Mines Resort City

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Mines Resort City atau 'Mines' atau 'Mines Wonderland' atau Mines Shopping Centre terletak di Seri Kembangan, Selangor. Kawasan pelancongan ini mempunyai keluasan 1000 ekar dan terletak kira-kira 5 minit dari Serdang atau Balakong, 15 minit dari Pusat Bandaraya Kuala Lumpur dan 20 minit dari Putrajaya.

Mines tidak jauh dari Serdang, Kajang , Sungai Besi, Puchong, UKM, UPM , Pelabuhan Utara,Pelabuhan Selatan, Shah Alam, Petaling Jaya, Kuala Lumpur City Centre, Salak Selatan (Salak South), Klang, Subang Jaya, RTM, West Port (Pelabuhan Barat), KLIA, Cyberview Lodge Resort, Putrajaya, Koridor Raya Multimedia (MSC), Astro,

Jalan berhampiran ialah Jalan Sungai Besi, Jalan Balakong dan Jalan Kuda Emas. Kelab lumba Kuda Selangor, Sungei Besi hanya 3 km sahaja. Lebuh raya berhampiran ialah Lebuhraya BESRAYA, Lebuh raya Lembah Kelang Baru / New Klang Valley Expressway (NKVE) dan Lebuh raya Persekutuan (Federal Highway Route 3). Selain itu dekat dengan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuh raya Kuala-Lumpur Seremban,Plaza Tol KL-Seremban dan Plaza Tol Sungai Besi Tol.

Untuk pengangkutan awam, pengguna boleh capai kawasan ini dengan menaiki KTM Komuter dan turun di Stesen Keretapi Serdang.

Tempat Menarik[sunting | sunting sumber]

  • Palace of the Golden Horses
  • The Mines Resort & Golf club
  • The Mines Beach Resort & Spa
  • The Mines Shopping Fair
  • Malaysia International Echibition & Showroom (M.I.N.E.S)
  • The Mines Wonderland
  • The Mines Waterfront Business Park

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]