Karikatur Nabi Muhammad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Karikatur Nabi Muhammad difatwakan haram, apalagi dalam bentuk karikatur negatif. Namun selepas 911, kartunis Eropah Barat suka memprovokasi umat Islam dengan alasan kebebasan berkarya , dunia global tanpa sempadan, media internet dan sebagainya. Mereka langsung tidak menghormati sensitiviti dunia Islam.

Islam melarang keras gambaran atau lukisan Nabi Muhammad, walaupun untuk tujuan baik, kerana bimbang ia akan membawa kepada penyembahan.

Pelbagai karikatur[sunting | sunting sumber]

  1. Pelukis Sweden Lars Vilks (63) melukis kepala Nabi Muhammad berbadan anjing dan disiarkan dalam akhbar Nerikes Allehanda pada 18 ogos 2007. Kemudian hendak dijadikan bahan pameran di pusat warisan budaya Sweden tetapi ditolak kerana bimbangkan keselamatan . Namun 3 akhbar (Dagens Nyheter, Expressen dan akhbar harian Malmo, Sydsvenska Dagbladet) di sana menyiarkannya semula. [1] Dia mahu menyindir semua agama termasuk Islam. Akhbar Dagens Nyheter menegaskan bahawa Vilks 'tidak berseorangan dalam konflik itu.Ancaman terhadap Vilks adalah ancaman kepada semua rakyat Sweden'.[2]
  2. Pada 7 Mac 2010, akhbar harian Denmark, Politiken enggan memohon maaf kepada umat Islam berhubung penyiarkan karikatur Nabi Muhammad memakai serban berbentuk bom pada 2008. Polis Denmark men mendedahkan komplot membunuh kartunis Kurt Westergaard.Peguam Arab Saudi yang mewakili lapan anggota kumpulan Islam di Asia Barat dan Australia bertindak menyaman Politiken .[3]
  3. Pada 25 Ogos 2007, Pengurus Besar Makkal Osai, S.M Periasamy mendakwa akhbar Tamil Nesan menyiarkan karikatur Nabi Isa memegang sebatang rokok dan sebotol arak pada 23 Ogos 2007 di halaman 3.Ketua Polis Daerah Sentul ACP K.Kumaran telah menerima laporan polis berhubung kes itu.[4]
  4. Pada 22 Februari 2006, ruangan Coffee Break akhbar The New Straits Times menyiarkan semula kartun Nabi Muhammad lakaran Willie Miller . PAS dan NGO lain membuat laporan polis .Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan tiada tindakan terhadap NST selepas permohonan maaf secara terbuka.
  5. Pada 3 Februari 2006, Berita Mandarin di TV2 (RTM) turut menyiarkan karikatur tersebut.[5]
  6. Akhbar Sarawak Tribune dan Guang Ming digantung kerana menyiarkan semula karikatur Nabi Muhammad yang disiarkan oleh media Denmark pada Februari 2006. [6]

Salman Rushie pernah difatwa hukum bunuh oleh Ayatullah Ruhullah Khomeini dari Iran kononnya perkahwinan berunsur fidofilia dan sebagainya.Akibatnya Salman terpaksa bersembunyi di Britain . Sejak itu nyawanya halal dibunuh bagi mendapat tawaran lumayan

Bantahan[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Mac 2010, Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman mewakili Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya penyiaran karikatur itu oleh 3 buah akhbar Sweden. Kerajaan Sweden hendaklah menyekat tindakan provokatif dan menghina ini.Ia tidak patut berulang.


Dewan Pemuda PAS dipimpin oleh Nasrudin Hassan menghantar memorandum bantahan kepada Kedutaan Sweden di Kuala Lumpur pada 26 Mac 2010. Orang Islam boleh solat Jumaat di Masjid Tabung Haji sebelum berarak ke Kedutaan Sweden.[7] [8] Kerajaan Mesir, Iran dan Pakistan mengemukakan bantahan rasmi. Penduduk Islam di pekan Oerebro, ke barat Stockholm mengadakan protes. Nampaknya Sweden tidak belajar dari Denmark.

Seorang wanita Amerika Syarikat (AS) 'Jihad Jane' merancang membunuh Lars Vilks. Polis Ireland, Amerika Syarikat dan Eropah melancarkan operasi menangkap komplot membunuh Vilks i pekan Cork dan Waterford, selatan Ireland.Televisyen RTE melaporkan, mereka berasal dari Maghribi dan Yemen tetapi berada di Ireland secara sah.


Sebuah pertubuhan berkaitan al-Qaeda, Iraq menawarkan hadiah AS$100,000 (RM340,000) untuk membunuh Vilks, dengan bonus AS$50,000 (RM170,000) jika lehernya dikelar, dan AS$50,000 lagi untuk pembunuhan ketua pengarang Nerikes Allehanda, Ulf Johansson.

Vilks terpaksa disembunyikan selepas ancaman bunuh . Rumah Vilks dipasang pagar dawai kawat elektrik bagi menghalang penceroboh. [9]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]