Kuih bakul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kuih bakul

Nian gao nin gou.jpg

Nian Gao/Kuih Bakul Asia Tenggara
Bahasa Cina:

Maksud harfiah: Kuih Tahun
Nama Cina alternatif
Bahasa Cina:

甜棵

Maksud harfiah: Kuih Manis

Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya "nian gao" (年糕) di mana perkataan 糕 (gāo) bermaksud 'kuih' dalam nama kuih ini berbunyi sama seperti perkataan 高 (gāo​) bermaksud 'tinggi' melambangkan erti "semakin tahun semakin tinggi" (年年高升)(niánnián gāoshēng) atau ringkasnya "setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan".

Penghasilan[sunting | sunting sumber]

Sungguhpun pelbagai jenisnya, namun semuanya berkongsi ramuan pulut sama yang dihancurkan atau dikisar menjadi adunan, dan, bergantung kepada jenis itu, boleh diacu begitu sahaja atau dimasak semula untuk mengukuhkan ramuannya. Kuih bakul berbagai-bagai jenisnya termasuklah jenis-jenis yang didapati dalam masakan Shanghai, dan masakan Kantonis dari Guangdong.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Kuih bakul Shanghai

Masakan Shanghai[sunting | sunting sumber]

Jenis Shanghai biasanya dibungkus dalam batang yang tebal dan lembut agar dihiris atau dibungkus selepas dihiris, lalu sama ada dikacau goreng atau dicampur ke dalam sup. Bergantung kepada kaedah pemasakannya, gaya ini menghasilkan jenis yang lembut dan kenyal. Gaya Shanghai ini memastikan warna kuih bakul putih, iaitu ciri-ciri yang paling nyata.

Aapbila dihidangkan, kaedah yang paling biasa ialah kaedah kacau goreng, maka namanya "kuih bakul goreng" ( 炒年糕, pinyin: chǎo nián gāo). Terdapat tiga jenis yang biasa: yang pertama ialah hidangan enak yang ramuannya termasuk daun bawang, daging lembu, daging babi, kubis dsb; yang kedua ialah jenis manis yang menggunakan gula putih biasa; dan yang terakhir ialah jenis tawar yang selalu dimakan kerana teksturnya yang kenyal.

Kuih bakul Guangdong

Masakan Kantonis[sunting | sunting sumber]

Jenis Guangdong pula dimaniskan, biasanya dengan gula hitam, dengan warna kuning tuanya yang menonjol. Adunannya dituang ke dalam bekas kek dan dikukus sekali lagi untuk mengukuhkan adukannya. Adukan itu dikukus sehingga pejal dan dihidangkan dalam bentuk hirisan tebal. Kuih bakul ini menjadi tegang dan amat melekit. Kuih bakul ini boleh dimakan begitu sahaja, dan juga boleh dihidangkan sebagai puding yang berperisa air ros atau adunan kacang merah.

Langkah seterusnya yang tidak semestinya dilakukan adalah menggoreng dengan kuali untuk membentuk "kuih bakul goreng kuali" ( 煎年糕, Jyutping: zine1 nin4 gou1, pinyin: jiān nián gāo). Apabila goreng, kuih menjadi sedikit rangup di luaran, dan kekal melekit di dalam. Ketika Tahun Baru Cina, kuih ini dipotong kepada kepingan segiempat dan disajikan bersama hidangan dim sum kuih yang serupa seperti kuih taro dan kuih berangan.

Asia Tenggara[sunting | sunting sumber]

Nian gao (年糕) or thnii kuih (甜棵) (loghat Hokkien POJ: tiⁿ-kóe) atau tiam kuih (甜棵) (loghat Teochew/Chaozhou) juga dipanggil Kue Keranjang dalam Bahasa Indonesia seperti Kuih Bakul dalam Bahasa Melayu, kerana ianya diisi di dalam berkas dari daun buluh atau pisang yg dibentuk seperti 'Keranjang' atau 'Bakul'. Ianya adalah sejenis kuih tradisional Cina yang yg melekit dan kenyal seperti dodol yang dibuat daripada tepung pulut and gula untuk meraikan perayaan Tahun Baru Cina oleh masyarakat Cina di negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Singapore, Malaysia and Thailand.

Disebabkan keadaan kuih ini yang kenyal dan kental, ianya dapat tahan disimpan lama sampai berbulan-bulan sekirannya disimpan atau disejuk-beku dengan baik untuk dimakan lagi. Ianya gemar dimakan dengan digoreng bersama-sama dengan ubi atau keledek. Sebagai ramuan sup, kuih bakul dicelup dan direbus untuk pelbagai jenis sup yang menggunakan kuih ini.

Di Indonesia, nama lainnya ialah "Kue Keranjang" yang popular di Bogor and Yogyakarta semasa perayaan Imlek atau Tahun Baru Cina.

Budaya lain[sunting | sunting sumber]

Japan dan Korea juga ada makanan pulut yang serupa, iaitu masing-masing mochi dan tteok.

Dua lapisan nian gao dengan isian adunan kacang merah yang manis.

Kepercayaan dan Keagamaan[sunting | sunting sumber]

Bagi masyarakat Cina yang berkepercayaan Taoisme, Kuih Bakul atau Nian Gao merupakan makanan utama yang digunakan untuk upacara sembahyang (Jie Sie Siang Ang), 6 hari sebelum tahun baru. Ianya dipercayai kuih manisan yang melekit ini di persembahkan untuk memujuk hati Dewa Dapur kerana ianya akan dapat 'memaniskan serta melekitkan mulut' semasa Dewa Dapur bakal pergi ke syurga untuk memberi lapuran tahunan kepada Maha Dewa Syurga (玉皇大帝)(Yu Huang Da Di) atau "Thnee Kong" (天公/thiⁿ-kong) dan dengan ini akan dapat memastikan Dewa Dapur memberi lapuran yang baik nanti mengenai rumah tangga tersebut. Sebagai makanan yang dipersembahkan kepada dewa bagi upacara agama, biasanya ia hanya dimakan selepas Chap Goh Meh, hari ke 15 dan penghabisan Tahun Baru Cina.

Di samping itu, kuih ini, yang namanya yang bermaksud baik, bentuknya yang membetung bulat serta keadaannya yang lekit dan manis, semuanya melambangkan petunjuk-petunjuk yang baik agar supaya satu tahun baru yang makmur dan produktif, sempurna dan lengkap, berpenyatuan dan perpaduan keluarga serta kebahagiaan dan kegembiraan yang bakal akan ditempuhi.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]