Lockheed Martin RQ-170 Sentinel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
RQ-170 Sentinel
RQ-170 Wiki contributor 3Dartist.png
Gambaran artis
Peranan Pesawat Udara Tanpa Pemandu
Pengeluar Lockheed Martin
Direka oleh Lockheed Martin
Pengenalan 2007
Syarikat penerbangan utama Tentera Udara Amerika Syarikat

RQ-170 Sentinel adalah sebuah pesawat udara tanpa pemandu (UAV) yang dibangunkan oleh Lockheed Martin dan digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat untuk Agensi Perisikan Pusat. Meskipun pihak tentera udara telah mendedahkan beberapa perincian berkenaan rekabentuk dan kemampuan pesawat, para penganalisis pertahanan percaya ia merupakan sebuah pesawat halimunan yang dilengkapi dengan peralatan pengawasan.

RQ-170 telah dilaporkan telah dioperasikan di Afghanistan sebagai sebahagian dari Operasi Mempertahanan Kebebasan. Pesawat ini juga dipastikan telah digunakan di ruang udara Pakistan dan Iran; operasi di ruang udara Pakistan termasuk penerbangan yang dibuat bagi mengumpulkan maklumat perisikan yang mana membawa pada kematian Osama bin Laden pada bulan Mei 2011.[petikan diperlukan]

Pada bulan Disember 2011, Angkatan Tentera Iran telah menawan sebuah RQ-170 yang terbang di ruang udaranya. Tentera A.S. mengesahkan akan kehilangan sebuah RQ-170 di kawasan ini. Sebuah pesawat UAV yang dipertontonkan di saluran televisyen Iran menyerupai dron milik Amerika Syarikat yang hilang. Pada 13 Disember 2011, agensi berita Amerika Syarikat melaporkan bahawa satu permohonan rasmi telah dikelaurkan oleh Amerika Syarikat kepada Iran. Iran menafikan menerima akan permohonan ini dan menuntut permohonan maaf.[1]

Pengguna[sunting | sunting sumber]

Amerika Syarikat

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota

Pautan luar[sunting | sunting sumber]