Kimi ga Yo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kimigayo 君が代, lagu kebangsaan Jepun, hanya diberi status rasmi pada tahun 1999 setelah lebih 100 tahun ia digubah. Ia merupakan sebuah puisi yang ditulis dengan cara Waka, terkenal pada era pemerintahan Heian. Namun tidak diketahui siapa yang mengarang puisi Kimigayo ini. Ada teori yang mengatakan bahawa Kimigayo juga merupakan sebuah puisi cinta.

Pada tahun 1869, Oyama Iwao dan beberapa pegawai tentera yang lain telah memilih Kimigayo sebagai lirik untuk lagu kebangsaan Jepun yang baru dan meminta John William Fenton untuk menggubah muziknya. Namun gubahan Fenton hanya digunakan sehingga tahun 1876. Melodi yang didengarkan sekarang digubah oleh Hayashi Hiromori pada tahun 1880.


Lirik[sunting | sunting sumber]

Bahasa Jepun[sunting | sunting sumber]

君が代は

千代に

八千代に

細石の

巌となりて

苔の生すまで

Romaji (Rumi)[sunting | sunting sumber]

Kimi ga yo wa
Chiyo ni,
Yachiyo ni
Sazare ishi no
Iwao to narite
Koke no musu made.

Terjemahan[sunting | sunting sumber]

Semoga kekuasaan Tuanku,
Berlanjut selama seribu (tahun),
Lapan ribu generasi,
Sampai kerikil,
Berubah menjadi batu karang,
Yang diselimuti lumut.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]