Miura Haruma
|
|
Rencana biografi ini memerlukan petikan tambahan untuk pengesahan. Sila bantu dengan menambah sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak bersumber atau yang boleh menimbulkan kontroversi harus diundurkan dengan segera, khususnya jika berunsur fitnah dan membawa keburukan. (April 2009) (Cari sumber: Miura Haruma – berita, buku, Google Scholar) |
| Haruma Miura 三浦 春馬 |
|
|---|---|
| Lahir | 05 April 1990 (23 tahun) Ibaraki, Jepun |
| Pekerjaan | Pelakon, penyanyi |
| Tahun aktif | 1997—kini |
| Laman web | |
| http://www.amuse.co.jp/haruma/index.html | |
Haruma Miura (三浦 春馬 Miura Haruma?) (dilahirkan pada 5 April 1990) ialah seorang pelakon dan penyanyi Jepun. Dia bernaung di bawah Amuse Agency, dan debut sebagai salah seorang anggota sebuah kumpulan J-Pop Brash Brats. Bagaimana pun, aktiviti mereka terhenti manakala Haruma masih aktif berlakon. Dia memperoleh populariti melalui Gokusen 3 dan filem 2007 Koizora. Dia memegang watak utama buat pertama kalinya dalam drama yang diadaptasi daripada komik, Bloody Monday.
Isi kandungan |
Karier [sunting]
Miura debut dalam drama NHK Agri pada usia tujuh tahun. Dia didaftarkan di Studio Pelakon Tsukuba dan ketika masih berlakon, membentuk kumpulan Brash Brats bersama dua pelajar lain. Apabila Studio Pelakon Tsukuba ditutup, Miura dan ahli kumpulan menyertai Amuse Agency.
Tidak lama kemudian Miura memperoleh pengiktirafan selepas membintangi beberapa drama seperti Fight. Dalam tempoh ini, aktiviti Brash Brats terhenti manakala Miura meneruskan karier lakonannya.
Dia membintangi wayang Koizora, sebuah wayang yang berdasarkan sebuah novel telefon bimbit popular. Ia ditayangkan pada musim luruh 2007.[1] Pada tahun yang sama, dia membintangi wayang Negative Happy Chainsaw Edge yang turut dibintangi Hayato Ichihara.[2] Pada tahun 2008, dia membintangi di sebalik Juri Ueno dalam Naoko dan memenangi Anugerah Pendatang Baru Grand Prix Sponichi dalam Majlis Anugerah Filem Mainichi ke-63 pada tahun 2009 untuk wataknya.[3] Dia juga menerima anugerah pendatang baru dalam Majlis Anugerah Akademi Jepun ke-31 pada 15 Februari 2008.[4]
Miura kemudian membintangi drama-drama seperti Binbō Danshi dan Gokusen musim ketiga sebagai watak sokongan utama.[5] Popularitinya yang semakin meningkat menyebabkannya menjadi watak utama Takagi Fujimaru dalam drama berasaskan komik Bloody Monday, dalam drama itu dia memegang watak penggodam komputer yang jenius cuba menghalang pelepasan virus biologi daripada sebuah organisasi pengganas. Drama musim luruh ini juga turut dibintangi pelakon yang bernaung di bawah Amuse Takeru Sato.[6]
Pada bulan Februari 2009, dia merupakan salah seorang penerima anugerah pendatang baru pada majlis Anugerah Elan d'or 2009.[7] Miura membintangi Crows Zero II yang merupakan lanjutan bagi Crows Zero dan dipertemukan semula dengan pelakon Shun Oguri yang pernah sama-sama membintangi drama Binbō Danshi.[8] Ia dipentaskan di teater pada 11 April 2009. Sebuah filem Gokusen ditayangkan pada bulan Julai yang mengetengahkan kembali Miura sebagai pendokong watak Ren Kazama.[9] Bermula 20 Jun 2009 sehingga 26 Julai 2009, Miura membintangi persembahan pentas pertamanya yang bertajuk Hoshi no Daichi ni Furu Namida.[10] Pada 2 September 2009, Miura diumumkan akan memegang watak utama dalam drama NTV yang berjudul Samurai High School.[11]
Kehidupan peribadi [sunting]
Dia adalah rakan karib Sato Takeru memandangkan mereka berdua bernaung di bawah agenci yang sama (Amuse) dan juga pergi ke New York bersama-sama bagi menjalani penggambaran rancangan dokumentari yang diterbitkan pada tahun 2010 dalam bentuk DVD.
Filmografi [sunting]
- Huruf tebal and condong menandakan watak utama
- Huruf tebal menandakan watak sokongan utama.
Drama [sunting]
| Tahun | Stesen penyiaran | Judul dalam bahasa Inggeris | Judul dalam bahasa Jepun | Terjemahan dalam bahasa Inggeris | Watak |
|---|---|---|---|---|---|
| 1997 | NHK | Ugly | あぐり | - | Shoutarou |
| 1999 | TV Asahi | Doyo Wide Gekijo | 土曜ワイド劇場 | Saturday Night at the Theater | Ichitaro Wakui |
| 2000 | TBS | Sleep in the Rain | 雨に眠れ | - | Keita Nakahara |
| TBS | Manatsu no Merry Christmas | 真夏のメリークリスマス | Merry Christmas in Summer | Young Ryo Kinoshita | |
| 2003 | NHK | Musashi | 武蔵 | - | Jotaro |
| 2005 | Fuji TV | Division 1 Aozora Koi Hoshi (Stage 11) | ディビジョン1 青空恋星 | Division 1 Blue Sky Love Star | Keita Ishikawa |
| NHK | Fight | ファイト | - | Kiyoshi Okabe | |
| TBS | Ima Ai ni Yukimasu | いま、会いにゆきます | I'm Coming to See You | Akihiro Kudou | |
| 2006 | Fuji TV | Unfair | アンフェア | - | Yutaka Saitō |
| NHK | Komyo ga Tsuji | 功名が辻 | Tsuji is Lucky | ||
| WOWOW | Children | チルドレン | - | Shirou Kihara | |
| NTV | 14 Sai no Haha | 14才の母 | 14-year-old Mother | Satoshi Kirino | |
| 2008 | NTV | Binbō Danshi | 貧乏男子 | Poor Boy | Ryo Shiraishi |
| NTV | Gokusen 3 | ごくせん 3 | - | Ren Kazama | |
| Fuji TV | Galileo SP | ガリレオΦ(エピソードゼロ) | Galileo: Episode Zero | Young Manabu | |
| TBS | Bloody Monday | ブラッディ・マンデイ | - | Fujimaru Takagi | |
| 2009 | NTV | Samurai High School | サムライ・ハイスクール | - | Kotaro Mochizuki |
| 2010 | TBS | Bloody Monday Season 2 | ブラッディ・マンデイ Season2〜絶望ノ匣〜 | Bloody Monday Season2〜Pandora's Box〜 | Fujimaru Takagi |
| 2011 | Fuji TV | Taisetsu na Koto wa Subete Kimi ga Oshiete Kureta | 大切なことはすべて君が教えてくれた | The important things are everything that you taught me | Kashiwagi Shuji |
Filem [sunting]
| Tahun | Judul dalam bahasa Inggeris | Judul dalam bahasa Jepun | Judul dalam rumi | Watak |
|---|---|---|---|---|
| 1999 | Nile | ナイル | Nairu | Umi Nishiyama |
| Jubaku Spellbound | 金融腐食列島~呪縛~ | Kinyuu Fushoku Rettou ~Jubaku~ | Kouichi Kitano | |
| 2001 | Thousand Years of Love — The Tale of Shining Genji | 千年の恋~ひかる源氏物語~ | Sennen no Koi ~Hikaru Genji Monogatari~ | |
| 2002 | The School in the Woods | 森の学校 | Mori no Gakkō | Masao Kawai |
| 2006 | Catch A Wave | キャッチ ア ウェーブ | Kyachi A Wēbu | Taiyou Sasaki |
| Akihabara@DEEP | アキハバラ@DEEP | Akihabara Atto Dīpu | Izumu | |
| 2007 | Sky of Love | 恋空 | Koizora | Hiroki Sakurai, "Hiro" |
| Negative Happy Chainsaw Edge | ネガティブハッピー・チェーンソーエッヂ | Negatibu Happii Chēnsō Ejji | Noto | |
| 2008 | Naoko | 奈緒子 | Naoko | Yusuke Iki |
| 2009 | Crows ZERO II | クローズzero II | Kurōzu Zero Tsu | Tatsuya Bito |
| Gokusen: The Movie | ごくせん The Movie | Gokusen: The Movie | Ren Kazama | |
| 2010 | Kimi ni Todoke | 君に届け | Kimi ni Todoke | Shota Kazehaya |
| 2011 | Tokyo Park | 東京公園 | Tokyo Kouen | Koji |
Video muzik [sunting]
- Umaku Ienai (うまく言えない?) oleh Yuzu
Iklan [sunting]
- REGZA Phone IS04 (2011)
- Ajinomoto’s Knorr Cup Soup (2010)
- Monster Hunter Portable 3rd (2010)
- O~i Ocha New Tea 「いっきに芽吹く」 (2010)
- Crymson 「RUSS-K」 (2010)
- JR East Japan Railway Company 「MY FIRST AOMORI」 Campaign (2010)
- CASIO Computer 「EXILIM」 (2009)
- Shiseido 「Uno FOG BAR」 (2009)
- FACIL Contact Lens (2009)
- Tokyo-Mitsubishi UFJ Bank (2009)
- Puchi - Campaign (2009)
- Puchi - Arubaito (2009)
- Ito En - O~i Ocha New Tea (2009)
- Bourbon - Puchishirizu Part 2 (2009)
- Puchi (2008)
- Sega Amusement Image Character (2008)
- Bourbon - Puchishirizu (2008)
- Ito En - O~i Ocha (2008)
- Circle K Sunkus - Funwari Sandwich (2006)
- Benesse Corporation (2005)
Anugerah [sunting]
"Rookie of the Year" - 2009 Elan D’or Award - 5 Februari 2009
"Rookie of the Year" - 2008 (kali ke-31) Japan Academy Prize - 15 Februari 2008
Buku bergambar [sunting]
- Tabun (たぶん?) (2007)
- Letters (2008)
- Switch (2010)
Teater [sunting]
- Hoshi No Daichi Ni Furu Namida (星の大地に降る涙?) (2009)
Rujukan [sunting]
- ↑ "Koide, Miura join Aragaki in 'Koizora'". Tokyograph. May 3, 2007. http://www.tokyograph.com/news/id-984. Capaian November 15, 2009.
- ↑ "Ichihara stars in "Negative Happy Chainsaw Edge"". Tokyograph. April 7, 2007. http://www.tokyograph.com/news/id-855. Capaian November 15, 2009.
- ↑ "Mainichi Film Awards: "Okuribito" takes top prize". Tokyograph. January 22, 2009. http://www.tokyograph.com/news/id-4324. Capaian November 15, 2009.
- ↑ ""Tokyo Tower" dominates Japan Academy Awards". Tokyograph. February 15, 2008. http://www.tokyograph.com/news/id-2568. Capaian November 15, 2009.
- ↑ ""Gokusen 3" cast revealed". Tokyograph. February 8, 2008. http://www.tokyograph.com/news/id-2526. Capaian November 15, 2009.
- ↑ "Haruma Miura to star in "Bloody Monday"". Tokyograph. August 20, 2008. http://www.tokyograph.com/news/id-3672. Capaian November 15, 2009.
- ↑ "2009 Elan d'or Awards". Tokyograph. February 6, 2009. http://www.tokyograph.com/news/id-4394. Capaian November 15, 2009.
- ↑ "Haruma Miura joins "Crows Zero II" as Oguri's rival". Tokyograph. August 26, 2008. http://www.tokyograph.com/news/id-3694. Capaian November 15, 2009.
- ↑ ""Gokusen" goes to the big screen". Tokyograph. March 4, 2009. http://www.tokyograph.com/news/id-4486. Capaian November 15, 2009.
- ↑ "Haruma Miura takes to the stage". Tokyograph. December 8, 2008. http://www.tokyograph.com/news/id-4147. Capaian November 15, 2009.
- ↑ "Haruma Miura stars in "Samurai Seventeen" drama". Tokyograph. September 2, 2009. http://www.tokyograph.com/news/id-5220. Capaian November 15, 2009.
Pautan luar [sunting]
- Laman rasmi (Bahasa Jepun)
- Profil rasmi (Bahasa Jepun)