Lo' Lo' Mohamad Ghazali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dr.
 Lo' Lo' Mohamad Ghazali
Lo' Lo' Mohamad Ghazali

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
Tempoh berjawat
2001 – 17 Julai 2011

AJK Dewan Muslimat PAS Pusat

Ahli Parlimen
bagi kawasan P119 Titiwangsa, Kuala Lumpur
Tempoh berjawat
8 Mac 2008 – 17 Julai 2011
Didahului oleh Datuk Astaman Abdul Aziz (UMNO-BN)
Digantikan oleh Johari Abdul Ghani (UMNO-BN)
Majoriti 1,972

Tarikh lahir 2 Ogos 1957(1957-08-02)
Tempat lahir Kuala Kangsar, Perak
Meninggal 17 Julai 2011 (umur 53)
Selayang, Selangor
Parti politik PAS logo.svg PAS
Pasangan Prof Madya Dr Aminuddin Abd Hamid Karim
Anak Mawaddah, Muhd Fawwaz, Sakinah, Muhd Farhan
Pekerjaan Doktor
Agama Islam
Laman web Blog Dr. Lo' Lo'

Allahyarhamah Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali (2 Ogos 1957 - 17 Julai 2011) merupakan Ahli Parlimen Titiwangsa, Kuala Lumpur dari parti PAS. Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan AJK Dewan Muslimat PAS Pusat. Beliau juga merupakan pengarah eksekutif di Pusat Perubatan Kohilal.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 2 Ogos 1957 di Kuala Kangsar, Negeri Perak. Beliau pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Connolly, Ipoh, Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh, Perak kemudian ke Kolej Islam Kelang, Selangor. Beliau menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia jurusan perubatan. Beliau pernah menjadi ahli Majlis Kepimpinan Pelajar UKM.

Seterusnya belajar di Adelaide Alternative Medicine & Surgery - Acupunturist.

Beliau pernah terlibat dalam KHIM, Yayasan Amal Malaysia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, PAPISMA, Persatuan Allergy & Aesthetic, Persatuan Hypertension, AFMY, ABIM, Al Khadeem, JIM, Persatuan Alumni FPUKM, Alumni ALKIS dan Alumni SISTA.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Bapanya ialah Dato Hj Mohd Ghazali Abdullah yang merupakan Imam Besar Masjid Negara yang pertama yang juga bekas Mufti Perak manakala ibunya Datin Hjh Zainab. Suami beliau ialah Prof Madya Dr Aminuddin Abd Hamid Karim yang merupakan pensyarah perubatan.

Anak-anak beliau ialah Mawaddah, Muhd Fawwaz, Sakinah, Muhd Farhan manakala menantu beliau ialah Mohd Azizy (suami Mawaddah) dan Nur Hafizzah (isteri Fawwaz). Beliau juga mempunyai seorang cucu iaitu 'Izz Nu'man (anak Mawaddah).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah berkhidmat di Hospital Besar Alor Star, Kedah sebagai pegawai perubatan dari 1983 hingga 1985. Kemudian bertugas di Pusat kesihatan Besar Pokok Sena, Kedah dari 1985 sehingga 1987, Hospital Besar Kuala Lumpur(1987-1988), Pusat rawatan Islam Kuala Lumpur (1988-1994) dan menjadi pegawai perubatan dan pengarah eksekutif Pusat Perubatan KOHILAL, Kuala Lumpur dari 1994 sehingga akhir hayat beliau.

Beliau juga pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Harakah milik PAS.

Politik[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Datuk Aziz Jamaludin Mhd. Tahir dengan majoriti sebanyak 1,972 undi. Beliau memperolehi 17,857 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 15,885 undi. Beliau merupakan di antara 3 calon Dewan Muslimat PAS yang memenangi pilihan Raya Umum tersebut. Kemenangan beliau merupakan kemenangan pertama PAS Wilayah Persekutuan setelah lebih 30 tahun PAS cuba bertapak di Kuala Lumpur.

Beliau juga pernah menjadi calon Parlimen Bukit Gantang, Perak pada tahun 2004, kalah di tangan calon Barisan Nasional, Tan Lian Hoe.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada hari Ahad, 17 Julai 2011, jam 10.13 malam, beliau meninggal dunia di Hospital Selayang pada usia 54 tahun. Sebelum itu beliau berhadapan masalah barah yang serius. Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat. Pilihan raya kecil Titiwangsa tidak dapat diadakan kerana tempoh parlimen sudah melepasi tiga tahun sejak pilihan raya umum yang lalu.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Dr Lo' Lo' meninggal dunia sebentar tadi, Harakah Daily, 17 Julai 2011. Dicapai pada 18 Julai 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]