G

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
G
Abjad Rumi dasar
  Aa Bb Cc Dd  
Ee Ff Gg Hh Ii Jj
Kk Ll Mm Nn Oo Pp
Qq Rr Ss Tt Uu Vv
  Ww Xx Yy Zz  

G ialah huruf Rumi yang ke-7. Namanya ialah gee (IPA: [dʒiː]). Dalam bahasa Melayu, huruf G mewakili konsonan plosif velum bersuara /ɡ/; huruf G juga digunakan dalam dwilambang "ng" untuk konsonan sengau velum. Dalam bahasa Inggeris pula, huruf G digunakan untuk konsonan plosif velum bersuara dan juga afrikat postalveolar bersuara /dʒ/ sebelum sesetengah bunyi vokal hadapan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Huruf G diperkenalkan pada zaman Latin lama sebagai satu bentuk kelainan bagi huruf C untuk membezakan konsonan velum bersuara /ɡ/ daripada yang tidak bersuara /k/.

Orang pertama yang diketahui menulis huruf G ialah Spurius Carvilius Ruga, orang Rom pertama yang membuka sekolah beryuran, dan mengajar sekitar 230 SM. Ketika itu, huruf K makin kurang dipakai, manakala huruf C yang mula-mulanya mewakili kedua-dua bunyi /ɡ/ dan /k/ sebelum bunyi vokal terbuka, kemudian hanya mewakili bunyi /k/ dalam apa-apa kedudukan.

Penempatan G oleh Ruga menunjukkan bahawa susunan abjad yang berkaitan dengan nilai-nilai huruf sebagai angka Greek, pun dijadikan isu pada abad ke-3 SM. Sampson (1985) berpendapat bahawa: "Nyata sekali susunan abjad dirasakan sebagai perihal yang begitu konkrit sehingga sesuatu huruf baru bolehditambah di tengah hanya jika terdapat ‘ruangan’ kesan pengguguran huruf lama."[1] Menurut sesetengah catatan, huruf ketujuh yang asal, Z, digugurkan daripada huruf Latin pada awal abad ke-3 SM oleh penapis Rom Appius Claudiusyang mendapati huruf itu asing dan dibenci sekali.[2]

Tidak lama kemudian, kedua-dua konsonan velum /k/ dan /ɡ/ mengalami prosesplatalisasi dan alofon sebelum vokal hadapan; oleh itu, huruf C dan G mempunyai nilai bunyi berbeza dalam pelbagai bahasa Romance, serta juga bahasa Inggeris (akibat pengaruh bahasa Perancis).

Huruf g kecil mempunyai dua bentuk asas yang berlainan: "g berekor terbuka" Opentail g.svg dan "g berekor gelung" Looptail g.svg.

Kod-kod pengkomputeran[sunting | sunting sumber]

Perwakilan alternatif G
fonetik NATO Kod Morse
Golf ––·
ICS Golf.svg Semaphore Golf.svg Sign language G.svg ⠛
Bendera isyarat Semafora Panduan ASL Braille
Titik kod Huruf besar
G
Huruf kecil
g
Unikod U+0047 U+0067
ASCII Perpuluhan 71 103
Perduaan 01000111 01100111
EBCDIC 199 135

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Evertype.com
  2. Encyclopaedia Romana

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Abjad Rumi/Latin
Aa Bb Cc Dd Ee Ff Gg Hh Ii Jj Kk Ll Mm Nn Oo Pp Qq Rr Ss Tt Uu Vv Ww Xx Yy Zz