Matu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Matu (dikenali juga sebagai Mato) adalah sebuah daerah dan pekan kecil dalam bahagian Mukah, Sarawak. Sebelum Bahagian Mukah diwujudkan, Matu berada di bawah bahagian Sibu.

Terdapat lebih dari 20 kampung dalam daerah Matu, antaranya Jemoreng, Loba Balu, dan Sekaan. Majoriti penduduk di Matu adalah Melanau. Kaum Cina pula adalah kaum kedua terbesar di sini. Anggaran populasi penduduk adalah sekitar 10,000 orang. Pekan terhampir dengan Matu ialah Daro dengan jarak perjalanan darat lebih kurang 24 kilometer. Majlis Daerah Matu-Daro (Matu-Daro District Council) yang terletak di Matu merupakan mercu tanda dan bangunan terbesar di Matu. Sekolah Menengah Kebangsaan Matu pula terkenal dengan ciri fizikalnya yang mana semua bangunannya dihubungkan dengan jambatan panjang yang dibuat dari kayu berlian.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]