M60-2000

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
M60-2000
Jenis Kereta kebal utama
Asal Amerika Syarikat
Spesifikasi
Berat 56,520kg (55.6tan) (61.288 tan pendek)
Panjang 9.55m (31 kaki 4in) - panjang termasuk meriam
Lebar 3.77m (12 kaki 5in)
Tinggi 2.89m (9 kaki 6in)
Krew 4 (komander, jurumeriam, juruisi, pemandu)

Perisai Tidak diketahui
Senjata
utama
Meriam laras licin 120mm M256
Senjata
kedua
2 x mesingan 7.62 (0.3in) dan 1 x mesingan 12.7mm (0.50in)
Enjin Enjin diesel General Dynamics Land Systems
895.5 kW (1200 hp)
Kuasa/berat 22 hp/tan
Sistem
ampaian
Bar kilasan gantung
Jarak
operasi
443 km (275 batu)
Kelajuan 51.6 km/j (33 bsj)

General Dynamics 120S (atau M60-2000) adalah merupakan sebuah kereta kebal yang dipertingkatkan daripda model M60 Patton. Pembangunan M60-2000 dilakukan ekoran beribu-ribu unit kereta kebal utama M60 yang berada di dalam perkhidmatan di dunia tidak mampu memberi kuasa secukupnya bagi menentang kereta kebal utama yang lebih moden. General Dynamics Land Systems memikirkan satu program tingkat upaya di mana mereka telah menawarkan banyak ciri-ciri yang terdapat pada M1A1 Abrams untuk dipasang pada pengguna M60 pada harga yang lebih rendah.

Antara kit penukaran M60-2000 yang dibekalkan oelh GDLS termasuk turet meriam dan meriam laras licin 120 mm (4.72in) pada M1A1/M1A2, akan dipasang pada M60. Versi tingkat upaya ini dipasarkan kepada pengguna M60 yang memiliki keupayaan untuk mengubah suai kereta kebal ini oleh mereka sendiri. Selain turet baru, satu enjin diesel dan sistem transmisi baru yang terdapat pada M1 juga dipasang pada M60-2000. Kesemua kelengkapan ini telah diuji pada kerangka standard M60.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]