Kodomo

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Kodomomuke anime (子供向けアニメ?) ialah istilah bahasa Jepun yang membawa maksud "animasi yang ditujukan kepada kanak-kanak". Istilah ini memaksudkan genre komik (manga) dan kartun (anime) buatan Jepun yang ditujukan kepada audiens yang lebih muda berbanding bahan-bahan "shonen" dan "shojo". Namun begitu, untuk kebanyakan peminat media ini yang bukan berbangsa Jepun, nama ini dipendekkan menjadi "Kodomo".

Karya-karya Kodomo terkenal kerana cerita-cerita yang biasanya (dan secara terselindung) banyak berunsur moral dan mengajar kanak-kanak agar menjadi orang yang baik dan berhati murni.

Contoh-contoh karya "kodomo" termasuk:

Watak Pokémon
Watak Pokémon
  • Doraemon: Mengenai seorang budak lelaki dan robot berbentuk kucing dari zaman akan datang yang tiba untuk mengawasi budak tersebut.
  • Astro Boy: Mengenai pengembaraan budak robot.
  • Soreike! Anpanman: Mengenai wira yang kepalanya diperbuat daripada roti bersama kawan-kawannya yang juga berbentuk makanan.
  • Hamtaro: Mengenai sekawan hamster dan tuan punya masing-masing.
  • Pokémon: Mengenai seorang budak dan usahanya mengumpul semua benda hidup bernama Pokémon.
  • Zenmai Zamurai: Mengenai seorang bekas penyamun menjadi samurai yang memantau desanya untuk melakukan kerja amal dengan pedang Dangonya.

Karya-karya seperti Ojamajo Doremi, Pretty Cure, dan Onegai My Melody merupakan siri gadis sihir yang boleh digolongkan sebagai bahan "kodomo".

Karya-karya lain yang juga boleh dikelaskan sebagai "kodomo" merupakan judul-judul shonen seperti Keroro, Bobobo-bo Bo-bobo, Sonic X, dan Pokémon.

Alatan peribadi