Medhi Lacen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Medhi Lacen
Maklumat peribadi
Nama penuh Medhi Gregory Giuseppe Lacen
Tarikh lahir (1984-05-15) 15 Mei 1984 (umur 39)
Tempat lahir Paris, Perancis
Ketinggian 1.75 m (5 ka ​8 78 in)
Posisi permainan Pemain tengah bertahan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Getafe
Nombor 8
Kerjaya remaja
Versailles
Laval
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2003–2004 Laval 4 (0)
2004–2005 Valence 35 (0)
2005–2008 Alavés 86 (0)
2008–2011 Racing Santander 100 (4)
2011– Getafe 76 (1)
Pasukan kebangsaan
2010– Algeria 34 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 00:00, 26 September 2014 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 00:00, 11 September 2014 (UTC)

Medhi Gregory Giuseppe Lacen[1] (lahir 15 Mei 1984) merupakan pemain bola sepak profesional Algeria yang beraksi untuk kelab Sepanyol, Getafe CF sebagai pemain tengah bertahan.

Selepas memulakan karier di Laval, Lacen menghabiskan kebanyakan karier profesionalnya di Sepanyol, mewakili Alavés, Racing de Santander dan Getafe. Dia telah bermain 193 perlawanan La Liga dan menjaringkan lima gol dalam tujuh musim.

Lacen beraksi untuk Algeria dalam dua edisi Piala Dunia.

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan Paris, Perancis, kepada bapa Algeria dan ibu Itali,[2] Lacen memulakan karier profesionalnya bersama Stade Lavallois dan ASOA Valence. Ketika muim 2005–06 dia berpindah ke Sepanyol, menyertai Deportivo Alavés yang kemudiannya diturunkan liga; dia membuat kemunculan sulung La Liga pada 15 Oktober 2005, ketika seri 1–1 menentang Villarreal CF.

Selepas dua musim divisyen kedua sebagai permulaan tetap untuk Basque, Lacen berpindah ke Racing de Santander pada 15 Ogos 2008.[3]

Ketika lewat bulan Februari 2011, dengan perjanjiannya berakhir bulan Jun, Lacen menandatangani pra-kontrak dengan Getafe CF.[4] Pada 25 Mei perpindahan itu telah menjadi rasmi, dengan pemain itu menandatangani kontrak empat tahun.[5]

Lacen menjaringkan gol pertamanya dengan Getafe pada 16 April 2012, menjaringkan gol kedua ketika kemenangan 5–1 ke atas Sevilla FC.[6]

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Walaupun dilahirkan di Perancis, Lacen boleh mewakili Algeria melalui tempat asal ayahnya. Pada tahun 2006 dia dipanggil oleh Jean-Michel Cavalli ke pasukan kebangsaan untuk perlawanan persahabatan menentang Gabon, tetapi tidak bermain kerana masalah pentadbiran.[7]

Pada 12 Disember 2009, presiden Algerian FA, Mohamed Raouraoua, mengumumkan bahawa Lacen akan dipanggil ke skuad Algeria untuk Piala Negara-Negara Afrika 2010 di Angola.[8] Walau bagaimanapun, lima hari kemudian, ketua jurulatih Rabah Saâdane mengumumkan bahawa pemain itu tidak dapat menyertai pertandingan kerana isterinya mengandung.[9]

Pada 12 Februari 2010, laman web Racing Santander mengumumkan bahawa Lacen telah dipilih Algeria untuk perlawanan persahabatan menentang Serbia.[10] Pada 3 Mac dia akhirnya membuat penampilan sulung, kalah 0–3.[11]

Pada bulan Jun 2010, Lacen dipilih ke Piala Dunia FIFA di Afrika Selatan, bermain dalam semua perlawanan. Ketika pertandingan itu, dia bekerjasama dengan Hassan Yebda (seorang lagi pemain tengah bertahan).

Peribadi[sunting | sunting sumber]

Adik Lacen, Michael, juga merupakan seorang pemain bola sepak.[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "List of Players" (PDF). FIFA. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Mei 2020. Dicapai pada 13 Julai 2010.
  2. ^ Mehdi Lacen rejoindra l’équipe nationale (Mehdi Lacen will join the national team) Diarkibkan 2011-07-16 di Wayback Machine; TSA, 11 December 2009 (Perancis)
  3. ^ Lacen leaves Alavés for Racing; UEFA.com, 15 August 2008
  4. ^ Mehdi Lacen devrait rejoindre Getafe (Mehdi Lacen should join Getafe) Diarkibkan 2012-09-23 di Wayback Machine; DZ Foot, 26 February 2011 (Perancis)
  5. ^ Lacen, J'ai signé pour 4 ans à Getafe (Lacen, I've signed with Getafe for four years); DZ Foot, 25 May 2011 (Perancis)
  6. ^ Walid Z. (16 April 2012). "Joli premier but pour Lacen avec Getafe" (dalam bahasa French). DZ Foot. Dicapai pada 17 April 2012. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ Mehdi Lacen sélectionné (Mehdi Lacen called); DZ Foot, 3 August 2006 (Perancis)
  8. ^ Raouraoua annonce l'arrivée de Lacen et Ziaya (Raouraoua announces arrivals of Lacen and Ziaya) Diarkibkan 2010-02-25 di Wayback Machine; DZ Foot, 12 December 2009 (Perancis)
  9. ^ Sâadane explique ses choix et ses objectifs (Sâadane explains picks and goals); DZ Foot (Perancis)
  10. ^ Lacen convoqué pour Algérie-Serbie (amical) (Lacen chosen for Algeria-Serbia (friendly))) Diarkibkan 2013-12-17 di Wayback Machine; DZ Foot, 12 February 2010 (Perancis)
  11. ^ Amical Algérie-Serbie: La composition algérienne (Algeria-Serbia friendly: the national team's lineup) Diarkibkan 2013-12-17 di Wayback Machine; DZ Foot, 3 March 2010 (Perancis)
  12. ^ Michael Lacen, au nom du frère (Michael Lacen, in the name of the brother); Le Parisien, 12 December 2009 (Perancis)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]