Resolusi Majlis Keselamatan PBB

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Resolusi Majlis Keselamatan PBB
1 hingga 100
101 hingga 200
201 hingga 300
301 hingga 400
401 hingga 500
501 hingga 600
601 hingga 700
701 hingga 800
801 hingga 900
901 hingga 1000
1001 hingga 1100
1101 hingga 1200
1201 hingga 1300
1301 hingga 1400
1401 hingga 1500
1501 hingga 1600
1601 hingga 1700
1701 hingga 1800
1801 hingga 1900
1901 hingga 2000

Satu Resolusi Majlis Keselamatan PBB diundi antara 15 ahli Majlis Keselamatan PBB iaitu organ paling berkuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ia lulus apabila sembilan atau lebih ahli mengundi menyokong resolusi berkenaan serta tidak dibangkang oleh salah satu lima anggota tetap majlis. Ahli-ahli ini merangkumi Republik Rakyat China yang menggantikan Republik China pada tahun 1971, Perancis, Persekutuan Rusia yang menggantikan Kesatuan Soviet pada tahun 1991, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Terdapat dua peperangan besar yang diluluskan Majlis Keselamatan iaitu Perang Korea pada tahun 1950 dan Perang Teluk pada tahun 1991.

Istilah yang digunakan dalam Piagam PBB[sunting | sunting sumber]

Piagam PBB mempunyai beberapa formulasi yang menunjukkan penguatkuasaan resolusi tanpa mendefinasikan ia dengan lebih terperinci.

Resolusi Majlis Keselamatan PBB yang dinotakan[sunting | sunting sumber]

  • Resolusi 660 pada tahun 1990: Memanggil Iraq berundur secara pantas dan tidak bersyarat kesemua angkatannya dari Kuwait.
  • Resolusi 678 pada tahun 1990: Membenarkan negara anggota menggunakan kesemua cara yang perlu bagi menguatkuasakan resolusi 660 dan kesemua resolusi lain yang berkaitan untuk memulihkan keamanan dan keselamatan antarabangsa di kawasan Kuwait.
  • Resolusi 687 pada tahun 1991: Memutuskan bahawa Iraq akan menerima pemusnahan [...] kesemua senjata kimia dan biologi [...] dan kesemua [...] peluru berpandu balistik yang boleh sampai jarak yang lebih daripada 150 kilometer tanpa syarat.
  • Resolusi 1325 Oktober 2000 secara terperincinya berdepan dengan kesan peperangan pada wanita, dan sumbangan wanita kepada resolusi konflik dan keamanan yang boleh berlarutan.
  • Resolusi 1441 pada tahun 2002: Memanggil Iraq mendedahkan kesemua simpanan senjata pemusnah dan peluru berpandu berjarak sederhana dan jauhnya.
  • Resolusi 1559 pada 2 September 2004: memanggil Syria berhenti campur tangannya dalam politik dalaman Lubnan dan berundur, dan menghapuskan kesemua militia Lubnan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]