Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Majlis Ekonomi dan Sosial PBB (ECOSOC) berperanan membantu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggalakkan kerjasama ekonomi dan sosial antarabangsa. ECOSOC mempunyai 54 ahli yang dipilih oleh Perhimpunan Agung untuk tempoh 3 tahun. Presidennya dilantik oleh Majlis sendiri untuk tempoh satu tahun. ECOSOC bermesyuarat sekali setahun pada bulan Julai selama 4 minggu. Sejak 1998, Majlis ini mengadakan satu lagi mesyuarat pada setiap bulan April dengan ahli-ahli jawatankuasa Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). ECOSOC berfungsi mengumpulkan maklumat, memberi nasihat serta syor kepada negara-negara ahli. Namun, ECOSOC berperanan besar dalam menyeragamkan dasar-dasar dan mengkoordinasikan fungsi-fungsi badan PBB yang bertindih.
Suruhanjaya berfungsi [sunting]
- Suruhanjaya Pembangunan Sosial PBB
- Suruhanjaya Dadah Narkotik PBB
- Suruhanjaya Pencegah Jenayah dan Keadilan
- Suruhanjaya Sains dan Teknologi untuk Pembangunan
- Suruhanjaya Pembangunan Mantap
- Suruhanjaya Status Wanita PBB
- Suruhanjaya Populasi dan Pembangunan
- Suruhanjaya Statistik PBB
- Forum Hutan PBB