Muhamad Akmal Saleh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Muhamad Akmal Saleh

محمد أکمل صالح
Muhamad Akmal pada 2024
Ketua Pemuda UMNO
Memegang jawatan
12 Mac 2023
PresidenAhmad Zahid Hamidi
Didahului olehAsyraf Wajdi Dusuki
Pengerusi Jawatankuasa
Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan
(sejak 2023)
Pengerusi Jawatankuasa
Kesihatan dan Anti Dadah
(2021–2023)
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka
Memegang jawatan
26 November 2021
Ketua MenteriSulaiman Md Ali
Ab Rauf Yusoh
Didahului olehRahmad Mariman (Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Pengurusan Banjir dan Infrastruktur)
Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka
untuk Merlimau
Memegang jawatan
27 Disember 2021
Didahului olehRoslan Ahmad
Butiran peribadi
LahirMuhamad Akmal bin Saleh
(1988-07-02) 2 Julai 1988 (umur 35)
Merlimau, Melaka
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganFatin Nadhirah Idrus
Anak-anak2
Alma materUniversiti Perubatan Negara Rusia
PekerjaanDoktor perubatan, ahli politik

Muhamad Akmal bin Saleh (Jawi: محمد أکمل بن صالح, Sebutan bahasa Melayu: [muhamad akmal]; lahir pada 2 Julai 1988) adalah merupakan ahli politik dan doktor perubatan yang dilantik sebagai EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan sejak 2023. Beliau sebelum ini pernah dilantik sebagai EXCO Kesihatan dan Anti Dadah Negeri Melaka pada 2021 hingga 2023.[1][2] Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka untuk Merlimau setelah meraih kemenagan pada pilihan raya di Melaka pada tahun 2021.[3][4]

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Muhamad Akmal bin Saleh dilahirkan di Merlimau, Melaka, Malaysia. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Merlimau 2 sebelum melanjutkan pembelajaran di SMK Dato' Abdul Rahman Ya'akob, Merlimau, Melaka sehingga Tingkatan 3 dan menyambung pendidikan Tingkatan 4 & Tingkatan 5 di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak. Kemudian, beliau mendapat pendidikan tinggi di Kolej Matrikulasi Melaka selama setahun sebelum menyambung pelajarannya di Russian State Medical Universiti dalam bidang perubatan.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Muhamad Akmal bertugas sebagai Ketua Kelab UMNO Luar Negara (Rusia) pada 2010 hingga 2012. Beliau juga dilantik sebagai Ketua Pasukan Perubatan Biro Kebajikan UMNO pada 2017. Pada 2018, beliau dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Cawangan Merlimau Tengah (2018–2021) dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jasin (2018–2021).

Pada tahun 2018, selepas kekalahan Barisan Nasional pada PRU 13, beliau telah menang tanpa bertanding untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jasin. Beliau telah dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional untuk kerusi N28 Merlimau pada Pilihanraya Negeri Melaka ke 14. Beliau telah menang dengan majoriti 3248, majoriti paling tinggi bagi seluruh negeri Melaka.

Pada tahun 2023, beliau telah menawarkan diri sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan telah menang dengan 121 undi mengalahkan tiga orang pencabarnya. Beliau juga menang dengan bergaya pada pemilihan Ketua UMNO Bahagian Jasin pada tahun 2023.

Kontroversi dan isu[sunting | sunting sumber]

Kewajaran peruntukan kepada sekolah persendirian Cina[sunting | sunting sumber]

Muhamad Akmal melalui kapasitinya sebagai Ketua Pemuda UMNO telah mempersoalkan kewajaran peruntukan tersebut dengan membandingkan peruntukan tersebut dengan peruntukan kepada sekolah agama atas dasar hak dan keadilan serta kepentingan sejagat.[5][6][7] TIndakan Muhamad Akmal ini dilihat oleh Presiden Dong Zong Selangor dan Kuala Lumpur, Chua Kim Boon, sebagai memainkan isu perkauman demi kelangsungan politik Muhamad Akmal sendiri serta menggesa kerajaan Persekutuan mengambil tindakan terhadap Muhamad Akmal.[8]

Muhamad Akmal membidas kenyataan Chua Kim Boon melalui hantaran Facebook pada 2 Mei 2023, menyatakan bahawa tindakan mempersoal dan membanding jumlah peruntukan antara sekolah persendirian Cina dan sekolah agama bukanlah bersifat politik tetapi isu hak setiap institusi pendidikan dan hak setiap rakyat di negara ini.[9]

Pada awal Oktober 2021, peruntukan yang hampir sama sebanyak RM 15 juta juga telah diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada sekolah persendirian Cina,[10] namun Muhamad Akmal sebagai ADUN Merlimau dibawah parti UMNO pada ketika itu tidak pula mempersoalkan peruntukan tersebut secara terbuka. Dr Akmal menyatakan bahawa pendiriannya yang konsisten sejak "dahulu lagi", iaitu "peruntukan yang diberi perlulah adil secara purata tanpa mengira kerajaan".

Kalimah Allah pada stoking di KK Super Mart[sunting | sunting sumber]

Muhamad Akmal telah menyeru semua umat Islam dan kaum Melayu di Malaysia agar memboikot KK Super Mart kerana telah menghina kalimah Allah. Beliau juga mengingatkan kepada KK Mart atau mana-mana pihak bahawa kuasa membeli adalah di tangan kita (Orang Melayu) dan jangan sesekali bermain dengan isu sentimen dan sensitiviti 3R (agama, bangsa dan institusi diraja).[11] Dr. Akmal juga menambah dalam kenyataannya untuk menngesa KK Super Mart memasang kain rentang di kesemua 881 cawangannya di Malaysia untuk meminta maaf kepada Umat Islam berhubung kenyataan ini. Kenyataan beliau disokong oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.[12]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Muhamad Akmal berkahwin dengan Dr. Fatin Nadhirah Idrus dan dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Muhamad Ziyad Muhamad Akmal dan Muhamad Ali Muhamad Akmal.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Melaka[13]
Tahun Konstituensi Undian % Lawan Undian % Jumlah mengundi Majoriti Keluar mengundi
2021 N27 Merlimau, P139 Jasin Muhamad Akmal Saleh (UMNO) 5,633 58.43% Azrin Abdul Majid (AMANAH) 2,385 24.74% 9,640 3,248 68.79%
Abdul Alim Shapie (PAS) 1,622 16.83%

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Akmal ADUN termuda dilantik EXCO Melaka". BHarian. November 26, 2021. Dicapai pada 2 Disember 2021.
  2. ^ 11 ADUN angkat sumpah sebagai EXCO Melaka
  3. ^ "Dr Akmal Barisan Nasional menang di Merlimau". Malaysia Gazette. 20 November 2021. Dicapai pada 19 Julai 2022.
  4. ^ MUHAMAD AKMAL BIN SALEH
  5. ^ https://umno-online.my/2023/04/29/pemuda-umno-gesa-kerajaan-semak-kadar-peruntukan-purata-sekolah-menengah-persendirian/
  6. ^ https://www.facebook.com/photo/?fbid=10160836064137904&set=a.10150292696397904
  7. ^ https://www.malaysiakini.com/news/662861
  8. ^ https://www.malaysianow.com/my/news/2023/05/02/dong-zong-mahu-kerajaan-bertindak-selepas-pemuda-umno-persoal-dana-sekolah-cina
  9. ^ https://www.facebook.com/photo?fbid=10160841185957904&set=a.10150292696397904
  10. ^ https://www.malaysiakini.com/news/593584
  11. ^ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1070989/boikot-jika-tiada-permohonan-maaf-secara-bertulis 'Tidak Boikot supaya negara maju jika tiada permohonan maaf secara bertulis'] Malaysia Kini (17 Mac 2024). Dicapai pada 22 Mac 2023.
  12. ^ Melaka Chief Minister supports Dr Akmal's stance on 'Allah' socks Berita Harian (21 Mac 2024). Dicapai pada 22 Mac 2023.
  13. ^ "N.27 MERLIMAU". SPR Dashboard. 7 November 2021. Dicapai pada 8 November 2021.