A

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
.
.
Abjad Rumi dasar
  Aa Bb Cc Dd  
Ee Ff Gg Hh Ii Jj
Kk Ll Mm Nn Oo Pp
Qq Rr Ss Tt Uu Vv
  Ww Xx Yy Zz  

Huruf A ialah huruf pertama dalam Abjad Rumi. Namanya dalam Bahasa Inggeris ialah ei (IPA /eɪ/).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Huruf A bermula sebagai piktogram yang melambangkan kepada kepala seekor lembu jantan dalam hiroglif Mesir atau Abjad Proto-semitik.

Kepala lembu jantan Hiroglif Mesir Kepala lembu jantan Proto-Semitic Alef Phoenicia Alpha Yunani A Etruscan A Romawi
Kepala lembu jantan Hiroglif Mesir Kepala lembu jantan Proto-Semitic Alef Phoenicia Alpha Yunani A Etruscan A Romawi

Menjelang 1600 SM, huruf-huruf Abjad Phoenicia mempunyai bentuk linear yang tujuannya bagi membentuk asas bagi bentuk yang akan datang. Namanya mempunyai hubungan yang rapat dengan huruf Alef Abjad Ibrani. Nama itu juga sama dengan huruf alif dalam Abjad Arab.

Apabila masyarakat Yunani Purba meminjam, mereka tidak menggunakan hentian glotis jadi mereka menggunakan huruf vokal /a/, dan menukar namanya kepada alpha. Dalam inskripsi Yunani awal yang bertarikh sehingga kurun ke-8 SM, huruf berkenaan berdiri disebelah tepi tetapi dalam Abjad Yunani pada tahun-tahun berikutnya pada umumnya menyerupai huruf besar moden.

Orang-orang Etruscan membawa abjad Yunani ke Itali dan tidak mengubah bentuknya. Orang-orang Romawi kemudian meminjam abjad Etruscan untuk menulis dalam Bahasa Latin, dan huruf berkenaan membentuk tulisan Rumi moden yang digunakan untuk menulis dalam banyak bahasa termasuklah Bahasa Melayu.

Blackletter A
 
Uncial A
 
Another Capital A
 
Modern Roman A
 
Modern Italic A
 
Modern Script A
 

Huruf ini mempunyai dua minuskul. Bentuk yang selalu wujud dalam tulisan tangan hari ini mengandungi sebuah bulatan dan satu garisan tegak (ɑ). Kebanyakan bahan-bahan yang dicetak menggunakan bentuk yang terdiri daripada sebuah gelung kecil dengan sebuah lengkuk di atasnya (a). Kedua-duanya datang daripada bentuk huruf besar.

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Dalam kebanyakan bahasa yang menggunakan huruf Rumi, huruf A menggunakan bentuk vokal belakang terbuka (/ɑ/), atau vokal tengah (/a/). Dalam Abjad Fonetik Antarabangsa, kepelbagaian huruf A meminjam pelbagai vokal.

A ialah huruf ketiga paling dikenali dalam Bahasa Inggeris, dan kedua paling dikenali dalam Bahasa Sepanyol dan Bahasa Perancis. Mengikut purata, lebih kurang 3.6% huruf-huruf dalam Bahasa Inggeris mudah menjadi sebagai perkataan "as", sementara lebih kurang 6.2% dalam Bahasa Sepanyol dan 4% dalam Bahasa Perancis.[1]

Kod-kod pengkomputeran[sunting | sunting sumber]

Titik kod Huruf besar
A
Huruf kecil
a
Unikod U+0041 U+0061
ASCII Perpuluhan 65 97
Perduaan 01000001 01100001
EBCDIC 193 129

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Peratusan frekuensi huruf per seribu perkataan". Dicapai pada 1 Mei 2006.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Alfa A Cyril ª À Á Â Ã Ä (Ae) Å (Aa) Æ Ă Ą


Abjad Rumi/Latin
Aa Bb Cc Dd Ee Ff Gg Hh Ii Jj Kk Ll Mm Nn Oo Pp Qq Rr Ss Tt Uu Vv Ww Xx Yy Zz