Marina Mahathir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Marina Mahathir
Marina Mahathir.jpg
Kelahiran 11 Mei 1970
Warganegara Malaysia
Terkenal kerana SIS

Datin Paduka Marina binti Mahathir merupakan aktivis sosial di Malaysia. Pada 5 Oktober 2010, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)menganugerahi gelaran 'Tokoh Sepanjang Tahun 2010' kepada belia terhadap kegigihannya memperjuangkan hak kaum wanita, dan sentiasa lantang dalam kempennya berkaitan kesedaran terhadap HIV dan AIDS.[1]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau membesar di Alor Star, Kedah dan lulusan dari Universiti Sussex, Britain.

Marina merupakan anak sulung kepada pasangan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali. Abangnya Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri .

Marina pernah berkahwin dengan lelaki Perancis dan mendapat anak perempuan sulung, Ineza, yang kini belajar di Universiti Melbourne. Setelah berkenalan pada 1993, Marina berkahwin dengan Tara Sosrowardoyo (47), seorang jurufoto profesional pada 7 Jun 1998 dan mendapat dua anak. Anak lelaki, Haga Tara belajar di Jakarta manakala anak bongsu perempuannya, Sharistal Maryada Sosrowardoyo di Tahun Satu, Kuala Lumpur.[2]

Beliau mempunyai syarikat penerbitan, Mosaique (bahasa Perancis) yang antara lain menerbitkan buku-buku meja kopi, kraf tangan dan buku ensiklopedia Malaysia.

Sumbangan[sunting | sunting sumber]

Pembela mangsa HIV/ AIDS[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan bekas Presiden Majlis AIDS Malaysia [3]- sebuah badan payung 40 buah NGO yang membantu mangsa HIV / AIDS di Malaysia - peranan yang dipegangnya selama 12 tahun dari 1993 hingga 2005.Beliau mencadangkan kerajaan menyediakan rawatan anti-viral secara percuma untuk rakyat Malaysia yang mengidap HIV.Jarum suntikan dan kondom diberi kepada penagih dadah mulai Januari 2005 agar mencegah mereka daripada HIV/AIDS (ODHA).Ubat generik melibatkan rundingan antara Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.Pada 2003,Dr. Nafis Sadik pernah berpesan kepada ahli agama supaya tidak mengutuk dan mengeji mereka yang dijangkiti HIV tetapi mendekati mereka dengan kasih sayang dan persaudaraan.

Menentang keganasan terhadap wanita[sunting | sunting sumber]

Beliau kini merupakan ahli Lembaga Sisters in Islam (SIS), kumpulan yang berjuang untuk keadilan dan kesaksamaan bagi wanita Islam[perlu rujukan].

Sebagai blogger, pandangan beliau dikemukakan disiarkan setiap dua minggu, Musings, The Star; menghasilkan program TV untuk wanita muda, menulis dan bercakap secara berkala terhadap isu-isu wanita, terutamanya berkaitan dengan Islam, gender dan HIV / AIDS.

Dia dan Zainah Anwar merupakan satu-satunya rakyat Malaysia dalam "100 Suara Wanita", senarai 100 orang yang paling memberi inspirasi untuk memperbaiki kehidupan kanak-kanak perempuan dan wanita di seluruh dunia oleh 'Women Deliver' yang berpusat di New York. [4]

Beliau melancarkan kempen “Lelaki Menentang Keganasan” - satu pergerakan global di mana ramai lelaki di seluruh dunia membuat perjanjian untuk tidak melakukan, memaafkan atau berdiam diri mengenai keganasan terhadap wanita dan gadis. [5]Dalam persidangan mengenai agama, kepercayaan dan hak wanita di Atlanta, Amerika Syarikat , beiau kagum mendengar tentang usaha pemimpin Islam dan Kristian di beberapa negara di Afrika untuk memerangi keganasan terhadap wanita. Di Senegal,imam bekerja dengan pertubuhan Tostan berjaya memujuk lebih 4,000 kampung menghentikan tradisi menyunat wanita yang mengakibatkan banyak masalah kesihatan termasuk HIV dan kematian.[6] Rekod polis dari 1994-2011 terdapat 3000 laporan keganasan rumah tangga di Malaysia.Keganasan terhadap wanita boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur, bangsa atau cara berpakaian. Lelaki sepatutnya menjadi abang, bapa saudara, suami, anak atau teman lelaki.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tokoh Sepanjang Tahun 2010[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Oktober 2010, PBB menganugerahi beliau 'Tokoh Sepanjang Tahun 2010'. Residen Perwakilan bagi Program Pembangunan PBB (UNDP) dan Penyelaras Residen PBB di Malaysia, Kamal Malhotra menyatakan bahawa Marina banyak menulis artikel yang berkaitan dengan prinsip, kesamaan gender, wanita, Undang-undang Syariah, kepelbagaian kebudayaan, diskriminasi terhadap wanita Islam serta lain-lain isu yang berkaitan, dan membentangkannya di persidangan-persidangan peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Anugerah itu disampaikan sempenan sambutan ulang tahun ke-65 PBB yang diadakan di Hotel Renaissance , Kuala Lumpur. Marina tidak hadir mengikuti majlis Sisters in Islam (SIS) di Barcelona, Sepanyol. Sementara itu, stesen televisyen swasta milik Media Prima, TV3 menerima Anugerah Serantau Hari Penyiaran Kanak-kanak Antarabangsa (ICDB) Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unicef) bagi rantau Asia Timur dan Pasifik 2010.Rancangan dokumentarinya "Terubuk Masin untuk Perdana Menteri" dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerima anugerah bagi kategori radio menerusi satu program Traxx FM bertajuk 'Listen Up!'[7]

Penulisan[sunting | sunting sumber]

  1. 50 days : rantings ,ZI Publications Sdn. Bhd, 2009.
  2. Hidden voices : true Malaysian experience of AIDS , bersama Wan Zawawi Ibrahim,,Malaysian Aids Councils, 1999.
  3. Suara-Suara terpendam : pengalaman sebenar AIDS di Malaysia ,Suntingan bersama oleh Marina Mahathir dan Zawawi Ibrahim ,Majlis AIDS Malaysia, 1999.
  4. In liberal doses , Star Publications, 1997.
  5. Eyes : a photographic journey through the Association of Southeast Asian Nations. ,Eyes on Asian, 1993.
  6. Telling It Straight, EDM Pte Ltd,2012

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Bersih 2.0[sunting | sunting sumber]

Beliau turut hadir dalam Perhimpunan Bersih 2011 di Kuala Lumpur. Dalam akhbar The Star, beliau mempertahankan perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai 2011. Beliau turut mempersoalkan kenyataan beberapa pemimpin kerajaan yang cuba menyamakan perhimpunan haram itu dengan kejadian rusuhan di London. Beliau dituduh terperangkap dalam kumpulan vocal minority. Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim menggesa Marina mengisytihar harta yang dimilikinya di dalam mahu pun luar negara sama ada ia diperolehi menerusi kaedah yang betul atau sebaliknya. Perkasa menyifatkan aktivis sosial itu sebagai seorang Melayu yang mudah lupa serta tidak berpijak di bumi nyata.[8]

COMANGO[sunting | sunting sumber]

Marina Mahathir dikatakan turut terlibat dalam tindakan tuntutan COMANGO.[9] Namun begitu beliau menafikan hal ini dan menuduh ISMA telah menfitnahnya. Beliau menyatakan hasratnya ingin menyaman ISMA kerana hal ini membabitkan maruah dirinya.[10] Walaupun begitu, ISMA kekal dengan pendirian mereka dan tidak berganjak dengan keputusan yang telah mereka keluarkan itu.[11][12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]