Panda Gergasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Panda Gergasi
Panda di Zoo San Diego, A.S.
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Mamalia
Order: Carnivora
Famili: Ursidae
Genus: Ailuropoda
Spesies: A. melanoleuca
Nama binomial
Ailuropoda melanoleuca
(David, 1869)
Subspesies
Taburan Panda Gergasi

Panda Gergasi (bahasa Cina: 熊貓; pinyin: xióng māo), Ailuropoda melanoleuca ("kaki-kucing hitam-dan-putih = black-and-white cat-foot"), merupakan sejenis mamalia sekarang dikelaskan dalam keluarga beruang (Ursidae), yang berasal dari China tengah. Panda Gergasi hidup di kawasan pergunungan, seperti Sichuan dan Tibet. Pada akhir separuh abad ke-20, Panda menjadi lambang kebangsaan bagi Republik Rakyat China, dan sekarang digunakan dalam syiling emas Republik Rakyat China.

Nama Cinanya bererti "beruang-kucing," dan boleh juga dibaca terbalik bagi maksud yang sama. Julukan dunia Barat dinamakan menurut Panda Merah. Ia dahulunya dikenali sebagai Beruang Bersalin Kulit - Mottled Bear (Ailuropus melanoleucus).

Walaupun diketahui secara taksonomi sebagai maging, permakanan mereka hampir keseluruhannya maun. Malah, ia hidup hampir sepenuhnya memakan buluh. Secara teknikal, seperti kebanyakan haiwan, mereka adalah maserba, kerana pandas diketahui memakan telur, dan mereka memakan serangga bersama diet buluh mereka. Ia adalah sumber protein yang diperlukan.

Panda Gergasi juga merupakan saudara jauh Panda Merah, tetapi perkongsian nama kelihatannya diambil dari diet buluh yang sama. Sehingga kaitannya dengan Panda Merah diketahui pada 1901, Panda Gergasi dikenali sebagai beruang separuh warna.

Selama beberapa dekad pengkelasan taksonomi tepat diperbahaskan kerana kedua-dua Panda Gergasi dan Panda Merah berkongsi ciri-ciri beruang dan rakon (raccoon). Bagaimanapun, ujian genetik menunjukkan bahawa Panda Gergasi adalah beruang sebenar dan sebahagian dari keluarga Ursidae. Saudara beruang paling dekat adalah Beruang Spectacled dari Amerika Selatan. Pertenglikahan kekal samaada Panda Merah tergolong dalam keluarga Ursidae atau dalam keluarga rakon, Procyonidae.

Pandas Gergasi merupakan spesies terancam, diancam oleh kehilangan habitat berterusan dan kadar kelahiran yang rendah, kedua-dua yang hidup liar atau dalam kurungan. Sebanyak 1,600 dipercayai masih hidup di dalam hutan (2004). Panda Gergasi merupakan simbol (World Wildlife Fund) (WWF), organisasi pengekalan (http://www.wwf.org).

Panda Gergasi mempunyai tapak tangan luar biasa, dengan "ibu jari" dan lima jari; "ibu jari" merupakan tulang pergelangan tangan yang diubahsuai. Stephen Jay Gould menulis rencana mengenai hal ini, dan kemudiannya menggunakan judul Ibu Jari Panda - (The Panda's Thumb) sebagai buku untuk himpunan rencana-rencana.

Panda Gergasi mula-mula diperkenalkan kepada Barat pada tahun 1869 oleh missionari Perancis, Armand David (18261900). Panda Gergasi telah lama menjadi kegemaran orang awam, sebahagiannya disebabkan spesies ini comel seperti bayi yang menjadikannya seperti teddy bear hidup. Tambahan lagi, ia sering digambarkan bersandar dengan aman sambil memakan buluh, menambahkan lagi kepada gambaran kesuciannya.

Pinjaman Panda Gergasi kepada zoo Amerika Syarikat dan Jepun membentuk diplomatik penting bagi negeri Republik Rakyat China pada 1970-an kerana ia menandakan pertukaran kebudayaan pertama antara RRC dan negara-negara Barat.

Menjelang tahun 1984, bagaimanapun, panda tidak lagi dugunakan sebagai ejen diplomat. Sebaliknya, China mula menawarkan panda kepada negara lain hanya untuk pinjaman 10-tahun. Pinjaman piawaian termasuk yuran yang mencecah AS$1,000,000 setahun dan syarat bahawa sebarang anak Panda yang lahir semasa pinjaman merupakan milik Republik Rakyat China.

Pada tahun 1998 satu saman difailkan oleh WWF mendorong Perkhidmatan Hidupan Liar dan Perikanan AMerika Syarikat - (U.S. Fish and Wildlife Service) memerlukan zoo Amerika Syarikat yang cuba mengimport panda untuk memastikan bahawa separuh daripada yuran yang dikenakan oleh China disalurkan kepada langkah pengekalan untuk panda liar dan habitat mereka sebelum perkhidmatan tersebut mengeluarkan permit membenarkan panda diimport.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Pusat Penyelidikan dan Pembiakan Panda di Chengdu

Panda Gergasi sebelum ini menghadapai masalah mengawan dalam kurungan. Pada Julai 2009, ahli sains China mengesahkan kelahiran anak panda pertama yang berjaya dibuntingi melalui permanian beradas menggunakan sperma yang dibekukan.[2] Panda tersebut dilahirkan pada 23 Julai pada pukul 07:41 di Sichuan sebagai anak ketiga You You, seekor panda 11-tahun.[2][3][4] Teknik untuk membekukan sperma dalam hidrogen cecair mula dimajukan pada 1980 dan kelahiran pertama ini disambut sebagai satu penyelesaian kekurangan mani panda yang membawa kepada pembiakbakaan dalam.[4][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Lü, Z, Wang, D. & Garshelis, D.L. (IUCN SSC Bear Specialist Group) (2008). Ailuropoda melanoleuca. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 8 Februari 2009.
  2. 2.0 2.1 "Baby panda born from frozen sperm". BBC. 25 Julai 2009. Diperoleh pada 2009-07-26. 
  3. "World's 1st giant panda born from frozen sperm in SW China". Xinhua News Agency. 24 Julai 2009. Diperoleh pada 2009-07-26. 
  4. 4.0 4.1 "First panda cub born using frozen sperm". The Irish Times. 25 Julai 2009. Diarkibkan daripada asal pada 2013-01-03. Diperoleh pada 2009-07-26. 
  5. "China announces first panda from frozen sperm". The Washington Post. 25 Julai 2009. Diperoleh pada 2009-07-26. 

Pautan zoo[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]