Ceres (planet kerdil)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ceres (lambang: ⚳,[1] nama planet minor: 1 Ceres) ialah sebuah planet kerdil yang terletak di lingkaran asteroid Sistem Suria di antara orbit Marikh dan Musytari.[2][3][4]. Ceres ditemui pada 1 Januari 1801 oleh Giuseppe Piazzi. Apabila ditemui Ceres dikelaskan sebagai sebuah planet, namun setengah abad kemudian dan selama 150 tahun selanjutnya, Ceres dikelaskan sebagai sebuah asteroid.[5] Pada 24 Ogos 2006, Kesatuan Astronomi Antarabangsa memutuskan untuk mengubah status Ceres menjadi "planet kerdil".

Ceres mempunyai jisim sebesar 9.45 ± 0.04 × 1020 kg. Dengan diameter sekitar 950 km, Ceres adalah benda angkasa terbesar di lingkaran asteroid utama dan planet kerdil terkecil yang diketahui setakat ini. Ia memiliki kira-kira satu pertiga jisim agregat seluruh lingkaran asteroid.[6][7] Ia dinamakan bersempena Dewi Rom Ceres.

Perbandingan saiz: Ceres (kiri bawah), Bulan dan Bumi.

Permukaan Ceres berkemungkinan terdiri daripada campuran ais air dan pelbagai galian hidrat seperti karbonat dan mineral lempung. Ia kelihatan boleh dibezakan kepada teras batu dan mantel ais, dan mungkin menyembunyikan lautan air di bawah permukaannya. Dari Bumi, magnitud ketara Ceres berjulat daripada 6.7 hingga 9.3, dan oleh itu amat malap untuk dilihat dengan mata kasar kecuali langit sangat gelap.[8]

Pada 22 Januari 2014, ahli sains ESA melaporkan pengesanan pengeluaran wap air dari beberapa kawasan latitud-tengah setempat Ceres.[9] Pengesanan muktamad pertama ini dibuat menggunakan keupayaan inframerah jauh Balai Cerap Angkasa Lepas Herschel.[10] Penemuan ini tidak dijangka kerana walaupun komet lazim mengeluarkan "kepulan dan jet",[10] asteroid secara umumnya tidak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ JPL/NASA (2015-04-22). "What is a Dwarf Planet?". Jet Propulsion Laboratory. Dicapai pada 2022-01-19.
  2. ^ "NASA – Dawn at a Glance". NASA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-05. Dicapai pada 14 Ogos 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ Space Telescope Science Institute (2009). Hubble 2008: Science year in review. NASA Goddard Space Flight Center. m/s. 66.
  4. ^ Alan Stern (2009). "Origin of the Solar System with Dr. Alan Stern". Challenger Center for Space Science Education.
  5. ^ Jerry Coffey. "The First Asteroid Discovered". universetoday.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-05. Dicapai pada 2 September 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ Elena V. Pitjeva (2005). "High-Precision Ephemerides of Planets—EPM and Determination of Some Astronomical Constants" (PDF). Solar System Research. 39 (3): 176. Bibcode:2005SoSyR..39..176P. doi:10.1007/s11208-005-0033-2. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-10-31. Dicapai pada 9 Disember 2007.
  7. ^ Bruce Moomaw (2 Julai 2007). "Ceres As An Abode of Life". Spacedaily. Dicapai pada 10 Oktober 2012.
  8. ^ Menzel, Donald H.; dan Pasachoff, Jay M. (1983). A Field Guide to the Stars and Planets (ed. ke-2). Boston, MA: Houghton Mifflin. m/s. 391. ISBN 978-0-395-34835-2.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  9. ^ Küppers, M.; O'Rourke, L.; Bockelée-Morvan, D.; Zakharov, V.; Lee, S.; Von Allmen, P.; Carry, B.; Teyssier, D.; Marston, A.; Müller, T.; Crovisier, J.; Barucci, M. A.; Moreno, R. (2014-01-23). "Localized sources of water vapour on the dwarf planet (1) Ceres". Nature. 505 (7484): 525–527. doi:10.1038/nature12918. ISSN 0028-0836. PMID 24451541.
  10. ^ a b Harrington, J.D. (22 Januari 2014). "Herschel Telescope Detects Water on Dwarf Planet – Release 14-021". NASA. Dicapai pada 22 Januari 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]