Jude Law

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jude Law
Jude Law at TIFF1.jpg
Kelahiran 29 Disember 1972 (41 tahun)
Tahun aktif 1987–kini
Pasangan Sadie Frost
(2 September 1997
29 Oktober 2003) (bercerai)
Anugerah Anugerah Filem British Evening Standard bagi Pelakon Baharu Yang Mempunyai Harapan
1998 Wilde
Anugerah NBR bagi Pelakonan Ensembel Terbaik
2004 Closer
Anugerah SFFCC - Pelakon Pembantu Terbaik
2000 The Talented Mr. Ripley
Anugerah Dunia Teater
1994-95 Indiscretions
Anugerah Variety Club Showbiz
Pelakon Filem Tahun 2007

David Jude Law (lahir 29 Disember 1972) ialah seorang pelakon filem, televisyen, dan teater Inggeris yang dikenali dengan watak utamanya pada filem 1990-an dan 2000-an. Beliau mula berlakon dengan National Youth Music Theatre UK pada 1987, dan watak TV pertamanya adalah pada 1989. Pada 1997, wataknya dalam Wilde, sebuah filem biografi Oscar Wilde, membolehkannya mendapat Anugerah Filem British Evening Standard untuk "Pelakon Baharu Yang Paling Mempunyai Harapan".

Selepas membintangi filem-filem yang diarahkan oleh Andrew Niccol, Clint Eastwood, dan Sam Mendes, Law dicalonkan untuk Anugerah Akademi buat dua kali: sebagai Pelakon Pembantu Terbaik bagi pelakonannya dalam filem, The Talented Mr. Ripley, pada 2000 dan sebagai Pelakon Utama Lelaki Terbaik untuk pelakonannya dalam filem, Cold Mountain pada 2003, kedua-duanya diarahkan oleh Anthony Minghella. Law juga memenangi Anugerah BAFTA untuk peranannya sebagai The Talented Mr. Ripley.

Law juga dimasukkan ke dalam Senarai Sepuluh Pelakon Lelaki Teratas yang dipetik daripada Senarai A 2006 bagi bintang filem yang paling dapat menjamin keuntungan di Hollywood.[1] Pada 1 Mac 2007, beliau dianugerahkan dengan Ordre des Arts et des Lettres oleh kerajaan Perancis dan dinamai sebagai "Chevalier des Arts et des Lettres".[2] Law telah dijadualkan untuk kembali ke pentas teater pada 2009 untuk melakonkan watak utama dalam drama Shakespeare, Hamlet.


Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Law dilahirkan di Lewisham, London Selatan kepada guru-guru Maggie dan Peter Law yang menamainya sempena kedua-dua lagu Beatles, Hey Jude, dan watak utama novel Jude the Obscure yang ditulis oleh Thomas Hardy.[3][4] Ibu bapanya kini mengendalikan sebuah sekolah drama sendiri di Perancis.[3][4] Kakaknya, Natasha, ialah pengilustrasi dan pelukis yang terkenal.[5][6] Law dibesarkan di Blackheath, sebuah desa di Boro Lewisham,[7] dan dididik di John Ball Primary School di Blackheath serta Kidbrooke School di Kidbrooke, sebelum menyertai Alleyn's School di Dulwich.[8][9]

Law berkahwin dengan Sadie Frost pada 2 September 1997 dan mempunyai empat anak: Finlay Munro (anak tiri lelaki Law, dilahirkan pada 20 September 1990), anak lelaki Rafferty (dilahirkan pada 6 Oktober 1996), anak perempuan Iris (dilahirkan pada 25 Oktober 2000) dan anak lelaki Rudy (dilahirkan pada 10 September 2002). Mereka bercerai pada 29 Oktober 29 2003.[10] Pada Hari Krismas 2004, Law bertunang dengan Sienna Miller, bintang gandingannya dalam filem Alfie. Bagaimanapun, pada 12 November 2006, Law dan Miller mengumumkan perpisahan mereka.[11]

Rujukan kebudayaan popular[sunting | sunting sumber]

Brand New, sebuah pancaragam rock alternatif dari Long Island, New York menjudulkan salah satu lagu mereka sebagai "Jude Law and a Semester Abroad", dan memasukkannya ke dalam album debut mereka, Your Favorite Weapon, pada 2001. Mereka kemudian menerbitkann lagu tersebut sebagai rekod single pada tahun 2002.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
1989 The Tailor of Gloucester (TV) Sam, Mayor's Stableboy
1990 Families (TV) Nathan Thompson
1991 The Casebook Of Sherlock Holmes (TV) Joe Barnes
1993 The Marshal (TV) Bruno
1994 The Crane Young Man
Shopping Billy
1996 I Love You, I Love You Not Ethan
1997 Bent Stormtrooper
Wilde Lord Alfred "Bosie" Douglas
Gattaca Jerome Eugene Morrow
Midnight in the Garden of Good and Evil Billy Carl Hanson
1998 Music From Another Room Danny
Final Cut Jude
The Wisdom of Crocodiles Steven Grlscz
1999 eXistenZ Ted Pikul
Presence of Mind Secretary
The Talented Mr. Ripley Dickie Greenleaf Dicalonkan untuk Pelakon Pembantu Terbaik Anugerah Akademi
Tube Tales (TV) . A Bird in the Hand, pengarah [12][13]
2000 Love, Honour and Obey Jude
2001 Enemy at the Gates Vassili Zaitsev
Artificial Intelligence: A.I. Gigolo Joe
2002 Road to Perdition Harlen Maguire
2003 Cold Mountain Inman Dicalonkan untuk Pelakon Utama Terbaik Anugerah Akademi
2004 I ♥ Huckabees Brad Stand
Sky Captain and the World of Tomorrow Sky Captain / Joseph Sullivan pelakon dan penerbit
Alfie Alfie
Closer Dan
The Aviator Errol Flynn
Lemony Snicket's A Series of Unfortunate Events Lemony Snicket tukang cerita
2006 All the King's Men Jack Burden
Breaking & Entering Will Francis
The Holiday Graham
2007 My Blueberry Nights Jeremy
Sleuth Milo Tindle pelakon dan penerbit
2009 Repossession Mambo Remy, a repo man pascapenerbitan
The Imaginarium of Doctor Parnassus Tony pascapenerbitan; meneruskan peranan yang tidak disiapkan oleh Heath Ledger

Teater[sunting | sunting sumber]

Year Title Role Director Playwright Theatre
1987 Bodywork Adrenalin . . National Youth Music Theatre /Northcott Theatre
(Pesta Exeter, Edinburgh Fringe)
1988 The Litte Rats . . P. Allwood, Jeremy James Taylor, David Scott National Youth Music Theatre /Lilian Baylis Theatre
1988 The Ragged Child Pelbagai peranan:
Anthony Ashley-Cooper,
seorang Pegawai Mahkamah,
Sir Peter Dykewater,
Timothy, seorang bangsawan
. Jeremy James Taylor, Frank Whately National Youth Music Theatre /Glyndebourne [14][15]
1989 Captain Stirrick . . Jeremy James Taylor, David Scott National Youth Music Theatre /Lilian Baylis Theatre
1989 Joseph and the Amazing Technicolor Dreamcoat Joseph Herriot Hall Andrew Lloyd Webber /Tim Rice National Youth Music Theatre
1990 The Caucasian Chalk Circle . . Bertolt Brecht National Youth Music Theatre [16]
1992 The Fastest Clock In The Universe Foxtrot Darling Jo Bonney Philip Ridley Hampstead Theatre
Pygmalion Freddie George Bernard Shaw Melawati Itali
1993 The Snow Orchid Blaise Joe Pintauro[17] Gate Theatre [18]
Live Like Pigs [19] Col Kate Mitchell John Arden Royal Court Theatre
Death of a Salesman Happy Matthew Warchus Arthur Miller West Yorkshire Playhouse
1994 Les parents terribles Michael Sean Mathias Jean Cocteau Royal National Theatre (Lyttelton)
1995 Indiscretions Michael Sean Mathias Jean Cocteau Ethel Barrymore Theatre, Broadway
Ion Ion Nicholas Wright Euripides Barbican Arts Centre (The Pit) /Royal Shakespeare Company
1999 'Tis Pity She's a Whore Giovanni David Lan John Ford Young Vic Theatre
2002 Doctor Faustus Doctor Faustus David Lan Christopher Marlowe Young Vic Theatre
2003 Collateral Damage . . . Royal National Theatre (Lyttelton) [20]
2006 Beckett di Reading Gala Evening [21][22] . Anthony Minghella Samuel Beckett Reading Town Hall
2009 Hamlet Hamlet Kenneth Branagh William Shakespeare Donmar Warehouse at Wyndham's [23]

Anugerah dan calonan[sunting | sunting sumber]

Anugerah Akademi
2004: Dicalonkan Oscar - Pelakon Utama Terbaik untuk: Cold Mountain (2003)
2000: Dicalonkan Oscar - Pelakon Pembantu Terbaik untuk: The Talented Mr. Ripley (1999)

Academy of Science Fiction, Fantasy & Horror Films
2000: Dicalonkan Anugerah Saturn - Pelakon Pembantu Terbaik untuk: The Talented Mr. Ripley (1999)

Anugerah BAFTA
2004: Dicalonkan Anugerah BAFTA - Persembahan Terbaik Pelakon Utama untuk: Cold Mountain (2003)
2000: Memenangi Anugerah Filem BAFTA - Persembahan Terbaik Pelakon Pembantu untuk: The Talented Mr. Ripley (1999)

Anugerah Hiburan Blockbuster
2000: Memenangi Anugerah Hiburan Blockbuster - Pelakon Pembantu Lelaki Kegemaran - Saspens untuk: The Talented Mr. Ripley (1999)

Anugerah Broadcast Film Critics Association
2005: Dicalonkan Anugerah BFCA - Ensembel Pelakonan Terbaik untuk: Closer (2004)
Berkongsi dengan: Clive Owen, Natalie Portman, Julia Roberts

Anugerah Chicago Film Critics Association
2002: Dicalonkan Anugerah CFCA - Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk: Artificial Intelligence: AI (2001)

Anugerah César, Perancis
2007: César Kehormat

Anugerah Empire, UK
2004: Dicalonkan Anugerah Empire - Pelakon Lelaki British Terbaik untuk: Cold Mountain (2003)
2003: Dicalonkan Anugerah Empire - Pelakon Lelaki British Terbaik untuk: Road to Perdition (2002)
2001: Dicalonkan Anugerah Empire - Pelakon Lelaki British Terbaik untuk: The Talented Mr. Ripley (1999)

Anugerah Filem Eropah
2001: Dicalonkan Anugerah Penonton - Pelakon Utama Lelaki Terbaik untuk: Enemy at the Gates (2001)

Anugerah Filem British Evening Standard
1998: Memenangi Anugerah Filem British Evening Standard - Pelakon Baharu Yang Mempunyai Paling Banyak Harapan untuk: Wilde (1997)

Golden Globes
2004: Dicalonkan Golden Globe - Persembahan Pelakon Utama Lelaki Filem Yang Terbaik - Drama untuk: Cold Mountain (2003)
2002: Dicalonkan Golden Globe - Persembahan Pelakon Pembantu Lelaki Filem Yang Terbaik untuk: Artificial Intelligence: AI (2001)
2000: Dicalonkan Golden Globe - Persembahan Pelakon Pembantu Lelaki Filem Yang Terbaik untuk: The Talented Mr. Ripley (1999)

Anugerah Filem dan Televisyen Ireland
2004: Dicalonkan Anugerah Penonton - Pelakon Lelaki Antarabangsa Terbaik untuk: Cold Mountain (2003)

Anugerah Filem London Critics Circle
2001: Dicalonkan Anugerah ALFS - Pelakon Pembantu British untuk Tahun untuk: The Talented Mr. Ripley (1999)

Anugerah Filem MTV
2007: Dicalonkan Anugerah Filem MTV - Best Kiss untuk: The Holiday (2006), dikongsi dengan Cameron Diaz
2005: Dicalonkan Anugerah Filem MTV - Best Kiss untuk: Sky Captain and the World of Tomorrow (2004), dikongsi dengan Gwyneth Paltrow
2003: Dicalonkan Anugerah Filem MTV - Pelakon Kejayaan Cemerlang Rentas Atlantik Yang Terbaik
2000: Dicalonkan Anugerah Filem MTV - Persembahan Filem Muzik Terbaik untuk: The Talented Mr. Ripley (1999), dikongsi dengan Matt Damon dan Fiorello untuk lagi "Tu Vuo' Fa L'Americano".

National Board of Review
2004: Memangi Anugerah NBR - Pelakonan Ensembel Terbaik untuk: Closer (2004/I)
Berkongsi dengan: Clive Owen, Natalie Portman, Julia Roberts

Anugerah Online Film Critics Society
2002: Dicalonkan Anugerah OFCS - Pelakon Pembantuk Lelaki Terbaik untuk: Artificial Intelligence: AI (2001)

Anugerah People's Choice
2005: Dicalonkan Anugerah People's Choice - Pelakon Utama Lelaki Kegemaran

Anugerah Golongan Pengkritik Filem Santa Fe
2000: Memenangi Anugerah SFFCC - Pelakon Pembantu Terbaik untuk: The Talented Mr. Ripley (1999)

Anugerah Satellite
2004: Dicalonkan Anugerah Golden Satellite - Prestasi Terbaik Pelakon Utama Lelaki Filem, Drama untuk: Cold Mountain (2003)
2000: Dicalonkan Anugerah Golden Satellite - Prestasi Terbaik Pelakon Pembantu Lelaki Filem, Drama untuk: The Talented Mr. Ripley (1999)

Anugerah Screen Actors Guild
2005: Dicalonkan - Prestasi Cemerlang oleh Barisan Pelakon Filem untuk: The Aviator (2004)
Berkongsi dengan: Alan Alda, Alec Baldwin, Kate Beckinsale, Cate Blanchett, Leonardo DiCaprio, Ian Holm, Danny Huston, John C. Reilly, Gwen Stefani

Konvensyen ShoWest
2004: Anugerah ShoWest - Bintang Lelaki untuk Tahun

Anugerah Teen Choice
2000: Dicalonkan Anugerah Teen Choice - Persembahan Pecah Keluar Film Choice untuk: The Talented Mr. Ripley (1999)

Anugerah Visual Effects Society
2005: Dicalonkan Anugerah VES Award - Prestasi Terbaik Pelakon dalam sebuah filem kesan visual bagi: Sky Captain and the World of Tomorrow (2004) [24]

Anugerah Variety Club Showbiz
2007: Pelakon Filem untuk Tahun [25][26]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:
  1. "Tom Cruise and Hanks Top New Power List", World Entertainment News Network, 10 April 2006.
  2. "French Honour for Jude Law", Reuters (UK), 2 March 2007, accessed 20 November 2007.
  3. 3.0 3.1 Charlie Rose, "A Conversation with Actor Jude Law", The Charlie Rose Show, recorded on October 19, 2007, broadcast on WNET (New York), October 22 (to October 23), 2007, 11:30 p.m.–12:27 p.m. (ET); video clip posted October 27, 2007, accessed November 12, 2007.
  4. 4.0 4.1 Jeffrey Lyons, "(U)ncovering a 'Sleuth'", Reel Talk, broadcast November 3, 2007, accessed November 19, 2007 (video clip of interview with Jude Law about Sleuth.)
  5. Natasha Law at Eleven Fine Art Gallery, London
  6. Dolly Jones, "Fashion Law", Vogue, May 10, 2006, accessed November 19, 2007.
  7. LIKE MOTHER, LIKE DAUGHTER Marie Claire, page 16, February 2008 issue.
  8. "John Ball Primary School, Blackheath, SE3 0TP", school site, accessed 14 December 2007.
  9. "Alleyn's Townley Road, Dulwich, SE22 8SU", school listing in Tatler School Guide: The Top 175 Prep and Private Schools (published "in association with HSBC private trust"), Tatler, accessed 19 November 2007.
  10. Jude Law dalam Pangkalan Data Filem Internet (IMDb).
  11. "Law and Miller To Marry" /"Law and Miller Split", 5 January 2005 /13 November 2006, World Entertainment News Network, accessed 26 January 2008.
  12. Tube Tales, A Bird in the Hand, Official website
  13. Tube Tales, efilmcritic.com, dicapai 21 Januari 2008.
  14. "The Ragged Child (Original London Cast)", castalbumdb.com, accessed 7 January 2008.
  15. "The Ragged Child", josef-weinberger.com, accessed 7January 2008.
  16. "History: Past Productions", National Youth Music Theatre, accessed 7 January 2008.
  17. "Joe Pintauro: Biography", joepintauro.com, accessed 19 November 2007.
  18. "About the Gate" gatetheatre.co.uk, accessed 22 March 2008.
  19. "Archive", Royal Court Theatre (searchable archive), accessed 22 March 2008.
  20. Katie Campbell, Jude and Jamie in town thisislondon.co.uk
  21. "Beckett at Reading 2006: Gala Evening", Samuel Beckett Foundation, beckettfoundation.org, University of Reading, accessed 19 November 2007.
  22. "Jude Law to Star in Samuel Beckett Centenary Gala Evening" ("Jude Law is starring in an anthology evening of Beckett readings and performances directed by, and starring, Oscar-winning director Anthony Minghella"), Where I Live Berkshire: Events, Gig and Theatre Guide, bbc.co.uk, March 23, 2006, accessed 19 November 2007.
  23. Donmar West End Donmar Warehouse site, accessed 7 March 2008.
  24. Data compiled from "Awards for Jude Law" at Internet Movie Database.
  25. Colleen Last, "Variety Club Showbiz Awards" MSN, UK accessed 15 March 2008.
  26. "Variety Club Showbiz Awards 2007" at Internet Movie Database accessed 15 March 2008.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Didahului oleh
Johnny Depp
Lelaki Hidup People Yang Paling Seksi
2004
Diikuti oleh:
Matthew McConaughey
Anugerah
Anugerah BAFTA
Didahului oleh
Geoffrey Rush
untuk Elizabeth
Anugerah BAFTA untuk Pelakon Pembantu Terbaik
2000
untuk The Talented Mr. Ripley
Diikuti oleh:
Benicio del Toro
untuk Traffic
Anugerah Filem British Evening Standard
Didahului oleh
Emily Watson
untuk Breaking the Waves
Pelakon Baharu Yang Paling Mempunyai Harapan
1998
untuk filem Wilde
Diikuti oleh:
Guy Ritchie
untuk Lock, Stock and Two Smoking Barrels