Masakan Kantonis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Masakan Kantonis

HK food Kennedy Town New Chinese Rest BBQ Mix.jpg

Seceper siu mei, termasuk babi panggang (bawah), angsa panggang (atas), ham salai (kiri), ayam hiris putih (kanan), dan obor-obor (tengah)
Cina Tradisional:

廣東菜

Cina Ringkas:

广东菜

Hanyu Pinyin: Guǎngdōngcài
Jyutping (bahasa Kantonis): Gwong2 dung1 coi3
Yuet cuisine
Tulisan Tradisional:

粵菜

Tulisan Ringkas:

粤菜


Masakan Kantonis berasal dari wilayah Guangdong (Kanton) di selatan China[1] dan merupakan salah satu daripada Lapan Tradisi masakan Cina. Masakan Kantonis amat terkenal di luar negara China kerana ramai sekali penghijrah awal yang keluar dari Guangdong. Tukang masak Kantonis amat dicari-cari di seluruh China.[2] Apabila orang Barat menyebut masakan Cina, lazimnya yang dimaksudkan adalah masakan Kantonis.[2]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Templat:Cuisine of China Guangdong semenjak dahulu kala merupakan sebuah pelabuhan perdagangan, maka banyak makanan dan ramuan yang diimport digunakan dalam masakan Kantonis. Selain daging babi, lembu dan ayam, masakan Kantonis menerapkan hampir kesemua daging yang boleh dimakan, termasuk bahagian dalam, kaki ayam, lidah itik, ular, dan siput babi. Bagaimanapun, daging kambing amat jarang dimakan, tidak seperti masakan di utara atau barat China. Banyak kaedah memasak yang digunakan, terutama sekali kukus dan kacau goreng yang paling senang dan cepat, di samping juga goreng cetek, kukus ganda, tumis reneh, and goreng rendam.

Bagi kebanyakan tukang masak Kantonis tradisional, hidangan yang siap mesti seimbang dan tidak berminyak perisanya. Selain itu, rempah-ratus harus digunakan secara sederhana supaya tidak mengatasi perisa ramuan utama yang seharusnya mencapai kemuncak kesegaran dan kualitinya. Herba segar tidak digunakan secara meluas dalam masakan Kantonis, kecuali daun kucai dan ketumbar jika dibandingkan dengan masakan-masakan lain seperti Sichuan, Eropah mahupun Thai. Akan tetapi, ketumbar sekadar dijadikan hisan.

Makanan[sunting | sunting sumber]

Sos dan perasa[sunting | sunting sumber]

Dalam masakan Kantonis, ramuan-ramuan yang memadai untuk menyerlahkan perisa ialah daun bawang, gula, garam, kicap, arak beras, kanji, cuka, minyak daun bawang, dan minyak bijan, tetapi bawang putih amat banyak digunakan dalam sesetengah hidangan, terutamanya yang ada daging bahagian dalam yang boleh merembeskan bau yang kurang menyenangan. Halia, cili, serbuk lima rempah, serbuk lada hitam, bunga lawang dan sebagainya turut digunakan, tetapi secara jarang.

kai-lan celur dengan sos tiram
Sos dan perasa
Melayu Cina Tradisional Cina Ringkas Pinyin Jyutping
Sos hoisin 海鮮醬 海鲜酱 hǎixiānjiàng hoi2 sin1 zoeng3
Sos tiram 蠔油 蠔油 háoyóu hou4 jau4
Sos plum 蘇梅醬 苏梅酱 sūméijiàng syun1 mui4 zoeng3
Sos masam manis 糖醋醬 糖醋酱 tángcùjiàng tong4 cou3 zoeng3
Sos kacang hitam 蒜蓉豆豉醬 蒜蓉豆豉酱 suànróng dòuchǐjiàng syun3 jung4 dau6 si6 zoeng3
Belacan 鹹蝦醬 咸虾酱 xiánxiājiàng haam4 haa1 zoeng3
Cuk merah 浙醋 浙醋 zhècù zit3 cou3
Air rebusan 滷水 卤水 lǔshuǐ lou5 seoi2
Sos ca siu 叉燒醬 叉烧酱 chāshāojiàng caa1 siu1 zoeng3
Pes cu hau 柱us醬 柱侯酱 zhùhóujiàng cyu5 hau4 zoeng3

Ramuan jemur dan jeruk[sunting | sunting sumber]

Walaupun tukang masak Kantonis amat menitikberatkan kesegaran ramuan utama, namun masakan Kantonis juga menggunakan banyak ramuan jeruk untuk menambah perisa. Ini mungkin kesan pengaruh masakan Hakka kerana suku Hakka pernah banyak menduduki Hong Kong dan lain-lain wilayah selatan.[3]

Proses dikeringkan / pengawetan / pengoksidaan bertujuan menguatkan perisa atau memanjangkan hayat simpanan sesetengah makanan. Adakalanya, bahan yang sama tetapi jenis kering dan segar dicampur sekali dalam satu sejian. Bahan kering biasanya direndamkan dalam air untuk dihidrasikan semula sebelum dimasak. Ramuan-ramuan ini biasanya tidak disajikan per se tetapi bersama masakan yang lain.

Dried and preserved ingredients
Melayu Cina Tradisional Cina Ringkas Pinyin Jyutping Keterangan
Kapis kering 江珧柱 江珧柱 jiāngyáozhù gong1 jiu4 cyu5 Biasanya ditambah untuk menjernihkan sup.
江瑤柱 江瑶柱
Tofu tapai 腐乳 腐乳 fǔrǔ fu6 jyu5
Kacang hitam tapai 豆豉 豆豉 dòuchǐ dau6 si6 Biasanya ditambah pada hidangan daging babi dan tofu.
Sosej jeruk masin 臘腸 腊肠 làcháng laap6 coeng2 Biasanya ditambah pada nasi bersama daging itik atau babi jeruk masin.
Ikan masin 鹹魚 咸鱼 xiányú haam4 jyu2 Biasanya digandingkan bersama babi kukus atau ditambah pada nasi goreng bersama ayam potong dadu.
Itik jeruk masin 臘鴨 腊鸭 làyā laap6 aap2 Biasanya dimakan bersama nasi dalam jamuan sekeluarga.
Babi jeruk masin 臘肉 腊肉 làròu laap6 juk6 Biasanya dimakan bersama nasi dalam jamuan sekeluarga.
Telur itik masin 鹹蛋 咸蛋 xiándàn Haam4 daan2 Boleh dimakan begitu sahaja atau dicampurkan dengan sayur kacau goreng dan hidangan kukus, atau dimasak bersama babi potong dadu dalam bubur.
Telur jeruk 皮蛋 皮蛋 pídàn pei4 daan2 Biasanya dihidangkan bersama masakan panggang.
Sawi kering 菜乾 菜干 càigān coi3 gon1
Sawi masam 鹹酸菜 咸酸菜 xiánsuāncài haam4 syun1 coi3
"Beras udang" 蝦米 虾米 xiāmǐ haa1 mai5 Biasanya dicampurkan dengan sayur kacau goreng.
Kulit tauhu 腐皮 腐皮 fǔpí fu6 pei4 Biasanya digunakan sebagai balutan hidangan daging babi kisar. Digoreng dengan cara yang sama seperti popia.
Udang kering 蝦乾 虾干 xiāgān haa1 gon1 Biasanya dibuang kulit, dihiris belah dan ditambah pada hidangan sayur.
Sawi jeruk 梅菜 梅菜 méicài mui4 coi3 Biasanya dimasak dengan daging babi atau dikacau goreng bersama nasi.
Lobak jeruk potong dadu 菜脯 菜脯 càifǔ coi3 pou2

Hidangan tradisi[sunting | sunting sumber]

Sayur kacau masak Kantonis.

Sesetengah sajian menganggotai masakan Kantonis sejak tertubuhnya wilayah-wilayah terawal di Guangdong. Kebanyakannya disajikan di kedai makanan, tetapi yang lebih ringkas pula lebih sering dimasak di rumah. Hidangan rumah biasanya diiringi oleh nasi putih.

Melayu Cina Tradisional Cina Ringkas Pinyin Jyutping
Telur kukus Cina 蒸水蛋 蒸水蛋 zhēngshuǐdàn zing1 seoi2 daan2
Bubur daging pejal dengan telur kukus 皮蛋瘦肉粥 皮蛋瘦肉粥 pídàn shòuròuzhōu pei4 daan2 sau3 juk6 zuk1
Nasi goreng Kantonis 炒飯 炒饭 chǎofàn cau2 faan6
Daging babi masam manis 咕嚕肉 咕噜肉 gūlūròu gu1 lou1 juk6
Daging dada lembu rendidih 柱侯牛腩 柱侯牛腩 zhùhóu niúnǎn cyu5 hau4 ngau4 naam5
Tulang rusuk babi kukus dengan taucu dan cili 豉椒排骨 豉椒排骨 chǐjiāo páigǔ si6 ziu1 paai4 gwat1
Kaki katak kukus daun teratai 荷葉蒸田雞 荷叶蒸田鸡 héyè zhēng tiánjī ho4 jip6 zing1 tin4 gai1
Daging babi kisar kukus dengan Telur itik masin 鹹蛋蒸肉餅 咸蛋蒸肉饼 xiándàn zhēng ròubǐng haam4 daan2 zing1 juk6 beng2
Sayur celur dengan sos tiram 油菜 油菜 yóucài jau4 coi3
Labu bulu kacau goreng dengan udang kering dan bihun 大姨媽嫁女 大姨妈嫁女 dàyímā jiànǚ daai6 ji4 maa1 gaa3 neoi5
Kangkung dengan cili cincang dan taufu tapai 椒絲腐乳通菜 椒丝腐乳通菜 jiāosī fǔrǔ tōngcài ziu1 si1 fu6 jyu5 tung1 coi3

Hidangan goreng rendam[sunting | sunting sumber]

Zaa Leung, hidangan sarapan Kantonis.

Dalam masakan Kantonis terdapat beberapa sajian goreng rendam, terutamanya yang dijual di jalanan. Sesetengahnya disajikan pada waktu pagi dan tengahari.[4]

Melayu Cina Tradisional Cina Ringkas Pinyin Jyutping
Zaa Leung 炸兩 炸两 zháliǎng zaa3 loeng5
Yau Zaa Gwai 油炸鬼 油炸鬼 yóuzháguǐ jau4 zaa3 gwai2
Bebola ikan ling 鯪魚球 鲮鱼球 língyúqiú ling4 jyu4 kau4
Merpati perap goreng 燒乳鴿 烧乳鸽 shāorǔgē siu1 jyu5 gaap3

"Sup api lama"[sunting | sunting sumber]

Sup kundur

Sup masak perlahan atau lou fo tong (Cina ringkas: 老火汤Cina tradisional: 老火湯Pinyin Mandarin: lǎohuǒ tāngJyutping: lou5 fo2 tong1) ("sup api lama") biasanya merupakan bubur jernih yang dimasak dengan mereneh daging dan ramuan-ramuan lain pada haba yang rendah selama beberapa jam. Herba Cina sering dijadikan ramuannya.

Melayu Cina Tradisional Cina Ringkas Pinyin Jyutping
Sup jamur kuping putih 銀耳湯 银耳汤 yín'ěr tāng ngan4 ji5 tong1
Sup rusuk babi dengan selada air dan isirung aprikot 南北杏西洋菜豬骨湯 南北杏西洋菜猪骨汤 nánběixìng xīyángcài zhūgǔ tāng naam4 baak1 hang6 sai1 joeng4 coi3 zyu1 gwat1 tong1
Sup Raja Laut 海皇羹 海皇羹 hǎihuáng gēng hoi2 wong4 gang1
Sup kundur 冬瓜湯 冬瓜汤 dōngguā tāng dung1 gwaa1 tong1

Hasil laut[sunting | sunting sumber]

Tangki hasil laut

Oleh sebab Guangdong terletak di tepi pantai selatan China, hasil laut segar menguasai masakan Kantonis. Kebanyakan restoran menyimpan tangki untuk menyimpan hidupan laut hidup-hidup. Masakan laut boleh merembeskan bau yang meloyakan, kecuali yang paling segar, dan paling baik dikukus atau dibubuhi sedikit rempah. Misalnya, ikan kukus dibubuhi dengan sedikit sahaja kicap, halia dan kucai. Perasa haruslah ringan untuk menyerlahkan kemanisan semula jadi hasil laut. Mengikut kebiasaan, rasa rempah lauk biasanya bersekadar songsang dengan kesegaran ramuan.

Melayu Cina Tradisional Cina Ringkas Pinyin Jyutping
Ikan kukus 蒸魚 蒸鱼 zhēngyú zing1 jyu4
Kapis kukus dengan halia dan bawang putih 蒜茸蒸扇貝 蒜茸蒸扇贝 suànróng zhēng shànbèi syun3 jung4 zing1 sin3 bui3
Udang rebus putih 白灼蝦 白灼虾 báizhuóxiā baak6 zoek3 haa1
Udang karang dengan halia dan daun bawang 薑蔥龍蝦 薑葱龙虾 jiāngcōng lóngxiā goeng1 cung1 lung4 haa1
Udang lipan 攋尿蝦 攋尿虾 làniàoxiā laai6 niu6 haa1

Mi[sunting | sunting sumber]

Mi dihidangkan baik dalam sup atau goreng, baik di dalam rumah, kedai makan mahupun gerai jalanan, di mana ia boleh dihidangkan dengan pelbagai hiasan seperti bebola ikan, bebola daging atau sudip ikan.

Lauk mi
Melayu Cina Tradisional Cina Ringkas Pinyin Jyutping Keterangan
Mi wantan 雲吞麵 云吞面 yúntūnmiàn wan4 tan1 min6
Kuetiau lembu 乾炒牛河 干炒牛河 gānchǎo niúhé gon1 caau2 ngau4 ho4
Mi goreng 炒麵 炒面 chǎomiàn caau2 min6 Mi goreng ala Hong Kong diperbuat daripada mi rangup halus goreng kuali.
Mi juksing 竹昇麵 竹昇面 zhúshēngmiàn zuk1 sing1 min6 Mi perah balak buluh.
Lo mein 撈麵 捞面 lāomiàn lou1 min6
Mi dada lembu 牛腩麵 牛腩面 niúnǎnmiàn ngau4 naam5 min6 Boleh dihidangkan kering-kering atau dengan sup.
Chee cheong fun 豬腸粉 猪肠粉 zhūchángfěn zyu1 coeng4 fan2 Lauk usus babi gulung.
Hor fun 河粉 河粉 héfěn ho4 fan2
Mi jarum perak 銀針粉 银针粉 yínzhēnfěn ngan4 zam1 fan2 Juga dipanggil "mi tikus" (Bahasa Cina:

老鼠粉Pinyin Mandarin: lǎoshǔ fěnJyutping: lou5 syu2 fan2).

Yi mein 伊麵 伊面 yīmiàn ji1 min6

Siu mei[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Siu mei

Siu mei (Cina ringkas: 烧味Cina tradisional: 燒味Pinyin Mandarin: shāo wèiJyutping: siu1 mei6) merupakan kaedah memasak panggang putar (rotisserie) ala Cina. Tidak seperti lauk Kantonis yang lain, siu mei hanya terdiri daripada daging tanpa sayur-sayuran.

Siu mei
Melayu Cina Tradisional Cina Ringkas Pinyin Jyutping
Char siu 叉燒 叉烧 chāshāo caa1 siu1
Itik panggang 燒鴨 烧鸭 shāoyā siu1 ngaap3
Angsa panggang 燒鵝 烧鹅 shāo'é siu1 ngo4
Babi panggang 燒肉 烧肉 shāoròu siu1 juk6

Lou mei[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Lou mei
Lou mei jalanan

Lou mei (Bahasa Cina: 滷味Pinyin Mandarin: lǔ wèiJyutping: lou5 mei6) merupakan lauk yang diperbuat daripada organ dalaman, isi perut dan lain-lain saki-baki anggota haiwan. Ia terdapat secara meluas di kawasan Cina selatan.

Lou mei
Melayu Cina Tradisional Cina Ringkas Pinyin Jyutping
Isi perut lembu 牛雜 牛杂 niú zá ngau4 zaap6
Daging dada lembu 牛腩 牛腩 niú nǎn ngau4 naam5
Reja ayam 雞雜 鸡杂 jī zá gai1 zaap6
Hempedal itik 鴨腎 鸭肾 yā shèn ngaap3 san5
Lidah babi 豬脷 猪脷 zhū lì zyu1 lei6

Panggang jeruk[sunting | sunting sumber]

Depan kedai siu laap

Semua daging masak ala Kantonis, siu mei, lou mei dan daging jeruk boleh digolongkan sebagai siu laap (Cina ringkas: 烧腊Cina tradisional: 燒臘Pinyin Mandarin: shāo làJyutping: siu1 laap6) atau "panggang jeruk". Siu laap juga merangkumi lauk-lauk seperti:

Daging
Melayu Cina Tradisional Cina Ringkas Pinyin Jyutping Keterangan
Ayam hiris putih 白切雞 白切鸡 báiqièjī baak6 cit3 gai1 Juga dipanggil ayam cencang putih (Cina ringkas:

白斩鸡Cina tradisional: 白斬雞Pinyin Mandarin: báizhǎnjīJyutping: baak6 zaam2 gai1).

Sotong katak celup kuah 鹵水墨魚 卤水墨鱼 lǔshuǐ mòyú lou5 seoi2 mak6 jyu4
Itik renih 滷水鴨 卤水鸭 lǔshuǐyā lou5 seoi2 ngaap3
Ayam kicap 豉油雞 豉油鸡 chǐyóujī si6 jau4 gai1

Siu laap biasanya terdiri daripada daging anggota dalaman dan pelbagai jenis daging panggang. Kebanyakan siu laap adalah daging putih.

Lauk
Melayu Cina Tradisional Cina Ringkas Pinyin Jyutping Keterangan
Nasi sosej dan casiu 臘腸叉燒飯 腊肠叉烧饭 làcháng chāshāo fàn laap6 coeng4 caa1 siu1 faan6
Nasi angsa panggang dan usus angsa 燒鵝鵝腸飯 烧鹅鹅肠饭 shāo'é écháng fàn siu1 ngo4 ngo4 coeng4 faan6
Pinggan leper siu mei 燒味拼盤 烧味拼盘 shāowèi pīnpán siu1 mei6 ping6 pun4
Pinggan leper siu lap 燒臘拼盤 烧腊拼盘 shāolà pīnpán siu1 laap6 ping6 pun4

Nasi belanga[sunting | sunting sumber]

Nasi belanga

Nasi belanga (Cina ringkas: 煲仔饭Cina tradisional: 煲仔飯Pinyin Mandarin: bāozǎifànJyutping: bou1 zai2 faan6) dimasak dan disajikan dalam belanga yang berdasar leper (berbanding dengan kuali yang berdasar bundar). Lauk sebegini dimasak dengan menutup dan mengukus supaya nasi dan ramuannya sungguh panas dan lembik. Biasanya, ramuan ditabur di atas nasi tanpa banyak bercampur aduk.

Melayu Cina Tradisional Cina Ringkas Pinyin Jyutping
Nasi daging dengan telur lapis 窩蛋牛肉飯 窝蛋牛肉饭 wōdàn niúròu fàn wo1 daan2 ngau4 juk6 faan6
Nasi daging kisar 肉餅煲仔飯 肉饼煲仔饭 ròubǐng bāozǎifàn juk6 bing2 bou1 zai2 faan6
Nasi daging rusuk 排骨煲仔飯 排骨煲仔饭 páigǔ bāozǎifàn paai4 gwat1 bou1 zai2 faan6
Nasi ayam kukus 蒸雞肉煲仔飯 蒸鸡肉煲仔饭 zhēng jīròu bāozǎifàn zing1 gai1 juk6 bou1 zai2 faan6
Nasi daging jeruk 臘味煲仔飯 腊味煲仔饭 làwèi bāozǎifàn laap6 mei6 bou1 zai2 faan6

Hidangan kenduri/makan malam[sunting | sunting sumber]

Tauhu goreng dengan udang

Sesetengah lauk dihidangkan di kedai makan pada waktu malam sahaja. Kedai dim sum tidak menghidangkan lauk bakul buluh selepas waktu yum cha dan menyajikan sajian yang berbeza sekali menjelang waktu senja.

Hidangan kenduri/malam
Melayu Cina Tradisional Cina Ringkas Pinyin Jyutping
Ayam goreng rangup 炸子雞 炸子鸡 zházǐjī zaa3 zi2 gai1
Sarang burung hasil laut 海鲜雀巢 海鲜雀巢 hǎixiān quècháo hoi2 sin1 zoek3 caau4
Daging anak babi panggang 燒乳猪 烧乳猪 shāo rǔzhū siu1 jyu5 zyu1
Tauhu goreng dengan udang 蝦仁炒豆腐 虾仁炒豆腐 xiārén chǎo dòufǔ haa1 jan4 caau2 dau6 fu6
Anak merpati panggang 乳鴿 乳鸽 rǔgē jyu5 gap3
Daging rusuk garam lada 椒鹽骨 椒盐骨 jiāoyán gǔ ziu1 jim4 gwat1
Sotong garam lada 椒鹽魷魚 椒盐鱿鱼 jiāoyán yóuyú ziu1 jim4 jau4 jyu4
Udang garam lada 椒鹽蝦 椒盐虾 jiāoyán xiā ziu1 jim4 haa1
Daging rusuk masam 生炒排骨 生炒排骨 shēngchǎo páigǔ saang1 caau2 paai4 gwat1
Ayam taro 陳皮芋頭鴨 陈皮芋头鸭 chénpí yùtóuyā can4 pei4 wu6 tau4 ngaap3
Nasi goreng Yangzhou 揚州炒飯 扬州炒饭 Yángzhōu chǎofàn Joeng4 zau1 caau2 faan6

Pencuci mulut[sunting | sunting sumber]

Selepas makan malam, kebanyakan kedai makan Kantonis menawarkan sup manis tong sui (Cina ringkas: 糖水Cina tradisional: 糖水Pinyin Mandarin: táng shuǐJyutping: tong4 seoi2; secara harfiahnya "sugar water"). Pelbaga jenis tong sui juga terdapat dalam masakan Cina yang lain. Ada yang tradisional dan ada juga yang baru direka.

Melayu Cina Tradisional Cina Ringkas Pinyin Jyutping
Sup kacang merah 紅豆沙 红豆沙 hóngdòushā hung4 dau6 saa1
Sup bijan 芝麻糊 芝麻糊 zhīmahú zi1 maa4 wu4
Sai mai lo 西米露 西米露 xīmǐlù sai1 mai5 lou6
Sup keledek 番薯糖水 番薯糖水 fānshǔ tángshuǐ faan1 syu4 tong4 seoi2
Sup kacang hijau 綠豆沙 绿豆沙 lǜdòushā luk6 dau6 saa1
Dau fu fa 豆腐花 豆腐花 dòufǔhuā dau6 fu6 faa1
Guilinggao 龜苓膏 龟苓膏 guīlínggāo gwai1 ling4 gou1
Pastri manis 糕點 糕点 gāodiǎn gou1 dim2
Kuih kelapa 椰汁糕 椰汁糕 yēzhīgāo je4 zap1 gou1
Ais kisar 刨冰 刨冰 páobīng paau4 bing1
Kustard telur kukus 燉蛋 炖蛋 dùndàn deon6 daan6
Kustard susu kukus 燉奶 炖奶 dùnnǎi deon6 naai5
Susu dua kulit 雙皮奶 双皮奶 shuāngpínǎi soeng1 pei4 naai5

Makanan istimewa[sunting | sunting sumber]

Abalone Kantonis.

Kebanyakan lauk istimewa Kantonis diperbuat daripada hasil haiwan yang hampir pupus, oleh itu amat digeruni dalam isu hak asasi haiwan dan alam sekitar. Ini biasanya disebabkan oleh kepercayaan bahawa hasil-hasil haiwan yang tertentu amat berkhasiat, contohnya rawan yu yang dipercayai ramai sebagai penyembuh barah, namun kajian sains tidak mendapati sebarang bukti untuk dakwaan sebegitu.[5]

Melayu Cina Tradisional Cina Ringkas Pinyin Jyutping
Abalone tumis reneh 燜鮑魚 焖鲍鱼 mèn bàoyú mun6 baau1 jyu4
Obor-obor 海蜇 海蜇 hǎizhé hoi2 zit3
Sup sirip yu 魚翅湯 鱼翅汤 yúchì tāng jyu4 ci3 tong1
Timun laut 海參 海参 hǎishēn hoi2 saam1
Sup sarang burung 燕窩 燕窝 yànwō jin1 wo1

References[sunting | sunting sumber]

  1. Hsiung, Deh-Ta. Simonds, Nina. Lowe, Jason. [2005] (2005). The food of China: a journey for food lovers. Bay Books. ISBN 978-0-681-02584-4. p17.
  2. 2.0 2.1 Cuisine and Culture: A History of Food and People. ms. 281 Extra |pages= or |at= (bantuan). 
  3. Barber, Nicola. [2004] (2004) Hong Kong. Gareth Stevens Publishing. ISBN 0-8368-5198-6
  4. Wordie, Jason (2002). Streets: Exploring Hong Kong Island. Hong Kong: Hong Kong University Press. ISBN 962-209-563-1. 
  5. http://cancerres.aacrjournals.org/content/64/23/8485.long