdollahi. Laman web Persekutuan Muay Thai menuliskan kerjasama dan pandangan masing-masing tetapi dibuang selepas protes Iran.

Pada Jun 2011, Grad (24 tahun)merupakan rakyat Israel pertama memasuki negara Malaysia selepas dijemput mengambil bahagian dalam rancangan realiti AXN Asia "Challenger Muay Thai" . Rancangan ini memaparkan pelbagai pejuang Muai Thai dari negara berbeza dan diadakan di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Seramai 16 peninju bertanding, hiduo serumah, makan dan berlatih bersama.

Malaysia sebagai negara Muslim dan penyokong tegar Palestin,secara rasmi melarang rakyat Israel memasuki negara ini.Setiba dia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Grad ditahan selama 25 jam, tetapi akhirnya dibenarkan masuk ekoran campur tangan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Malah pasportnya tidak dicop semasa melalui pemeriksaan pegawai imigresen.[1]

Semasa pertarungan pertama,penganjur mahukan beliau mengibarkan bendera Rusia iaitu negara asal beliau dilahirkan.Akhirnya penganjur membenarkan beliau mengibarkan bendera Israel. Apabila dia memasuki gelanggang, penonton tempatan mencemuh beliau. Beliau kalah dengan peserta Perancis, Pinto Antoine. Kedua-dua pengadil Malaysia tidak mengundi Grad manakala hakim Thai memihak kepadanya.Grad percaya ada unsur politik dalam proses membuat keputusan. Selepas pertarungan, ramai penonton meminta maaf dan menyangka dia yang menang. Dia meninggalkan Malaysia dengan perasaan bercampur.[2]

Pada 2 November 2011, Menteri belia dan sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menjelaskan bahawa kerajaan negeri Selangor yang menaja RM5 juta kepada stesen TV AXN kerana ada banyak logo Tourism Selangor dalam semua episod. [3] Exco pelancongan Selangor, Elizabeth Wong menafikan Selangor yang menjemput

Rujukan[sunting | sunting sumber]