Songket: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Saufy Jauhary (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Bagasirma (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 7: Baris 7:
| type =
| type =
| material = [[sutera]], [[kapas]], [[emas]], [[perak]]
| material = [[sutera]], [[kapas]], [[emas]], [[perak]]
| location = [[Terengganu]], [[Malaysia]] tersebar ke seluruh [[Asia Tenggara]]<ref name="Sejarah perkataan songket Malaysia">{{Cite web|URL=https://www.songketrepublik.com/blogs/blog/sejarah-unik-songket-malaysia |title=Songket Malaysia (Malaysia) |access-date=2022-07-07}}</ref><ref>{{cite journal|journal=In: Seminar a Celebration of South East Asia Textiles, In conjunction with the celebration of Textile Carnival and Exhibition at Department of Museums Malaysia, Kuala Lumpur 2011|title= Revitalising the Craft of Songket Weaving through Innovation in Malaysia|first=June Ngo Siok |last=Kheng|year=2011|url=https://ir.unimas.my/id/eprint/2558/}}</ref>}}
| location = [[Palembang]], [[Indonesia]] tersebar ke seluruh [[Asia Tenggara]]<ref name="Sejarah perkataan songket Malaysia">{{Cite web|URL=https://www.songketrepublik.com/blogs/blog/sejarah-unik-songket-malaysia |title=Songket Malaysia (Malaysia) |access-date=2022-07-07}}</ref><ref>{{cite journal|journal=In: Seminar a Celebration of South East Asia Textiles, In conjunction with the celebration of Textile Carnival and Exhibition at Department of Museums Malaysia, Kuala Lumpur 2011|title= Revitalising the Craft of Songket Weaving through Innovation in Malaysia|first=June Ngo Siok |last=Kheng|year=2011|url=https://ir.unimas.my/id/eprint/2558/}}</ref>}}
{{Infobox intangible heritage
{{Infobox intangible heritage
| Image =
| Image =
Baris 27: Baris 27:
[[File:Kain Songket Song.ogg|thumb|Lagu Kain Songket dicipta oleh M.Siden dan dinyanyikan oleh Rokiah Wanda dan Hamzah Dolmat pada tahun 1949]]
[[File:Kain Songket Song.ogg|thumb|Lagu Kain Songket dicipta oleh M.Siden dan dinyanyikan oleh Rokiah Wanda dan Hamzah Dolmat pada tahun 1949]]


'''Songket''' atau '''sungkit''' ({{Jawi|سوڠكيت}}) merupakan sejenis kain tenunan [[Nusantara]] yang berasal dari [[Terengganu]], dihasilkan dengan mesin tradisional yang menghasilkan [[corak]] rumit menggunakan [[benang]] [[emas]] atau [[perak]]. Ia kain lazim yang dibusanakan dalam adat-adat perkahwinan di [[Asia Tenggara]].
'''Songket''' atau '''sungkit''' ({{Jawi|سوڠكيت}}) merupakan sejenis kain tenunan [[Nusantara]] yang berasal dari [[Palembang]], dihasilkan dengan mesin tradisional yang menghasilkan [[corak]] rumit menggunakan [[benang]] [[emas]] atau [[perak]]. Ia kain lazim yang dibusanakan dalam adat-adat perkahwinan di [[Asia Tenggara]].


Songket ialah kain tenun mewah yang biasanya dikenakan ketika kenduri, perayaan atau pesta; pada zaman dahulu songket dipakai khusus oleh [[golongan bangsawan]] - keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar.
Songket ialah kain tenun mewah yang biasanya dikenakan ketika kenduri, perayaan atau pesta; pada zaman dahulu songket dipakai khusus oleh [[golongan bangsawan]] - keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar.

Semakan pada 14:45, 17 Disember 2023

Songket
Songket khas Terengganu Kain Limar Songket Bertabur dari abad ke-19, tersimpan di Muzium Tekstil, Universiti George Washington
Bahansutera, kapas, emas, perak
Tempat asalPalembang, Indonesia tersebar ke seluruh Asia Tenggara[1][2]
Songket
NegaraMalaysia
DomainKetukangan tradisional
Rujukan01505
KawasanAsia Pasifik
Sejarah inskripsi
Inskripsi2021 (sesi ke-16)
SenaraiRepresentative List
Lagu Kain Songket dicipta oleh M.Siden dan dinyanyikan oleh Rokiah Wanda dan Hamzah Dolmat pada tahun 1949

Songket atau sungkit (Jawi: سوڠكيت) merupakan sejenis kain tenunan Nusantara yang berasal dari Palembang, dihasilkan dengan mesin tradisional yang menghasilkan corak rumit menggunakan benang emas atau perak. Ia kain lazim yang dibusanakan dalam adat-adat perkahwinan di Asia Tenggara.

Songket ialah kain tenun mewah yang biasanya dikenakan ketika kenduri, perayaan atau pesta; pada zaman dahulu songket dipakai khusus oleh golongan bangsawan - keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar.

Songket mempunyai nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan agung. Selain mengangkat martabat si pemakai, motif dan warna tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang.

Songket buatan tempatan di Malaysia telah menerima pengiktirafan antarabangsa oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang menyenaraikannya dalam kategori warisan kebudayaan tidak ketarapada 17 Disember 2021.[3]

Peristilahan

Secara etimologinya, istilah songket merujuk kepada "sungkit" mahupun "sangkut" yang bermakna "mengait", "menyungkit" atau "mencungkil".[4][5]

Sejarah

Tenun songket secara sejarah dikaitkan dengan kawasan permukiman dan budaya Palembang maupun Minangkabau yang berasal dari pulau Sumatera. Menurut Hikayat Palembang, asal mula kain songket bermula dari kemaharajaan Srivijaya. Bermula di Palembang, pusat diraja Sriwijaya songket telah dikenal sejak abad ke-7 dengan ditemukannya arca berbusana songket pada Candi Bumi Ayu. Bahan utama pembuatan songket seperti sutera biasanya diproduksi oleh petani ulat sutera Sumatera, tetapi untuk menghasilkan songket yang lebih berkualiti, masyarakat tempatan turut mengeksport sutera daripada China, manakala benang emas biasanya dihasilkan oleh masyarakat tempatan dengan memproses emas yang dihasilkan dari beberapa kawasan di Sumatera.

Akibat pengaruh kuasa kemaharajaan Srivijaya, kain songket menyebar dari Palembang ke seluruh pelusuk wilayah Srivijaya, yakni sebagian besar wilayah di Sumatera (terutama di Sumatera Barat, Sumatera Selatan, dan Lampung), Kepulauan Riau, Kalimantan (terutama di Sambas),Borneo, Tanah Melayu, Thailand, Kemboja, dan juga meliputi sebahagian Jawa Barat. Menurut tradisi Kelantan, teknik tenun seperti ini diperkenalkan dari Chaiya (di Thailand) iaitu kawasan yang pernah menjadi salah satu cabang wilayah tengah di bawah kuasa kemaharajaan Srivijaya, yang mana kemudian teknik ini berkembang ke selatan di Pattani hingga mencapai ke Kelantan dan Terengganu sekitar abad ke-16. Akan tetapi menurut penenun Terengganu, justru para pedagang Minangkabau, Palembang, dan India yang berlayar dari Palembang lah yang pertama kali memperkenalkan teknik anyaman ini sejak zaman kegemilangan Srivijaya.


Penenunan songket berkembang di Semenanjung Melayu disebabkan kerana pendudukan kuasa oleh empayar Srivijaya dan perkahwinan campur antara kerajaan diraja tempatan, yang merupakan strategi penyatuan biasa sekitar abad ke-15. Songket juga dipersembahkan oleh pengasas kerajaan Melaka yang juga berasal dari Palembang, dan budaya Palembang turut dijadikan identiti kerajaan tersebut.

Songket menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara benang sutera pada kain latar. Fabrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dikalangan bangsawan Melayu.

Keberadaan sesebahagian bahan asas membuat kain ini seperti benang emas juga mencerminkan kedudukan para petukang kain ini yang terletak dalam kerajaan kerana bahan pembuatannya yang mahal - benang emas sejatinya memang terbuat dari lembaran emas murni asli.[6] Warna emas pada kain ini juga dikaitkan dengan kegemilangan Srivijaya suatu ketika dari abad ke-7 hingga abad ke-13.[7][8]

Songket sebagai busana diraja juga disebutkan dalam naskah Abdullah bin Abdul Kadir pada tahun 1849.[9]

Pada zaman kini

corak motif kain songket

Berdasarkan bahan, kaedah pembuatan, dan harga; Songket pada asalnya merupakan kain mewah golongan bangsawan yang menunjukkan keluhuran dan maruah pemakainya. Tetapi kini songket bukan sahaja ditujukan untuk orang kaya dan berada, kerana harganya berbeza-beza; daripada yang biasa dan agak murah, kepada yang eksklusif dengan harga yang sangat mahal. Kini dengan penggunaan benang emas sintetik, songket tidak lagi semahal dahulu apabila menggunakan emas asli. Namun begitu, songket yang berkualiti terbaik masih dinilai sebagai bentuk seni yang anggun dan agak mahal.

Di beberapa kawasan Palembang, songket masih memiliki nilai jual tinggi kerena pembuatannya masih menggunakan sutera dan emas asli sebagai bahan asas.[10]

Sejak dahulu lagi, songket telah menjadi pilihan popular untuk pakaian perkahwinan tradisional Melayu, Palembang, Minangkabau, Aceh dan Bali. Kain ini sering diberikan oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan sebagai salah satu persembahan perkahwinan. Pada hari ini, pakaian rasmi lelaki Melayu sering memakai songket sebagai kain yang dililit di atas seluar atau sebagai ikat kepala, tanjak, atau ikat kepala. Bagi wanita pula, songket dibalut sebagai kain sarung yang digabungkan dengan Kebaya atau Baju kurung.

Walaupun berasal daripada kraf tradisional, industri songket merupakan kraf yang terus hidup dan dinamik. Pengrajin songket khususnya di Palembang kini cuba mencipta motif baharu yang lebih moden serta pilihan warna yang lebih lembut. Ini adalah usaha untuk memastikan songket sentiasa dikemas kini dan diminati orang ramai.[8] Sebagai objek seni, songket sering dibingkai dan digunakan untuk menghiasi bilik. Aplikasi moden kain songket sangat pelbagai, bermula dari beg wanita, songkok, malah telefon bimbit.

Corak dan motif

Songket pengantin khas Palembang

Corak dan motif songket mencerminkan kekayaan alam persekitaran dengan perwujudan cita rasa budaya, sehingga songket memiliki motif-motif tradisional yang sudah menjadi ciri budaya wilayah penghasil kraf. Motif tersebut tercipta dikeranakan rupa semula jadi di sekeliling kawasan tersebut berupa tumbuh tumbuhan, bunga, haiwan, alam dan lain-lain. Misalnya motif Saik Kalamai, Buah Palo, Barantai Putiah, Barantai Merah, Tampuak Manggih, Salapah, Kunang-kunang, Api-api, Cukie Baserak, Sirangkak, Silala Rabah, dan Simasam yang merupakan motif khas songket Pandai Sikek, Minangkabau.[11]

Kefahaman ini juga ditentukan secara rekaan khusus: beberapa pemerintah daerah di Indonesia misalnya telah mempatenkan motif songket tradisional mereka. Dari 71 motif songket yang dimiliki Sumatra Selatan, baru 22 motif yang terdaftar di Direktorat Jenderal Hak Kekayaan Intelektual Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia. Dari 22 motif songket Palembang yang telah didaftarkan termasuk motif Bungo Intan, Lepus Pulis, Nampan Perak, dan Limar Beranti. Sementara 49 motif yang lain tidak berdaftar, termasuk motif Berante Berakam pada seragam rasmi. Selain motif Berante Berakam, beberapa motif lain yang belum terdaftar ialah motif Songket Lepus Bintang Berakam, Nago Besaung, Limar Tigo Negeri Tabur Intan, Limar Tigo Negeri Cantik Manis, Lepus Bintang Penuh, Limar Penuh Mawar Berkandang, dan sejumlah motif lain.[12]

Kawasan pertukangan

Songket tradisional khas suku Sasak

Kawasan-kawasan di Asia Tenggara yang dikenali seni songketnya:


Proses pembuatan

Secara ringkasnya proses menenun songket adalah dengan menggunakan teknik menyungkit iaitu menggunakan lidi buluh atau bilah nibung melalui benang loseng/lungsin di permukaan alat tenun yang dipanggil kek tenun. Proses menyungkit dilakukan setelah benang karat butang disediakan. Benang karat butang digunakan untuk membuat reka corak atau sulaman benang emas.

Benang perlu dibersihkan sebelum dicelup ke dalam pewarna. Setelah pewarnaan dibuat benang perlu dikeringkan sebelum kerja selanjutnya dilaksanakan. Benang-benang ini dililit pada pelenting buluh kecil dilakukan dengan bantuan alat darwin dan alat pemutar rahat.

Benang loseng diregang di alat penenun (ianian) bagi menentukan saiz panjang atau jumlah helai kain yang akan ditenun sebelum digulung dengan sekeping papan loseng untuk disiapkan pada gigi atau sikat jentera. Setelah itu, kerja-kerja menyapuk dapat dilakukan

Dua urat benang loseng dikaitkan melalui setiap celah gigi jentera. Karak dibuat daripada benang asing yang digelung.

Corak digubah pada benang loseng menggunakan alat "lidi" agar benang loseng berangka genap dan ganjil dapat diarahkan turun naik secara berselang seli sewaktu menenun. Sebanyak tiga atau lima lembar benang disongketkan kemudian diikat dan dikenali sebagai proses ikat butang. Alat torak yang diisi dengan benang pakan atau benang emas, dimasukkan ke kiri dan kanan di celah-celah benang loseng mengikut corak yang telah ditentukan hinggalah menjadi sekeping kain. Kain yang telah siap ini dipotong mengikut saiz.

Rujukan

  1. ^ "Songket Malaysia (Malaysia)". Dicapai pada 2022-07-07.
  2. ^ Kheng, June Ngo Siok (2011). "Revitalising the Craft of Songket Weaving through Innovation in Malaysia". In: Seminar a Celebration of South East Asia Textiles, In conjunction with the celebration of Textile Carnival and Exhibition at Department of Museums Malaysia, Kuala Lumpur 2011.
  3. ^ CNN Indonesia (17 Disember 2021). "Songket Malaysia Diakui Jadi Warisan Tak Benda UNESCO". CNN Indonesia. Dicapai pada 17 Disember 2021.
  4. ^ "Sungkit". kbbi.kemdikbud.go.id. Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan. Dicapai pada 25 April 2021.
  5. ^ "Sungkit". prpm.dbp.gov.my. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 10 Oktober 2022.
  6. ^ Uchino, Megumi (2005). "Socio-cultural history of Palembang Songket". Indonesia and the Malay World. Routledge. 33 (96): 205–223. doi:10.1080/13639810500283985. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  7. ^ "The Ancient Sriwijaya Heritage" Tampilkan Kemilau Songket dan Adat Perkawinan Sumsel
  8. ^ a b Sriwijaya Post. "Motif Abstrak Songket palembang". Sriwijaya Post. Dicapai pada 16 Januari 2012. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  9. ^ Hikayat Abdullah By Hamzah Hamdani
  10. ^ "Mengenal Harga Songket Palembang - Semua Halaman - TRIBUNNEWS". TRIBUNNEWS.COM (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2022-09-30.
  11. ^ "Tenun Songket Pandai Sikek (Sumatra Barat - Indonesia)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-23. Dicapai pada 2010-10-24. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  12. ^ Sriwijaya Post. "Motif Abstrak Songket palembang". Sriwijaya Post. Dicapai pada 2012-01-16. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  13. ^ The Malay handloom weavers: a study of the rise and decline of traditional ... By Maznah Mohamad
  14. ^ "Songket Terengganu (Terengganu - Malaysia)". Dicapai pada 28 Oktober 2022.
  15. ^ "Songket Terengganu (Terengganu - Malaysia)". Dicapai pada 28 Oktober 2022.
  16. ^ "Songket Pahang (Pahang - Malaysia)". Dicapai pada 28 Oktober 2022.
  17. ^ "Songket Sarawak (Sarawak - Malaysia)". Dicapai pada 6 Julai 2022.
  18. ^ "Songket Johor (Johor - Malaysia)". Dicapai pada 28 Oktober 2022.
  19. ^ "Songket Melaka (Melaka - Malaysia)". Dicapai pada 28 Oktober 2022.
  20. ^ "Songket Perak (Perak - Malaysia)". Dicapai pada 28 Oktober 2022.
  21. ^ "Songket Kedah (Kedah - Malaysia)". Dicapai pada 28 Julai 2022.
  22. ^ "Tenun Songket Pandai Sikek (Sumatra Barat - Indonesia)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-23. Dicapai pada 2021-01-06.
  23. ^ National Geographic Traveller Indonesia, Vol 1, No 6, 2009, Jakarta, Indonesia, page 62
  24. ^ "Songket Brunei (Sambas - Brunei)". Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2021. Dicapai pada 28 Oktober 2022.
  25. ^ Siti Norkhalbi Haji Wahsalfelah. (3-5 Disember 2007). "Tamadun Brunei dan Kewujudan Seni Tenun". Seminar Sejarah Borneo, Pemeliharaan Sejarah Borneo dan Tamadun Borneo: Ke Arah Pengukuhan Negara Bangsa, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam. doi:10.13140/2.1.4659.1363.
  26. ^ "Songket Bangkok (Bangkok - Thailand)". Dicapai pada 27 Oktober 2022.
  27. ^ "Songket Thailand (Utara Thailand - Thailand)". Dicapai pada 27 Oktober 2022.
  28. ^ "Songket Thailand (Selatan Thailand - Thailand)". Dicapai pada 27 Oktober 2022.
  29. ^ "Songket Kemboja (Angkor Wat - Kemboja)". Dicapai pada 23 Jun 2023.
  30. ^ "Songket Kemboja (Phnom Penh - Kemboja)". Dicapai pada 23 Jun 2023.