Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Pengertian
M dalam
Wiktionary bahasa Melayu, sebuah kamus bebas.
M ialah huruf Rumi moden yang ke-13. Namanya disebut em (disebut /ɛm/).
Bentuk huruf M berasal dari huruf Phoenicia Mem, melalui huruf Yunani Mu (Μ, μ). Huruf Mem Semitik mungkin sekali melambangkan air. Diketahui bahawa masyarakat Semitik yang hidup di Mesir kira-kira 2000 SM meminjam hierogif air yang asalnya melambangkan konsonan sengau alveolar (/n/), kerana perkaraan Mesir untuk "air" berbunyi "n-t". Simbol yang sama ini dijadikan huruf M dalam bahasa Semitik, kerana perkataan mereka untuk air bermula dengan bunyi tersebut.
| Hieroglif Mesir "N" |
M Proto-Semitik |
M Phoenicia |
M Etruskan |
Mu Yunani |
M Rumi |
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
Huruf M melambangkan bunyi konsonan sengau bilabial (IPA: /m/), baik dalam bahasa klasik mahupun moden. Kamus Bahasa Inggeris Oxford (edisi pertama) menyatakan bahawa huruf 'm' adakalanya berbunyi vokal dalam perkataan seperti spasm dan akhiran -ism. Dalam istilah moden, penggunaan sedemikian dihuraikan sebagai konsonan suku ([m̩]).
[sunting] Kod-kod pengkomputeran