Norshahrul Idlan Talaha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

[[Category:]]

Norshahrul Idlan
Maklumat peribadi
Nama penuh Norshahrul Idlan Talaha
Tarikh lahir 8 Jun 1986 (27 tahun)
Tempat lahir Besut, Terengganu, Malaysia
Tinggi 1.73 m (5 ka 8 in)
Posisi permainan Penyerang (Striker)
Maklumat kelab
Kelab terkini Darul Takzim FC
Nombor 9
Kerjaya remaja
Perak FA Piala Presiden
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2003-2005 Perak FA 7 (0)
2006 Negeri Sembilan FA 28 (14)
2007-2009 UPB-MyTeam 75 (41)
2010-2012 Kelantan FA 70 (36)
2013- Darul Takzim FC 35 (10)
Pasukan kebangsaan
2003-2004 Malaysia Malaysia B-21 10 (2)
2006-2010 Malaysia Malaysia B-23 14 (5)
2007-kini Malaysia Malaysia 38 (6)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 26 November 2012.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 2 Disember 2012

Norshahrul Idlan Talaha (lahir pada 8 Jun 1986 di Besut, Terengganu), sebelum hidup berkahwin di Kota Bharu, Kelantan, pada masa ini tinggal di Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau adalah pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dan telah menjadi pemain ternama semasa bermain dengan Kelantan FA. Pada masa ini beliau bermain untuk pasukan Johor Darul Takzim FC di Liga Super Malaysia sebagai pemain penyerang. Dengan lariannya yang kencang, kemahiran menggelicik dan menyerang secara bersendirian,[perlu rujukan] banyak pihak mempertimbangkan beliau sebagai penyerang terbaik di Malaysia pada zaman ini selepas memenangi kategori Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Bernilai buat tahun ketiga berturut-turut pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Perak FA[sunting | sunting sumber]

Walaupun Norshahrul dilahirkan di Besut, Terengganu tetapi beliau telah berpindah ke negeri Perak semasa beliau berusia 3 tahun. Beliau menyertai sekolah tempatan dan mula bermain bagi pasukan Piala Presiden Perak semasa berusia 14 tahun. Kemudian, beliau dinaikkan taraf untuk bermain bagi pasukan senior Perak pada tahun 2003. Kebanyakannya beliau adalah pemain gantian bagi Perak dan kadangkala bermain bagi pasukan simpanan. Selepas itu, beliau ditawarkan untuk bermain bagi pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bawah 20 tahun di Kejohanan Belia AFC 2004 yang telah diadakan di Malaysia. Beliau telah menghasilkan tendangan jauh dan menjaringkan satu gol bagi Malaysia. Kemudiannya Malaysia hanya layak ke suku akhir. Selepas kejohanan ini, beliau menjadi penyerang biasa bagi Perak.

Negeri Sembilan FA[sunting | sunting sumber]

Norshahrul menyertai Negeri Sembilan FA pada 2006 hanya untuk bermain selama setahun.

UPB-MyTeam FC[sunting | sunting sumber]

Kemudian beliau ditawarkan untuk menyertai kelab yang baru dibentuk, UPB-MyTeam FC. Beliau adalah salah seorang daripada pemain utama dan menjadi penjaring terbanyak sebanyak 14 gol.[perlu rujukan]

Kelantan FA[sunting | sunting sumber]

Selepas UPB-MyTeam FC ditamatkan perkhidmatannya, beliau menyertai Kelantan FA. Beliau menjadi penjaring terbanyak semasa musim pertamanya di Kelantan FA. Semasa ketiga-tiga musim dengan Kelantan FA, beliau mencapai banyak kejayaan bersama-sama dengan pasukan khususnya pada musim 2012 selepas membantu pasukannya menyempurnakan treble dengan memenangi Piala Malaysia 2012. Beliau juga telah memenangi banyak anugerah individu seperti Anugerah Bolasepak Kebangsaan sebagai Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Bernilai.

Darul Takzim FC[sunting | sunting sumber]

Selepas tiga musim di kelab terbaik Malaysia, Norshahrul meninggalkan Kelantan FA untuk menyertai Darul Takzim FC dengan yuran perpindahan yang tidak dinyatakan, dipercayai sekitar RM1 juta (Masih belum dipastikan kerana masih lagi di dalam peringkat rundingan). [2]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Norshahrul mewakili pasukan Malaysia sejak dari peringkat remaja lagi. Dia pernah bermain di kejohanan Belia Asia 2004. Dia juga salah seorang anggota pasukan yang memenangi Pestabola Merdeka 2007.

Norshahrul mendapat kaps pertama dalam perlawanan antarabangsa 'A' ketika menentang Bahrain pada 28 Oktober 2007 ketika menggantikan Sumardi Hajalan.

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Tempat Lawan Keputusan Perlawanan
1. 2 Disember, 2009 Vientiane, Laos  Timor-Leste 11-0 (M) Sukan Asia Tenggara 2009

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Pertandingan Pasukan Catatan
2010 Liga Super Malaysia Kelantan Kelantan FA Naib Juara (Format Liga)
Piala Malaysia Kelantan Kelantan FA Juara
2011 Piala Sumbangsih Kelantan Kelantan FA Juara
Piala FA Kelantan Kelantan FA Naib Juara
Liga Super Malaysia Kelantan Kelantan FA Juara (Format Liga)
2012 Piala Sumbangsih Kelantan Kelantan FA Naib Juara
Piala FA Kelantan Kelantan FA Juara
Liga Super Malaysia Kelantan Kelantan FA Juara (Format Liga)
Piala Malaysia Kelantan Kelantan FA Juara
2013 Liga Super Malaysia Johor Darul Takzim FC Tempat ketiga (Format Liga)
Piala FA Malaysia Johor Darul Takzim FC Naib Juara

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Norshahrul menerima Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 42.

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Musim Kategori
2012 Pemain Paling Bernilai Supermokh[3]
2012 Penyerang Terbaik[3]
2011 Pemain Paling Bernilai Supermokh[1]
2011 Penyerang Terbaik[1]
2010 Pemain Paling Bernilai[1]
2010 Penyerang Terbaik[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 Nor Aziran Yunus. "Norshahrul terbaik". Dicapai pada 1 November 2013. 
  2. RM1 juta berbaloi untuk dapatkan Mat Yo, Utusan Online, 4 November 2012
  3. 3.0 3.1 Syed Riduan Ahmad. "Kelantan kuasai anugerah bola sepak", 09-10-13. Dicapai pada 1 November 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]