4 April
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | April 2012 | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
| 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
| 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
| 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
| 29 | 30 | |||||
| MMXII | ||||||
4 April merupakan hari ke-94 (hari ke-95 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 271 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kanak-Kanak di Taiwan dan Hong Kong.
[sunting] Peristiwa
- 1581 - Francis Drake menjadi orang Inggeris yang pertama berjaya berlayar mengelilingi dunia.
- 1660 - Charles II dari England mengeluarkan Perisytiharan Breda, memerikan syaratnya untuk Pengembalian takhta England.
- 1841 - William Henry Harrison menjadi Presiden Amerika Syarikat pertama meninggal dalam jawatan, 32 hari selepas penggalnya bermula, mencetuskan krisis perlembagaan sementara terhadap susunan penggantian presiden yang tidak dijelaskan Perlembagaan.
- 1949 - Dua belas negara memeterai Perjanjian Atlantik Utara dan menubuhkan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
- 1968 - Martin Luther King, Jr. (gambar) dibunuh di beranda Motel Lorraine di Memphis, Tennessee, A.S.
- 1976 - Norodom Sihanouk turun takhta sebagai ketua Kemboja, dan ditangkap oleh Khmer Rouge.
- 1975 - Bill Gates dan Paul Allen mengasaskan Microsoft di Albuquerque, New Mexico, A.S., untuk mengembangkan dan menjual pentafsir BASIC bagi Altair 8800.
- 1979 - Perdana Menteri Pakistan Zulfikar Ali Bhutto yang digulingkan dihukum mati.
- 2007 - Lima belas anggota Royal Navy yang dituduh menceroboh masuk ke perairan Iran dibebaskan selepas ditahan selama dua minggu.
- 2009 - OECD menyenaraihitamkan Costa Rica, Filipina dan Malaysia sebagai syurga cukai tidak bekerjasama.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||