V

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
V
Abjad Rumi dasar
  Aa Bb Cc Dd  
Ee Ff Gg Hh Ii Jj
Kk Ll Mm Nn Oo Pp
Qq Rr Ss Tt Uu Vv
  Ww Xx Yy Zz  

V ialah huruf Rumi moden yang ke-22, bernama vi (disebut /viː/).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Huruf V berasal dari huruf Semitik Waw, begitu juga huruf-huruf moden F, U, W, dan Y. (Rujuk rencana mengenai F untuk keterangan lanjut.)

Dalam bahasa Yunani, huruf "upsilon" (Υ) disuaikan dari huruf waw, mula-mulanya untuk melambangkan bunyi vokal /u/ seperti dalam perkataan "bulan", kemudian berubah menjadi /y/, iaitu sama seperti huruf ü dalam bahasa Jerman.

Dalam bahasa Latin, huruf upsilon ini dipinjam dalam bentuk huruf V (tanpa batang) untuk menandakan bunyi /u/ yang sama, dan juga bunyi konsonan /w/. Oleh itu, perkataan num — atau asalnya dieja NVM — disebut "noom" (/num/) sementara perkataan via / VIA disebut "wi-a" (/wia/. Mulai abad pertama Masihi, bergantung pada loghat setempat, konsonan /w/ berubah menjadi /β/, dan akhirnya menjadi /v/.

Dalam sistem angka Rumi, huruf V melambangkan nombor 5, kerana menyerupai kebiasaan menghitung takuk yang diukir pada kayu, iaitu setiap takuk kelima dikerat dua agar membentuk "V".

Ketika akhir Zaman Pertengahan, timbulnya dua bentuk huruf v atau u, kedua-duanya sama dipakai bagi bunyi u dan v. Bentuk v berbucu ditulis di awal kata, manakala bentuk u bundar dipakai di tengah atau akhir kata tanpa mengira yang mana bunyinya. Oleh itu, perkataan-perkataan seperti valour dan excuse sama seperti ejaan zaman sekarang, tetapi perkataan have dan upon pula ditulis haue dan vpon. Akhirnya pada 1700-an, agar bunyi konsonan dan vokal diasingkan, bentuk v menandakan konsonan sementara bentuk u pula vokal, maka lahirnya huruf u moden. Pada ketika inilah wujudnya huruf besar U; sebelum ini selalu dipakai huruf besar V. Mula-mulanya, semenjak huruf u dan v dijadikan huruf berasingan, v mendahului u dalam susunan abjad, kini pula sebaliknya.

Dalam sistem IPA, /v/ menandakan frikatif labiodental bersuara.

Dalam sistem pinyin bahasa Mandarin, kesemua huruf Rumi digunakan kecuali huruf V, gara-gara tiadanya bunyi [v] dalam bahasa Mandarin, tetapi huruf “v” dipakai kebanyakan kaedah input sebagai ganti huruf “ü” yang tiada pada kebanyakan papan kekunci. Perumian merupakan kaedah yang terlaris untuk menaip bahasa Cina secara fonetik.

Kod-kod pengkomputeran[sunting | sunting sumber]

Perwakilan alternatif V
fonetik NATO Kod Morse
Victor ···–
ICS Victor.svg Semaphore Victor.svg Sign language V.svg ⠧
Bendera isyarat Semafora Panduan ASL Braille
Titik kod Huruf besar
V
Huruf kecil
v
Unikod U+0056 U+0076
ASCII Perpuluhan 86 118
Perduaan 01010110 01110110
EBCDIC 229 165

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Abjad Rumi/Latin
Aa Bb Cc Dd Ee Ff Gg Hh Ii Jj Kk Ll Mm Nn Oo Pp Qq Rr Ss Tt Uu Vv Ww Xx Yy Zz

Rujukan[sunting | sunting sumber]