J

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
J
Abjad Rumi dasar
  Aa Bb Cc Dd  
Ee Ff Gg Hh Ii Jj
Kk Ll Mm Nn Oo Pp
Qq Rr Ss Tt Uu Vv
  Ww Xx Yy Zz  

J ialah huruf kesepuluh dalam abjad Rumi, dan huruf terakhir yang ditambah dalam kalangan 26 huruf. Sebutannya ialah jei (disebut /dʒeɪ/).[1][2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

J asalnya merupakan bentuk lainan huruf I. Bentuk huruf kecil j digunakan pada Zaman Pertengahan untuk mengakhiri angka Rumi menggantikan i. Penggunaan distingtif mula menjadi-jadi dalam bahasa Jerman Pertengahan Tinggi.[3] Petrus Ramus (d. 1572) menjadi orang pertama yang terang-terang membezakan I dan J sebagai perlambangan bunyi-bunyi berbeza. Asalnya, kedua-dua huruf I dan J melambangkan /i/, /iː/, dan /j/; tetapi bahasa-bahasa Romawi mengembangkan bunyi-bunyi baru (dari /j/ dan /g/) yang menjadi bunyi-bunyi lambangan I dan J; oleh itu, J bahasa Inggeris (dari J bahasa Perancis, dan maka itu J bahasa Melayu) agak berbeza bunyinya dari /j/.

Kesemua bahasa-bahasa Jermanik kecuali bahasa Inggeris, Scots dan Luxembourg menggunakan J untuk /j/; begitu juga untuk bahasa Albania, dan bahasa-bahasa Ural dan Slavik yang memakai abjad Rumi, seperti bahasa Hungary, Finland, Estonia, Poland, Czech, dan Slovak. Sesetengah bahasa dalam famili-famili ini, seperti bahasa Serbia, turut menyerap J ke dalam huruf Cyril untuk tujuan yang sama. Oleh itulah, huruf kecilnya dipilih sebagai lambang fonetik IPA bagi /j/ (seperti "y" dalam "ya").

Dalam bahasa Sepanyol, J melambangkan /x ~ h/ (yang berkembang dari afrikat /dʒ/), serupa dengan bunyi "h" atau "kh" Melayu.

Dalam bahasa Perancis, Portugis dan Romania, huruf J asalnya berbunyi /dʒ/ tetapi kini berubah menjadi /ʒ/ (seperti dalam perkataan measure bahasa Inggeris).

Dalam bahasa Turki, Azerbaijan dan Tatar, huruf J sentiasa melambangkan /ʒ/.

"J" ialah satu-satunya huruf yang tiada dalam Jadual Berkala (namun Jl pernah digunakan untuk mewakili joliotium, dan J sendiri pernah dipakai untuk iodin[4]).

Kod pengkomputeran[sunting | sunting sumber]

Perwakilan alternatif J
fonetik NATO Kod Morse
Juliet ·–––
ICS Juliet.svg Semaphore Juliet.svg Sign language J.svg ⠚
Bendera isyarat Semafora Panduan ASL Braille
Titik kod Huruf besar
J
Huruf kecil
j
Unikod U+004A U+006A
ASCII Perpuluhan 74 106
Perduaan 01001010 01101010
EBCDIC 209 145

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "J", Oxford English Dictionary, 2nd edition (1989)
  2. "J" and "jay", Merriam-Webster's Third New International Dictionary of the English Language, Unabridged (1993)
  3. Mittelhochdeutsches Handwörterbuch von Matthias Lexer (1878)
  4. Lihat [[unsur kimia]
Abjad Rumi/Latin
Aa Bb Cc Dd Ee Ff Gg Hh Ii Jj Kk Ll Mm Nn Oo Pp Qq Rr Ss Tt Uu Vv Ww Xx Yy Zz