Meteoroid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Meteoroid adalah jasad-jasad kecil di sistem suria yang ukurannya lebih kecil daripada asteroid tetapi lebih besar daripada sebuah molekul. Persatuan Astronomi Antarabangsa pada sidang umum IX pada 1961 menakrifkan meteoroid sebagai berikut :

« Sebuah objek padat yang berada/bergerak dalam ruang antara planet, dengan ukuran lebih kecil daripada asteroid dan lebih besar daripada sebuah atom atau molekul.»

Ketika memasuki atmosfera sebuah planet, meteoroid akan dipanaskan dan akan meruap sebahagian atau keseluruhannya. Gas-gas disepanjang lintasannya akan terion dan bercahaya. Jejak gas bercahaya ini disebut sebagai meteor, atau tahi bintang. Jika sebahagian meteoroid ini mencapai tanah, maka akan disebut sebagai meteorit.