Pangsapuri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Apartment mengadap Central Park di tengah bandar Manhattan, Bandaraya New York, Amerika Syarikat.
Estet pangsapuri di Singapura. Blok sebegitu membentuk majoriti perumahan di Singapura.
Kompleks rumah pangsa di Gurgaon, India.
Bangunan pangsapuri di Teluk Inggeris kawasan Vancouver, British Columbia, Kanada.
Blok pangsapuri bata merah di Limehouse, di tebing utara Thames, London, England.

Pangsapuri atau apartment merupakan unit perumahan lengkap diri (sejenis harta tanah tempat tinggal yang merangkumi hanya sebahagian daripada bangunan. Bangunan sebegitu boleh dipanggil bangunan apartment, rumah pangsa, blok bangunan flat atau, kadang-kala blok rumah agam, terutamanya sekiranya ia terdiri daripada banyak unit untuk disewa. Apartment boleh dimiliki oleh pemilik/penduduk atau disewa oleh penyewa (dua jenis tempoh perumahan).

Istilah apartment digemari di Amerika Utara, manakala istilah flat biasanya, tetapi tidak ekslusif, digunakan di United Kingdom, Singapura, Hong Kong dan kebanyakan negara Komanwel.

Di Malaysia, flat sering kali digunakan bagi merujuk blok perumahan berkualiti rendah yang disasarkan kepada kelompok berpendapatan rendah, sementara apartment digunakan sebagai istilah meluas dan mungkin merakumi kondominium mewah.

Di Australia, istilah apartment memiliki makna sama seperti di A.S., manakala flat lazimnya merujuk kepada mana-mana hartanah untuk disewa, terutamanya yang dikongsi oleh pelajar atau kumpulan bukan keluarga.

Kelebihan[sunting | sunting sumber]

Keselamatan tinggi[sunting | sunting sumber]

Sesetengah bangunan pangsapuri memiliki tahap keselamatan yang lebih tinggi. Sebagai contoh, untuk memasuki bangunan keselamatan tinggi, seseorang itu perlu mengesahkan kad pintar mereka di pintu pagar. Manakala di sesetengah pangsapuri, kad pintar diperlukan untuk mengaktifkan lif. Selain itu, sebahagian rumah pangsa memiliki jeriji sebelum pintuk masuk ke apartment. Langkah keselamatan 2 atau 3-lapisan ini dalam kebanyakan kes akan menghalang serangan rumah dan kecurian. Sesetengah bangunan juga memiliki pengawal dan penjaga pintu bagi mengawal premis. Banyak pangsapuri moden kelas atasan memiliki videofon, membolehkan penghuni melihat dan memastikan identiti tetamu di pintu masuk bangunan sebelum membenarkan mereka masuk.

Kekurangan[sunting | sunting sumber]

Faktor cuaca[sunting | sunting sumber]

Bangunan tinggi menghasilkan bayangan yang luas pada bangunan berdekatan dengan itu mengurangkan jumlah cahaya matahari yang sampai ke situ. Ia turut memberi bayang pada ruang awam, mengurangkan nilai "amenity" dan yang merupakan sumber bernilai dalam bandar kepadatan serdahana. Gelodak angin juka mungkin masaalah besar pada aras tanah jika reka bentuk tidak mengambil kira faktor tersebut. Bayu dingin yang biasa pada musim panas juga mungkin terhalang bagi bangunan berdekatan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]