Muid Latif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Muid Latif
Kelahiran Abdul Muid Abdul Latif
Febuari 24, 1979
Georgetown, Pulau Pinang, Malaysia
Warganegara Malaysia Malaysia
Bidang Grafik, Seni tampak, Seni digital, Media digital, Pekerjaan:Artis Digital, Pereka Grafik & Laman Web, Duta Behance Malaysia, Ahli Lembaga Creative Commons Malaysia
Nama pena Muid, Moed, Mr Moed
Karya terkenal Oriental Art Series, Kuda Kepang Series,
Anugerah
MSC APICTA 2002 Best Student, WebCuts 2006 Best Selection, Malaysian Book of Records for longest banner for 1998 Commonwealth Games, Commendation by Datuk Jamaludin Jarjis untuk pembabitan dan persembahan terbaik Pameran Ilmuan Sains Dalam Tamadun Islam, 2007, Malaysian Books of Records (Longest Comic Banner in Group), 2008.


Muid Latif (Dilahirkan 24 Febuari 1979) ialah seorang pereka laman web dan artis digital yang berasal dari Malaysia yang secara aktif mempromosikan seni kebudayaan Asia Tenggara dari pengaruh Batik dan unsur lain dalam karya digitalnya.

Isi kandungan

Biografi [sunting]

Setelah mendapat gelaran Sarjana Seni Halus dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor, Malaysia pada tahun 2001, Muid bekerja di beberapa agensi dan syarikat dengan menyediakan rekaan kreatif untuk kempen online pembinaan dan mengemaskini laman web seperti Maxis Hotlink, Petronas Petrosains Discovery Centre, Toyota, Microsoft Singapura dan banyak lagi sebelum menjinakkan diri menggunakan aplikasi Adobe Photoshop pada tahun 1997. Muid adalah penyokong aktif gerakkan Creative Commons dan salah seorang ahli lembaga Creative Commons Malaysia. Muid menubuhkan Digital Malaya Project (DMP).[1], sebuah kolektif kumpulan seniman yang menyokong pembangunan dan perkembangan industri kreatif multimedia di Malaysia sejak laman web ini dimulakan pada tahun 2001. Projek Digital Malaya, yang menyokong perkembangan seni lukis dan reka tempatan lebih dari sedekad, telah mengambil bahagian dalam pameran-pameran seni dari Malaysia ke Singapura, Jakarta, Bangkok, Jepun & Jerman, dan telah terlibat dalam projek dan kempen berbentuk pro-bono bersama perbadanan Kaunsil AIDS Malaysia dan badan-badan bukan kerajaan lain seperti Yayasan Kepimpinan Perdana. Digital Malaya Project dicalonkan sebagai pilihan terbaik ('Best Selection') di dalam Anugerah WebCuts 2006 yang diadakan di Jerman[2] dan finalis kepada Anugarah APICTA (MSC Malaysia) 2002 didalam kategori ‘Best Student Awards’. Muid terlibat sebagai duta untuk Kuala Lumpur Design Week (KLDW) 2009 dan 2010 dan juga membuat kolaborasi bersama pereka-pereka kontemporari dengan negara jiran di Asia Tenggara seperti Drew Europeo, Tony Ariawan, Amenth, Firdaus Mahadi dan banyak yang lain. Beliau juga dilantik menjadi Duta Behance mewakili Malaysia untuk memperkembangkan penggunaan portal behance.net untuk melopori dan mempromosikan bakat-bakat kreatif.

Muid juga terlibat sebagai salah satu juri final untuk Anugerak Web Filipina yang ke-6 & ke-8 bersama guru Flash, Joshua Davis, Adhemas Batista & Carole Guevin, dan juri kepada Anugerah Kre8tif! MSC Malaysia pada tahun 2009 & 2010.

Muid juga memberikan sumbangan kepada Malaysia Book of Records sebagai ilustrator untuk Banner Komik Terpanjang di Asia bertarikh Mac 2008, bertempat di PTWC, Kuala Lumpur sempena Comic Fiesta dan merupakan perunding kreatif untuk Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC) setelah bekerja dengan produksi animasi tempatan yang mengeluarkan animasi 3D pertama; "Saladin, The Animated Series"[3].

Pada bulan Oktober 2010, Muid menjadi Artis Digital Pertama di Malaysia untuk melakukan persembahan seni digital secara langsung (Dengan menggunakan Adobe Photoshop) bersama-sama dengan Okestra Dewan Filharmonik Petronas di bawah konduktor berbakat, Harish Shankar, sempena Festival Seni KLCC 2010 [4].

Muid kini bekerja sebagai pereka dan pakar Media Baru bebas, turut memberikan ceramah kreatif di beberapa institusi seni tempatan, menjadi sukarelawan untuk kerja-kerja amal mengendalikan pelbagai kempen dan projek termasuk penulisan kreatif untuk majalah-majalah tempatan seperti 'Cutout', 'Art Malaysia' dan majalah grafik 'Territory'. Muid juga masih aktif mereka dan membangun laman web dan multimedia untuk portfolio beliau diantaranya ialah Puteri Gunung Ledang: Muzikal Musim ke-3[5], Jeff Timmons (Dari Kumpulan 98 Degrees, Amerika Syarikat), rekaan kulit album artis tempatan seperti penyanyi Jazz, Atilia Haron[6], Elvira Arul, artis luar negara dan sebagainya.

Pengaruh [sunting]

Muid adalah generasi kedua dari Artis digital di Malaysia bersama dengan Artis digital seperti Aadi Salman (Novel Grafis 'Silent Hill'), Milx (yang bekerja dengan Marvel untuk komik Silver Surfer , Fytullah Hamzah (Kromosom), Tan Jin ho, dan lain-lain. Untuk nama beberapa Generasi Digital Artis Pertama di Malaysia ialah Dato Lat, Hassan Mutalib, Niranjan Rajah, Hasnul Jamal Saidon, Kamal Sabran, Roopesh Sitharan, dan lain-lain yang memulakan gerakan Seni Elektronik dan Seni Digital di Malaysia. Muid banyak dipengaruhi dengan karya arwah Ismail Zain (Bapa Seni Digital Malaysia). Antara pengaruh lain dalam karya digital Muid ialah seperti Joshua Davis (Amerika Syarikat), Drew Europeo (Filipina), Adhemas Batista (Brazil), Michael Paul Young (Amerika / Thailand), Mike China (Amerika Syarikat), Masashi Kishimoto (Jepun), Morimoto Koji (Jepun), Mehdi Saeedi (Iran), Datuk Lat (Malaysia), Ibrahim Hussein (Malaysia), Shieko Hussein (Malaysia), Actiontintoy (Malaysia) & Zid (Malaysia).

Rujukan [sunting]

  1. Digital Malaya Project http://www.digitalmalaya.com
  2. Webcuts 06 Official Site http://www.webcuts.org/2006/index_en.html
  3. Saladin http://www.saladin.tv
  4. Dhanagunan, Laviinia (2010-11-01). "Showbiz: Painting to an orchestral beat". News Straits Times. http://www.nst.com.my/nst/articles/Showbiz_Paintingtoanorchestralbeat/Article. Capaian 2010-11-01. 
  5. Laman Rasmi Puteri Gunung Ledang: Muzikal, Musim 3 http://www.enfiniti.com.my/pglm3/
  6. Atilia Haron http://www.atilia.us


Pautan luar [sunting]