Kanak-kanak hijau Woolpit
Kanak-kanak Hijau Woolpit atau Kanak-kanak Berkulit Hijau (Jawi: ﻜﺍﻧﻖ٢ ﮪﯾﺠﺍﻮ ﻮﻮﻠﭬﯿﺖ ﺍﺘﺍﻮ ﻜﺍﻨﻖ٢ ﺑﺮﻜﻭﻠﯿﺖ ﻫﯿﺠﺍﻭ) adalah kisah mengenai kanak-kanak misteri yang dilaporkan muncul di sebuah kampung bernama Woolpit yang terletak di Suffolk, England sekitar abad ke-12 iaitu berkemungkinan ketika zaman pemerintahan Raja Stephen. Kanak-kanak yang terdiri daripada adik lelaki dan kakak itu secara umumnya berpenampilan biasa tetapi warna kulit mereka yang berwarna hijau. Mereka bertutur dalam bahasa yang tidak diketahui dan hanya memakan kacang hijau sahaja. Pada akhirnya, kanak-kanak itu belajar untuk makan makanan yang lain dan warna hijau pada kulit mereka memudar. Walau bagaimanapun, si kanak-kanak lelaki telah sakit dan meninggal dunia selepas mereka dibaptiskan. Manakala, si kanak-kanak perempuan telah memulakan kehidupan baharu tetapi dia dianggap bersikap "bebas dan kurang sopan"."[2] Setelah belajar berbahasa Inggeris, si kanak-kanak perempuan itu menjelaskan bahawa dia dan saudaranya itu berasal dari negeri St Martin, sebuah kawasan di bawah tanah dimana penghuninya adalah berkulit hijau.
Catatan kontemporari mengenai kisah ini hanya terkandung dalam Chronicum Anglicanum karya Ralph dari Coggeshall dan Historia rerum Anglicarum karya William dari Newburgh dimana kedua-dua karya tersebut masing-masing ditulis pada tahun 1189 dan 1220. Antara masa itu dan penemuan kembali kisah itu pada pertengahan abad ke-19, kanak-kanak hijau kelihatannya hanya muncul dalam karya The Man in the Moone yang ditulis oleh seorang biskop, Francis Godwin yang menceritakan tentang catatan William dari Newburgh.[3]
Dua pendekatan telah digunakan bagi memberi penjelasan tentang kisah kanak-kanak hijau tersebut iaitu kisah tersebut hanyalah cerita rakyat tentang pertemuan khayalan dengan penghuni dunia lain yang mungkin dari bawah tanah atau angkasa lepas atau kisah sejarah yang diputarbelitkan. Kisah tersebut telah diakui sebagai kisah fantasi unggul oleh seorang pengkritik dan penyajak anarki, Herbert Read di dalam karyanya English Prose Style[nb 1] yang diterbitkan pada tahun 1931. Kisah itu juga telah menjadi inspirasi kepada beliau dalam menulis satu-satunya novel yang dihasilkannya iaitu The Green Child[nb 2] pada tahun 1934.
Isi kandungan |
[sunting] Sumber
| Rencana ini memerlukan petikan tambahan untuk pengesahan. Sila bantu memperbaiki rencana ini dengan menambah rujukan boleh dipercayai. Bahan tak bersumber mungkin dicabar dan dikeluarkan. (September 2011) |
Kampung Woolpit terletak di kaunti Suffolk, Anglia Timur iaitu kira-kira 7 batu (11 kilometer) timur bandar Bury St. Edmunds. Ketika Zaman Pertengahan, kampung itu menjadi terkenal kerana terdapatnya Biara Bury St. Edmunds (en) dan merupakan sebahagian daripada kawasan paling ramai penduduk di kawasan pedalaman Inggeris (England). Dua orang penulis iaitu Ralph dari Coggeshall (meninggal sekitar 1226) dan William dari Newburgh (sekitar 1136 hingga 1198) melaporkan kemunculan secara tiba-tiba kanak-kanak misteri berkulit hijau pada suatu musim panas pada abad ke-12. Ralph merupakan seorang ketua biara Cistercian (en) di Coggeshall, kira-kira 26 batu (42 kilometer) selatan Woolpit manakala William pula ialah seorang kanun Biara Newburgh Augustinian yang terletak di bahagian utara di Yorkshire. William menyatakan bahawa catatan kisah yang terdapat didalam bukunya, Historia Rerum Anglicarum (1189) berdasarkan "laporan daripada sejumlah sumber yang boleh dipercayai" manakala catatan kisah yang ditulis oleh Ralph dalam karya Chronicum Anglicanum ditulis beberapa waktu ketika tahun 1220-an yang menggabungkan maklumat dari Sir Richard de Calne dari Wykes yang dilaporkan telah memberi perlindungan kepada kanak-kanak hijau di rumah kediamannya, 6 batu (9.7 kilometer) di utara Woolpit.[nb 3] Penjelasan oleh kedua-dua orang penulis itu berbeza dalam beberapa butiran.[1]
[sunting] Cerita
Menurut William dari Newburgh ketika zaman pemerintahan Raja Stephen (1135-1154),[1] pada suatu musim menuai, penduduk kampung Woolpit telah menemui dua orang kanak-kanak bersaudara, kakak dan adik serta lubang serigala yang memberikan nama kepada kepada kampung itu.[4][nb 4] Kanak-kanak itu mempunyai kulit berwarna hijau, bercakap dalam bahasa yang tidak diketahui serta memakai pakaian yang pelik. Ralph dari Coggeshall mengatakan mereka itu telah dibawa ke kediaman Richard de Calne. Ralph dan William berpendapat bahawa dua orang kanak-kanak itu enggan memakan semua makanan selama beberapa hari sehingga mereka menemui kacang hijau dan memakannya dengan bersemangat.[nb 5] Kemudian, mereka menyesuaikan diri secara beransur-ansur dengan makanan biasa dan dalam waktu yang tidak lama mereka kehilangan warna hijau di kulit mereka.[1] Kanak-kanak lelaki yang merupakan adik itu menjadi sakit dan akhirnya mati selepas dia dan kakaknya dibaptiskan.
Selepas mempelajari bahasa Inggeris, seorang kanak-kanak itu (Ralph mengatakan bahawa hanya kakak yang masih hidup) menjelaskan bahawa mereka berasal daripada kawasan yang tidak pernah disinari oleh matahari dan cahayanya seperti waktu senja. William pula mengatakan bahawa tempat asal kanak-kanak itu ialah St. Martin manakala Ralph menambah bahawa tempat itu kesemuanya berwarna hijau. Menurut William, mereka tidak dapat menjelaskan sebab kedatangan mereka ke Woolpit. Mereka ketika itu sedang menggembala haiwan ternakan bapa mereka apabila mereka terdengar satu bunyi yang kuat (menurut William ia adalah bunyi loceng di Bury St. Edmunds)[9] dan secara tiba-tiba mereka berada di sebuah lubang serigala tempat mereka dijumpai. Ralph pula mengatakan mereka telah sesat setelah mengikuti haiwan ternakan yang menuju ke sebuah gua dan dipandu oleh bunyi loceng sehingga akhirnya mereka muncul di tanah England.[1]
Menurut Ralph lagi, si kanak-kanak perempuan itu telah diambil dan bekerja sebagai seorang pelayan di kediaman Richard de Calne selama bertahun-tahun dimana dia dianggap sebagai "budak nakal dan kurang ajar". Dia kemudiannya berkahwin dengan seseorang daripada King's Lynn, 40 batu (64 kilometer) dari Woolpit dimana Ralph mengatakan dia masih hidup tidak lama sebelum Ralph menulis mengenai kisahnya. Berdasarkan kajian tentang sejarah keluarga Richard de Calne, ahli astronomi dan penulis, Duncan Lunan telah membuat kesimpulan bahawa kanak-kanak perempuan itu telah diberi nama "Agnes" dan berkahwin dengan seorang pegawai kerajaan bernama Richard Barre.[10]
[sunting] Nota dan rujukan
[sunting] Nota
- ↑ Maksud English Prose Style dalam bahasa Melayu adalah "Gaya Prosa Bahasa Inggeris".
- ↑ Maksud Si Kanak-kanak Hijau dalam bahasa Melayu adalah "Si Kanak-kanak Hijau".
- ↑ Richard de Calne meninggal dunia sebelum atau pada tahun 1188. Dalam beberapa sumber, beliau bernama Richard de Caine.[1]
- ↑ Lubang serigala merupakan sebuah lubang berbentuk kon yang dalam dimana bangkai diletakkan untuk menarik serigala dan ditutup dengan dahan.[5]
- ↑ "Perhatian bahawa makanan yang lazim bagi kanak-kanak adalah kekacang iaitu makanan orang mati.", kata K.M. Briggs.[6] Beliau telah membuat pemerhatian yang sama tentang makanan orang yang mati di dalam buku tahun 1967nya, The Fairies in English Tradition and Literature (Pari-pari dalam Tradisi dan Sastera Inggeris),[7] tetapi John Clark ragu-ragu terhadap pendapat yang diutarakan oleh Briggs. John Clark mengatakan bahawa "kekacang sebagai makanan orang yang mati adalah tidak munasabah".[8]
[sunting] Rujukan
- ↑ 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 Clark, John (2006), "'Small, Vulnerable ETs': The Green Children of Woolpit", Science Fiction Studies 33 (2)
- ↑ Simpson, Jacqueline; Roud, Steve (2000), "Green Children", A Dictionary of English Folklore (online ed.), Oxford University Press, http://www.oxfordreference.com/views/ENTRY.html?subview=Main&entry=t71.e435, capaian 5-4-2009
- ↑ Lawton, H. W. (January 1931), "Bishop Godwin's Man in the Moone", The Review of English Studies 7 (25), http://www.jstor.org/stable/508383
- ↑ Mills, A. D. (2003), "Woolpit", A Dictionary of British Place-Names, Oxford University Press, http://www.oxfordreference.com/views/ENTRY.html?subview=Main&entry=t40.e14264, capaian 25 April 2009
- ↑ Cosman & Jones 2008, p. 127
- ↑ *Briggs, K. M. (1970), "The Fairies and the Realms of the Dead", Folklore (en) 81 (2), http://www.jstor.org/stable/508383
- ↑ Briggs 1967, p. 6
- ↑ Clark, John (2006), "Martin and the Green Children", Folklore 117 (2)
- ↑ Cohen 2008, p. 83
- ↑ Lunan, Duncan (September 1996), "Children from the Sky", Astounding (en) 116 (11)
[sunting] Bibliografi
- Baughman, E. W. (1966), Type and Motif-Index of the Folktales of England and North America, Mouton
- Brewer, Derek (1998), "The Colour Green", in Brewer, Derek; Gibson, Jonathan, A Companion to the Gawain-Poet, D. S. Brewer, ISBN 978-0-859-91433-8
- Briggs, K. M. (1967), The Fairies in English Tradition and Literature, Routledge and Kegan Paul, ISBN 978-0-415-29151-4
- Cohen, Jeffrey Jerome (2008), "Green Children from Another World, or the Archipelago in England", in Cohen, Jeffrey Jeremy, Cultural Diversity in the British Middle Ages: Archipelago, Island, England, The New Middle Ages, Palgrave, ISBN 978-0-230-60326-4
- Cosman, Pelner; Jones, Linda Gale (2008), Handbook to Life in the Medieval World, Facts On File, ISBN 978-0-816-04887-8
- Fanthorpe, Lionel; Fanthorpe, Patricia (2010), The Big Book of Mysteries, Dundurn Group, ISBN 978-1-554-88779-8
- Harris, Paul (1998), "The Green Children of Woolpit: A 12th Century Mystery and its Possible Solution", in Moore, Steve, Fortean Studies: No. 4, John Brown Publishing, ISBN 978-1-870-87096-2
- Haughton, Brian (2007), Hidden History: Lost Civilizations, Secret Knowledge, and Ancient Mysteries, New Page Books, ISBN 978-1-564-14897-1
[sunting] Pautan luar
- (Inggeris) The Mystery of the Green Children of Woolpit, satu rencana yang banyak tentang misteri kanak-kanak hijau ditapak sesawang Brian Haughton.
- (Inggeris) Kanak-kanak hijau Woolpit di Feralchildren.com (Archive.org)