Kereta kebal Al-Khalid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Al-Khalid
Al-Khalid IDEAS 2012.jpg
Demonstrasi kereta kebal Al-Khalid semasa pameran kelengkapan tentera di Pakistan
Jenis Kereta kebal utama
Asal Flag of Pakistan (bordered).svg Pakistan
 Republik Rakyat China
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan 2001—kini
Digunakan oleh Flag of Pakistan (bordered).svg Pakistan
Sejarah pengeluaran
Pereka Norinco, Factory 617
Industri Berat Taxila (HIT)
Tarikh cipta 1990—99
Pengeluar Industri Berat Taxila (HIT)
Tarikh pengeluaran 2001—kini
Variasi Al-Khalid
Al-Khalid I
Al-Khalid II (sedang dibangunkan)
Spesifikasi (Al-Khalid I)
Berat 47 t (52 short tons)[1]
Panjang 10.07 m (33.0 ka)
Lebar 3.50 m (11.5 ka)
Tinggi 2.40 m (7.9 ka)
Krew 3

Perisai Perisai komposit, RHA, ERA [2]
Senjata
utama
Meriam berlaras licin 125 mm, 39 butir peluru
Senjata
kedua
Mesingan sepaksi 7.62 mm, 3000 butir
Mesingan anti pesawat 12.7 mm, 500 butir [3]
Enjin enjin diesel KMDB 6TD-2, 6-silinder
1,200 hp (895 kW)
Kuasa/berat 26.7 hp/tan [3]
Transmisi SESM ESM500 5-kelajuan automatik
Sistem
ampaian
Torsion bars, hydraulic dampers
Jarak
operasi
450 km (jarak tempur) [4]
Kelajuan 72 km/h [1][4]

Al-Khalid (atau menggunakan nama MBT-2000 di pasaran antarabangsa) adalah sebuah kereta kebal utama moden yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh Pakistan untuk kegunaan Tentera Darat Pakistan. Al-Khalid dilengkapkan dengan sistem kawalan tembakan moden yang diintegrasikan dengan peralatan penglihatan malam bagi membolehkan ia menembak pelbagai jenis peluru anti kereta kebal dan peluru berpandu anti kereta kebal dengan tepat. Kereta kebal ini mendapat namanya iaitu Al-Khalid bersempena nama seorang lagenda jeneral Islam, Khalid bin al-Walid.

Kereta kebal ini mula memasuki perkhidmatan dengan Tentera Darat Pakistan pada tahun 2001. Keseluruhannya, sejumlah kira-kira 600 buah kereta kebal dirancang akan diperoleh oleh Tentera Darat Pakistan.

Kereta kebal Al Khalid atau juga dikenali sebagai kereta kebal 2000 merupakan satu projek kerjasama antara China North Industries Corporation (NORINCO) dan Pakistan di bawah perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1988.

Perjanjian ini melitupi kereta kebal Type 59 sedia ada dan juga pengeluaran tempatan kereta kebal Type 69-II, Type 85 dan akhirnya siri kereta kebal utama Al Khalid.

Pengeluaran kereta kebal Al Khalid bermula pada tahun 1999 dengan kenderaan pengeluaran pertama dijangkakan disiapkan pada tahun 2000.

Tatarajah kereta kebal Zufiqar adalah konventional dengan ruang pemandu di hadapan, turet di tengah dan pek kuasa dan transmisi di belakang. Meriam 125mm laras licin menggunakan sistem pemuat automatik yang mula-mula memuatkan projektil kemudian mengisi caj. Pemuat automatik ini telah membolehkan krew kenderaan dikurangkan kepada tiga: komander, jurumeriam, dan pemandu.

Peralatan piwaian termasuk sistem tembakan berkomputer, peranti pandang siang/malam distabilkan bagi komander dan jurumeriam, sistem NBC dan perisai reaktif letupan bagi keselamatan medan tempur tahap lebih tinggi. Sistem snorkel boleh dipasang bagi randukan dalam.

NORINCO memasarkan kenderaan serupa yang dikenali sebagai kereta kebal utama Type 90-II yang telah dibangunkan bagi pasaran eksport.

VARIANTS Tiada variasi kereta kebal Al Khalid yang diketahui.

Status[sunting | sunting sumber]

Dalam pengeluaran bagi Pakistan.

Pengilang[sunting | sunting sumber]

Industri Berat Taxila, Taxila, Pakistan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • TANK & COMBAT VEHICLE RECOGNITION GUIDE, Christopher F. Foss, Harper Collins Publishers, cetakan pertama 2000.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Tapak web pengeluar
Rencana
Lembaran fakta