Jubli Emas Sultan Hassanal Bolkiah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jubli Emas Sultan Hassanal Bolkiah ialah suatu sambutan peringkat kebangsaan yang diadakan pada tahun 2017 menandakan ulang tahun ke-50 pemasyhuran Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien menaiki takhta Kesultanan Negara Brunei Darussalam, setelah ayahanda baginda, Almarhum Sultan Haji Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, secara sukarela turun takhta daripada takhta kerajaan pada tahun 1967.[1]

Sambutan Jubli Emas Sultan Hassanal Bolkiah berlangsung di seluruh Negara Brunei Darussalam bermula dengan Pembukaan Gendang Jaga-Jaga di Lapau pada 3 Oktober 2017.[2] Suatu laman web rasmi telah dicipta untuk sambutan jubli emas ini.[3] Jabatan Perdana Menteri telah mengisytiharkan Hari Kemuncak Jubli Emas pada 5 Oktober sebagai cuti hari kelepasan awam.[4] Acara kemuncak majlis ini ialah perarakan pasangan diraja sekeliling Bandar Seri Begawan.[5] Seterusnya pada keesokan harinya, satu Majlis Malam Persantapan Diraja telah diadakan di Istana Nurul Iman dan dihadiri oleh kaum kerabat diraja asing dan orang kenamaan asing.[6]

Hadirin dan hadirat[sunting | sunting sumber]

Kaum kerabat diraja Brunei dan:

  • Timbalan Presiden Laos, Tuan Yang Terutama Dr. Phankham Viphavanh.
  • Earl Wessex dan Countess Wessex, Putera Edward dan Puteri Sophie.[15]
  • Timbalan Presiden Vietnam, Đặng Thị Ngọc Thịnh.

Merafak tahniah[sunting | sunting sumber]

Kenang-kenangan[sunting | sunting sumber]

Jawatankuasa Perasmian dan Kenang-kenangan telah bekerjasama dengan jabatan-jabatan kerajaan lain sempena jubli emas ini antaranya Jabatan Pengangkutan Darat Brunei mengadakan bidaan secara proses tender tertutup nombor plat khas 'Jubli Emas' beserta dengan siri nombor 'cantik' pada bulan Julai.[17] Bersempena sambutan ulang tahun ke-50 Perjanjian Kesalingbolehtukaran Mata Wang antara Brunei dan Singapura juga, Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) dan Monetary Authority of Singapore (MAS) menerusi penerbitan set mata wang polimer B$50 dan S$50 bertemakan Flourishing Growth.[18] Jabatan Perkhidmatan Pos sampul surat rasmi hari pertama dan setem edisi khas yang antaranya terdapat sekeping setem emas tulen yang dijual pada 5 Oktober.[19]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Laman Utama Jubli Emas". Dicapai pada 2 Oktober 2017.
  2. ^ "Sambutan Jubli Emas bermula". Media Permata. 4 Oktober 2017. Dicapai pada 5 Oktober 2017.
  3. ^ "Laman sesawang rasmi Sambutan Jubli Emas kini boleh diakses". Media Permata. 17 Ogos 2017. Dicapai pada 5 Oktober 2017.
  4. ^ "5 Okt cuti kelepasan am". Media Permata. 2 Jun 2017. Dicapai pada 5 Oktober 2017.
  5. ^ "Jubli emas pemerintahan Sultan Bru­nei". Utusan Online. 5 Oktober 2017. Dicapai pada 5 Oktober 2017. soft hyphen character in |title= at position 35 (bantuan)
  6. ^ "Majlis Santap Jubli Emas". Media Permata. 7 Oktober 2017. Dicapai pada 8 Oktober 2017.
  7. ^ "Sultan Brunei raikan ulang tahun ke-50 bertakhta dengan sambutan gah, penuh istiadat". BERITA MediaCorp. 5 Oktober 2017. Dicapai pada 5 Oktober 2017.
  8. ^ "Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei dijangka meriah". Sarawak Voice. 5 Oktober 2017. Dicapai pada 5 Oktober 2017.
  9. ^ "Cambodian PM flies to Brunei for Sultan Hassanal Bolkiah's Golden Jubilee celebration". XinHuaNet. 5 Oktober 2017. Dicapai pada 5 Oktober 2017.
  10. ^ "Agong Berangkat Ke Majlis Persantapan Malam Diraja Di Brunei Darussalam". Bernama. 6 Oktober 2017. Dicapai pada 8 Oktober 2017.
  11. ^ "Sultan Brunei raikan jubli emas dengan sambutan mewah". Astro Awani. 5 Oktober 2017. Dicapai pada 5 Oktober 2017.
  12. ^ "Sultan Brunei raikan jubli emas dengan sambutan mewah". Astro Awani. 5 Oktober 2017. Dicapai pada 5 Oktober 2017.
  13. ^ "Raja Muda Perlis lawat Brunei". Utusan Online. 6 Oktober 2017. Dicapai pada 8 Oktober 2017.
  14. ^ "PM Lee bakal hadiri sambutan Jubli Emas Sultan Brunei". BERITA MediaCorp. 5 Oktober 2017. Dicapai pada 5 Oktober 2017.
  15. ^ "British Royalty to attend Golden Jubilee celebrations". Borneo Bulletin. 21 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-06. Dicapai pada 5 Oktober 2017.
  16. ^ "Twitter Rasmi Kedutaan Rusia di Brunei". 5 Oktober 2017. Dicapai pada 5 Oktober 2017.
  17. ^ "Brunei Lancar Nombor Plat Khas 'Jubli Emas'". MYNEWSHUB. 5 Jun 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-06. Dicapai pada 5 Oktober 2017.
  18. ^ "Brunei Terbit Mata Wang Khas B$50 Rai Jubli Emas". MYNEWSHUB. 8 Julai 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-06. Dicapai pada 5 Oktober 2017.
  19. ^ "JPP keluarkan sampul surat dan setem khas". Media Permata. 30 September 2017. Dicapai pada 5 Oktober 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]