Kulit (produk haiwan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kulit yang disamak di Marrakesh

Dalam aspek sistem busana dan produk haiwan, kulit ialah bahan yang fleksibel dan tahan lama yang dibuat dengan proses penyamakan kulit haiwan, terutamanya kulit lembu. Kulit digunakan sebagai bahan lazim pembuatan pakaian, dalaman kenderaan, perabot, sampul buku, alat muzik, dan sebagainya.

Semasa ini sebahagian besar kulit diperbuat dari kulit lembu. Kulit kambing, biri-biri, dan rusa juga digunakan untuk menghasilkan bahan yang lebih lembut dan lebih tinggi harganya. Kulit rusa digunakan sebagai sarung tangan di negara beriklim sederhana. Antara haiwan lain yang digunakan kulitnya ialah babi, kerbau, buaya, anjing, ular, kanggaru, dan unggas besar seperti burung unta.[1]

Kulit kanggaru bersifat kuat, fleksibel, ringan, dan kalis lelas, sering digunakan sebagai bahan pembuat cambuk dan jaket pengguna motosikal, kasut bola sepak, dan sarung tinju.[2][3][4][5]

Operasi sejagat pertama adalah mestration, di mana kulit dilucutkan sisa-sisa daging, lemak dan lemak subkutan. Kemudian, jika perlu, penyahairan atau penyepuhan dilakukan, mengeluarkan bulu dan epidermis.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Henrylito Tacio,"Why You Should Raise Ostrich," Sun.Star 18 January 2010.
  2. ^ "FAQ". Dainese. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-03. Dicapai pada 2010-10-05.
  3. ^ Lat, Will. "Soccer Cleats". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-19. Dicapai pada 10/3/2012. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  4. ^ "What type of Leather do I have?". Soccer Cleats 101. Dicapai pada 2010-07-27.
  5. ^ "Everlast Premium Kangaroo Leather Speed Bag". Everlast. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-23. Dicapai pada 2013-10-20.