T-84

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
T-84
UkrainianT84Tank.jpg
Sebuah model awal kereta kebal T-84 — versi terkemudian memiliki perisai reaktif yang digabungkan dengan kerangka badan dengan lebih baik.
Jenis Kereta kebal utama
Asal  Ukraine
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan 2001–kini
Digunakan oleh Ukraine
Sejarah pengeluaran
Pereka KMDB
Tarikh cipta 1993–94
Pengeluar Kilang Malyshev
Tarikh pengeluaran 1994–kini
Spesifikasi (T-80[1])
Berat 46 tan
Panjang 7.086 m (23 kk 3 in)
Lebar 3.775 m (12 kk 5 in)
Tinggi 2.215 m (7 kk 3 in)
Krew 3

Ketinggian +13°, -6°

Perisai Keluli, komposit, ERA
Senjata
utama
Meriam laras licin 125 mm KBA-3 (43 butir peluru)
Senjata
kedua
Mesingan sepaksi 7.62 mm KT-7.62
Mesingan anti pesawat 12.7 mm KT-12.7
Enjin enjin diesel KMDB 6TD-2 6-silinder
1,200 kk (890 kW)
Kuasa/berat 26 hp/tan
Sistem
ampaian
bar kilasan, peredam hidrolik
Kelegaan bumi 0.515 m (1 ka 8.3 in)
Kapasiti bahan api 1,300 l (290 imp gal; 340 AS gal)
Jarak
operasi
540 km (340 bt)
Kelajuan 65 km/j (40 bsj)

T-84 adalah sebuah kereta kebal utama buatan Ukraine hasil dari pembangunan ke atas kereta kebal T-80 buatan Soviet. Ia pertama kali dibina pada tahun 1994 dan mula memasuki perkhidmatan dengan Angkatan Tentera Ukraine pada tahun 1999. Janakuasa T-84 adalah berdasarkan enjin diesel yang dipasang pada sebuah versi T-80 iaitu T-80UD. Enjin berprestasi tingginya menjadikan kereta kebal ini merupakan salah sebuah kereta kebal sedia ada yang terpantas di dunia, dengan kadar kuasa kepada berat kira-kira 26 kuasa kuda per tan (19 kW/t). T-84 Oplot pula merupakan sebuah versi termaju bagi T-84 dengan menggabungkan ruang peluru berperisai di dalam turet baru. Sepuluh unit kereta kebal versi ini telah memasuki perkhidmatan dengan Ukraine pada tahun 2001. T-84-120 Yatagan pula adalah sebuah prototaip untuk tujuan eksport, dilengkapkan dengan meriam 120 mm yang mampu menggunakan peluru dan peluru berpandu mengikut standard NATO.

Eksport[sunting | sunting sumber]

  • Bendera Tentera Darat Bangladesh Tentera Darat Bangladesh: Pada tahun 200, Tentera Darat Bangladesh memulakan rundingan bagi membeli 76 buah kereta kebal T-84 Yatagan dalam kumpulan pertama. Tentera Darat Bangladesh ingin memiliki sehingga 200 hingga 300 buah kereta kebal Yatagan dalam beberapa tahun akan datang sebagai sebahagian daripada program perolehan kereta kebal utama generasi ketiga[2]
  • Bendera Tentera Darat Georgia (negara) Georgia: Pada bulan Oktober 2009, Tentera Darat Georgia membeli 12 buah kereta kebal T-84 Oplot.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Jane's Armour and Artillery, 2005–2006
  2. Yatagan Main Battle Tank bdmilitary.com
  3. Ukraine to hand Georgia 12 T-84 tanks in October, Kyiv Post (October 8, 2009)
  • Steven Zaloga and David Markov (2000). Russia's T-80U Main Battle Tank. Hong Kong: Concord. ISBN 962-361-656-2.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Externalimage