Mikrometeorit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Mikrometeorit merupakan zarah-zarah luar Bumi yang mempunyai saiz sekitar 50 µm sehingga 2 mm yang dikumpul daripada permukaan Bumi. Ia merupakan mikrometeoroid yang selamat masuk ke dalam atmosfera Bumi. Perbezaan antara mikrometeorit dengan meteorit adalah saiznya yang lebih kecil, lebih banyak dan berbeza dari segi komposisinya. Mikrometeorit juga ialah sebahagian daripada debu kosmos yang juga termasuk dalam zarah debu antara planet (IDP).[1]

Mikrometeorit memasuki atmosfera Bumi dengan halaju yang tinggi (sekurang-kurang 11km/s) dan mengalami pemanasan melalui geseran dan mampatan atmosfera. Satu mikrometeorit boleh mempunyai berat kira-kira 10−9 sehingga 10−4 g dan ia secara kolektifnya menyumbang kepada kebanyakkan bahan angkasa raya yang datang ke Bumi pada masa kini.[2] Fred Lawrence Whipple pertama kalinya membuat istilah "mikrometeorit" untuk menerangkan objek bersaiz debu yang jatuh ke Bumi.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Brownlee, D. E.; Bates, B.; Schramm, L. (1997), "The elemental composition of stony cosmic spherules", Sains Planet dan Meteorit 32 (2): 157–175, Bibcode 1997M&PS...32..157B, doi:10.1111/j.1945-5100.1997.tb01257.x 
  2. Love, S. G.; Brownlee, D. E. (1993), "A direct measurement of the terrestrial mass accretion rate of cosmic dust", Sains 262 (5133): 550–553, Bibcode 1993Sci...262..550L, doi:10.1126/science.262.5133.550, PMID 17733236 
  3. Whipple, Fred (1950), "The Theory of Micro-Meteorites", Akademi Sains Kebangsaan 36 (12): 687–695, Bibcode 1950PNAS...36..687W, doi:10.1073/pnas.36.12.687 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]