Planet kerdil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Planet kerdil Ceres

Planet kerdil, sebagaimana yang dikelaskan oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa, ialah jasad samawi yang mempunyai ciri-ciri berikut[1][2]:

  1. mengorbit Matahari,
  2. mempunyai jisim yang cukup besar sehingga gravitinya mampu mengatasi daya jasad tegar sehingga jasad itu mencapai bentuk hampir bulat (keseimbangan hidrostatik),
  3. belum mengosongkan kawasan orbitnya supaya tidak diduduki oleh jasad lain selain satelit-satelitnya sendiri,
  4. dan bukan satelit bagi planet lain.

Klasifikasi ini diputuskan oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa pada 24 Ogos 2006 berikutan pentakrifan semula maksud planet 2006. Justeru, Pluto, kerana tidak memenuhi syarat-syarat menjadi sebuah planet, secara rasminya "diturunkan pangkat" kepada status planet kerdil.

Setakat ini, terdapat lima anggota planet-planet kerdil yang dikenal pasti[3]:

  1. Ceres - ditemui pada 1 Januari 1801, asalnya dianggap planet, kemudian dikelaskan semula sebagai planet kerdil pada 13 September 2006.
  2. Pluto - ditemui pada 18 Februari 1930, asalnya dianggap planet, kemudian dikelaskan semula sebagai planet kerdil pada 24 Ogos 2006.
  3. Eris – ditemui pada 5 Januari 2005 dan disahkan sebagai planet kerdil pada 13 September 2006.
  4. Makemake – ditemui pada 31 Mac 2005 dan disahkan sebagai planet kerdil pada 11 Julai 2008.
  5. Haumea – ditemui pada 28 Disember 2004 dan disahkan sebagai planet kerdil pada 17 September 2008.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "IAU 2006 General Assembly: Result of the IAU Resolution votes". International Astronomical Union. 2006. Diperoleh pada 2008-01-26. 
  2. "Dwarf Planets". NASA. Diperoleh pada 2008-01-22. 
  3. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan WGPSN tidak disediakan