Pemulihan alam sekitar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pemulihan alam sekitar ialah bidang yang berkenaan dengan penghapusan pencemaran atau bahan kontaminasi dari:

Umumnya, pemulihan alam sekitar tertakluk kepada keperluan pengawalan dan juga boleh berdasarkan penilaian risiko kesihatan manusia dan ekologi, jika tiadanya piawai perundangan yang wujud atau jika piawainya hanya bersifat nasihat.


Piawai pemulihan[sunting | sunting sumber]

Di Amerika Syarikat, set Matlamat Pemulihan Awal (PRG: Preliminary Remediation Goals) yang paling menyeluruh ialah set daripada Environmental Protection Agency (EPA) Region 9 (Agensi Perlindungan Alam Sekitar Kawasan 9). Terdapat juga set piawai yang digunakan di Eropah yang seringnya digelar piawai Belanda. Kesatuan Eropah kini sedang merumuskan suatu piawai Eropah sepunya, walaupun kebanyakan negara perindustrian di Eropah memiliki piawai sendiri. Di Kanada, kebanyakan piawai pemulihan alam sekitar dirumuskan oleh provinsi masing-masing, tetapi Majlis Menteri Alam Sekitar Kanada memberikan panduan pada peringkat persekutuan dalam bentuk Canadian Environmental Quality Guidelines (Garis Panduan Kualiti Alam Sekitar Kanada) dan Canada-Wide Standards|Canada-Wide Standard for Petroleum Hydrocarbons in Soil (Piawai Seluruh Kanada|Piawai Seluruh Kanada untuk Hidrokarbon Petroleum dalam Tanah).

Penilaian tapak[sunting | sunting sumber]

Sebaik sahaja sesuatu tapak disyaki tercemar, penilaian pencemaran perlu dilakukan. Penilaian itu seringnya bermula dengan penyediaan Penilaian Tapak Persekitaran Fasa I. Penggunaan sejarah tapak dan bahan-bahan yang digunakan dan dihasilkan di tapak itu dapat memandu strategi penilaian serta jenis pensampelan dan analisis kimia yang perlu dilakukan. Tapak-tapak berhampiran yang dimiliki oleh syarikat yang sama atau yang ditebus guna, diratakan atau diisi dengan tanah juga boleh mengalami pencemaran walaupun guna tanah terkini kelihatan tidak berbahaya. Misalnya, sebuah tempat letak kereta mungkin diratakan dengan menggunakan sisa terkontaminasi. Yang juga perlu dipertimbangkan iala pemalaan tanah di tapak-tapak berhampiran yang diakibatkan oleh pancaran berdekad-dekad pada tanah, air bumi, dan udara. Habuk siling, tanah atas, air permukaan dan air bumi di harta tanah juga harus diuji, kedua-dua sebelum dan selepas sebarang pemulihan. Bagaimanapun, langkah ini sering merupakan suatu langkah yang penuh dengan perbalahan kerana:

  1. Tiada orang yang ingin membayar kos pembersihan tapak;
  2. Jika harta tanah yang berhampiran didapati tercemar, dapatan itu akan dicatat pada hak milik tanah dan mungkin boleh menjejaskan nilai harta tanah itu;
  3. Tiada orang yang ingin membayar kos penilaian.

Perbadanan-perbadanan yang membuat laporan ujian sukarela pada tapak mereka seringnya dilindungi oleh agensi alam sekitar daripada diumumkan di bawah Freedom of Information Act (Akta Kebebasan Maklumat). Walaupun demikian, siasatan "Kebebasan Maklumat" seringnya akan mengumumkan dokumen-dokumen lain yang tidak dilindungi atau akan merujuk kepada laporan ujian sukarela tersebut.

Membiayai pemulihan[sunting | sunting sumber]

Di Amerika Syarikat, terdapat mekanisme untuk mengenakan cukai pada industri-industri pencemar bagi membentuk Superdana demi memulihkan tapak-tapak terbiar, atau untuk membuat litigasi supaya dapat memaksa perbadanan-perbadanan agar memulihkan tapak masing-masing yang tercemar. Negara-negara yang lain mempunyai mekanisme yang lain dan seringnya, tapak sedemikian dizon semula menjadi guna tanah yang bernilai lebih tinggi (seperti perumahan kepadatan tinggi) selepas pembersihan dilakukan. Insentif ini bertujuan untuk menggalakkan para pemaju supaya membeli tanah terbiar atau tanah terkontaminasi untuk dibersihkan dan dibangunkan semula, seringnya sebagai apartmen (unit rumah).

Teknologi pemulihan[sunting | sunting sumber]

Terdapat banyak teknologi pemulihan alam sekitar yang berbeza-beza. Kesemua teknologi tersebut boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu kaedah ex situ dan kaedah in situ. Kaedah ex situ membabitkan penggalian tanah yang terjejas dan kemudiannya perawatan tanah di permukaan bumi, manakala kaedah in situ merawat kontaminasi tanpa sebarang pemindahan tanah.

Pendekatan pemulihan yang lebih tradisional (digunakan pada tapak terkontaminasi sebagai pendekatan yang paling popular dari 1970-an sehingga 1990-an) terdiri terutamanya daripada penggalian dan pelupusan tanah sehingga "korek dan buang" tanah isian serta "pam dan rawat" air bumi. Sebaliknya, teknologi in situ merangkumi pemejalan dan penstabilan dan merupakan kaedah yang paling popular di Amerika Syarikat.

Penggalian atau pengorekan[sunting | sunting sumber]

Proses penggalian boleh mengambil bentuk semudah memindahkan tanah terkontaminasi ke tanah isian yang teratur. Walau bagaimanapun, jika adanya sebatian organik meruap (VOC), pengudaraan bahan korek perlu dilakukan. Tambahan lagi, pengorekan lumpur teluk dan tanah liat kelodak yang terkontaminasi juga perlu dilakukan jika pemalaan menjejaskan dasar sungai atau dasar teluk.

Pemulihan akuifer diperkuat surfaktan (SEAR - surfactant enhanced aquifer remediation)[sunting | sunting sumber]

Juga dikenali sebagai "pelarutan dan pemulihan", proses "pemulihan akuifer diperkuat surfaktan (SEAR) membabitkan penyuntikan agen pengurangan hidrokarbon atau surfaktan khusus ke dalam subpermukaan bagi meningkatkan penyaherapan dan pemulihan cecair fasa tak akueus (NAPL) yang terikat rapat.

Bagi bentukan geologi yang membenarkan penghantaran agen pengurangan hidrokarbon atau surfaktan khusus, pendekatan ini memberikan penyelesaian yang kos-berkesan dan kekal kepada tapak-tapak yang dahulunya tidak dapat diselesaikan dengan pendekatan-pendekatan pemulihan yang lain. Teknologi ini juga amat berkesan apabila digunakan sebagai langkah pertama dalam pendekatan pemulihan berbilang faset yang menggunakan SEAR diikuti oleh pengoksidasian in situ, peningkatan biopemulihan atau pengekstrakan wap tanah (SVE).

Pam dan rawat[sunting | sunting sumber]

Pam dan rawat membabitkan pengepaman air tanah terkontaminasi dengan menggunakan pam vakum tenggelam lalu menulenkan air itu dengan perlahan-lahan menerusi satu siri bekas yang mengandungi bahan-bahan yang direka bentuk untuk menjerap bahan pencemar dari air tersebut. Bagi tapak tercemar petroleum, bahan ini biasanya merupakan karbon diaktifkan dalam bentuk berbutir. Bahan uji kimia seperti bahan kelompok diikuti oleh turas pasir juga boleh digunakan untuk mengurangkan pencemaran air tanah. Penanggalan udara merupakan satu lagi kaedah yang berkesan terhadap bahan pencemar meruap seperti sebatian BTEX yang terdapat dalam gasolin.

Bagi kebanyakan bahan terbiodegradasikan seperti BTEX, MTBE dan kebanyakan hidrokarbon, bioreaktor boleh digunakan untuk membersihkan air terkontaminasi sehingga tahap tak boleh kesan. Kepekatan luahan air tanah yang amat rendah yang memenuhi atau mengatasi piawai luahan untuk kebanyakan bahan pencemar juga dapat dicapai menerusi bioreaktor lapisan terbendalir.

Bergantung kepada geologi dan jenis tanih, pam dan rawat boleh merupakan kaedah yang baik untuk mengurangkan kepekatan bahan pencemar yang tinggi. Walau bagaimanapun, keupayaannya untuk mencapai kepekatan yang cukup rendah supaya dapat memenuhi piawai-piawai pemulihan adalah lebih susah, akibat keseimbangan proses-proses penyerapan (kimia)/penyaherapan di dalam tanah.

Penstabilan tanah[sunting | sunting sumber]

Kerja pemejalan/penstabilan memiliki rekod prestasi yang agak baik, akan tetapi ia juga memiliki kelemahan yang serius yang berkenaan dengan ketahanan penyelesaian dan kesan jangka panjang yang berpotensi. Tambahan lagi, pemancaran CO2 yang diakibatkan oleh penggunakan simen juga merupakan suatu halangan yang utama terhadap penggunaannya secara meluas dalam projek-projek pemejalan/penstablilan.

Pemejalan/penstablilan (S/S) ialah teknologi pemulihan/perawatan yang bergantung kepada tindak balas antara pengikat dengan tanah untuk menghentikan/mencegah atau mengurangkan kebolehgerakan bahan pencemar.

  • Penstablilan - membabitkan penambahan bahan uji kepada bahan terkontaminasi (misalnya tanah atau enap cemar) untuk menghasilkan juzuk-juzuk yang lebih stabil secara kimia; dan
  • Pemejalan - membabitkan penambahan bahan uji kepada bahan terkontaminasi untuk memberikan kestabilan fizikal/berdimensi bagi membendung bahan pencemar di dalam produk pepejal dan menyekat kemasukan agen luar (misalnya, udara dan hujan).

S/S lazim merupakan suatu teknologi pemulihan yang mantap untuk tanah terkontaminasi serta juga suatu teknologi perawatan untuk sisa berbahaya di banyak negara. Walau bagaimanapun, kadar penerimaan teknologi-teknologi S/S agak sederhana, akibat sebilangan halangan yang termasuk:

  • penggunaan secara meluas tanah isian yang lebih murah;
  • kekurangan bimbingan teknikal yang berwibawa tentang S/S;
  • ketakpastian tentang ketahanan dan kadar pelepasan bahan pencemar daripada bahan-bahan yang dirawati S/S;
  • pengalaman amalan buruk yang lalu dalam penggunaan proses penstabilan simen untuk melupuskan buangan pada dekad 1980-an dan 1990-an; dan
  • liabiliti sisa yang berkaitan dengan bahan pencemar pegun yang tertinggal di tapak, berbanding dengan pemindahan atau penghapusan sisa.

Pengoksidasian in situ[sunting | sunting sumber]

Teknologi-teknologi pengoksidian in situ yang baharu semakin umum digunakan untuk merawat berbagai-bagai bahan pencemar tanah dan bahan pencemar air tanah. Pemulihan menerusi pengoksidian kimia membabitkan penyuntikan pengoksida yang kuat seperti hidrogen peroksida, gas ozon, kalium permanganat, atau persulfat-persulfat.

Gas oksigen atau udara ambien juga boleh disuntik sebagai pendekatan yang lebih sederhana. Walau bagaimanapun, salah satu kelemahan pendekatan ini ialah kemungkinan bahawa penghapusan bahan pencemar menerusi pelemahan semula jadi adalah kurang berkesan, jika bakteria yang biasa hidup di dalam tanah lebih menyukai persekitaran penurunan. Tambahan lagi, bergantung kepada hidrogeologi tapak, penyuntikan gas ke dalam air tanah juga boleh mengakibatkan bahan pencemar menular dengan lebih cepat daripada biasa.

Pengekstrakan wap tanah[sunting | sunting sumber]

Pengekstrakan Wap Tanah (SVE: soil vapor extraction) ialah teknologi pemulihan tanah yang berkesan, manakala "Pengekstrakan Berbilang Fasa" (MPE: Multi Phase Extraction) amat berkesan apabila tanah dan air tanah memerlukan pemulihan serentak. SVE dan MPE mempergunakan teknologi yang berbeza untuk merawat sebatian organik meruap (VOC) gas lepas yang dihasilkan selepas penghapusan udara dan wap (dan VOC) daripada subpermukaan menerusi vakum. Proses-proses tersebut melibatkan karbon diaktifkan berbutir (paling umum digunakan dari segi sejarah), pengoksidaan terma dan/atau bermangkin, dan pemeluwapan wap. Umumnya, karbon digunakan untuk arus wap berkepekatan VOC rendah (<500ppmV), pengoksidaan untuk arus berkepekatan VOC sederhana (sehingga 4,000 ppmV), dan pemeluwapan wap untuk arus berkepekatan VOC tinggi (>4,000 ppmV). Yang berikut ialah ringkasan untuk setiap teknologi:

  1. Karbon diaktifkan berbutir (GAC) digunakan untuk menuras udara dan air, khususnya air paip sink rumah. GAC ialah bahan penjerap yang sangat berliang. Ia dihasilkan dengan memanaskan jirim organik seperti arang, kayu dan tempurung tanpa udara lalu menghancurkannya menjadi butir. Karbon diaktifkan bercas positif dan oleh itu, berupaya menghilangkan ion negatif seperti ion organik, ozon, klorin, fluorida dan bahan organik terlarut di dalam air menerusi penjerapan. Karbon diaktifkan harus digantikan dari semasa ke semasa apabila ia menjadi tepu dan hilang keupayaannya untuk menjerap. Karbon diaktifkan tidak berkesan terhadap penghapusan logam berat.
  2. Pengoksidaan terma (atau penunuan) juga merupakan suatu teknologi pemulihan yang berkesan. Bagaimanapun, pendekatan ini agak berkontroversi kerana risiko dioksin yang dibebaskan ke dalam atmosfera menerusi gas ekzos atau gas lepas efluen. Walaupun demikian, risiko tersebut dapat ditiadakan menerusi penunuan suhu tinggi terkawal bersama-sama dengan penurasan gas ekzos. Dua teknologi yang berbeza boleh digunakan untuk mengoksidasi bahan pencemar arus wap yang dikeluarkan. Keputusan untuk memilih kaedah pengoksidaan terma atau kaedah pengoksidaan bermangkin bergantung kepada jenis dan kepekatan juzuk di dalam arus wap, berdasarkan bahagian per juta mengikut isi padu. Pengoksidaan terma lebih berguna untuk arus wap influen (yang memerlukan kurang gas asli) berkepekatan lebih tinggi (~4,000 ppmV), berbanding dengan pengoksidaan bermangkin pada ~2,000 ppmV.
    1. Pengoksidaan terma yang menggunakan sistem yang bertindak sebagai relau dan mengekalkan suhu antara 1350°F hingga 1500°F (730°C-815°C).
    2. Pengoksidaan bermangkin yang menggunakan mangkin di atas sangga untuk memudahkan pengoksidaan suhu lebih rendah. Sistem ini biasanya mengekalkan suhu antara 600°F hingga 800°F (315°C-430°C).
  3. Pemeluwapan wap merupakan teknologi perawatan gas lepas yang paling berkesan untuk arus wap berkepekatan VOC tinggi (>4,000 ppmV). Proses ini melibatkan pendinginan arus wap secara kriogenik sehingga 40°C ke bawah supaya VOC memeluwap dari arus wap menjadi bentuk cecair yang dikumpulkan di dalam bekas keluli. Bentuk cecair VOC dirujuk sebagai cecair fasa bukan akueus padat (DNAPL) apabila sumber cecair terdiri terutamanya daripada pelarut dan dirujuk sebagai cecair fasa bukan akueus ringan (LNAPL) apabila sumber cecair terdiri terutamanya daripada produk petroleum atau produk bahan api. Bahan kimia yang dihasilkan boleh digunakan semula atau dikitar semula dengan cara yang lebih dapat kekal dari segi persekitaran atau dengan cara hijau, berbanding dengan alternatif-alternatif yang diperihalkan di atas. Teknologi ini juga dikenali sebagai pendinginan dan pemampatan kriogenik (Teknologi C3).

Teknologi lain[sunting | sunting sumber]

Pengolahan masalah alam sekitar menerusi cara biologi dikenali sebagai "biopemulihan", dengan penggunaan tumbuh-tumbuhan dikenali sebagai fitopemulihan. Biopemulihan kekadang digunakan bersama-sama dengan sistem pam dan rawat. Dalam kaedah biopemulihan, bakteria, baik yang semula jadinya hidup mahupun dibiak dengan khasnya, digunakan untuk memakan bahan pencemar di dalam air tanah yang dikeluarkan. Ini kekadang dirujuk sebagai sistem bio gak. Air tanah dikitar semula berkali-kali untuk membenarkan air mengalir secara berterusan demi meningkatkan pertumbuhan populasi bakteria. Kekadangnya, bakteria boleh bertumbuh sehingga penurasan dan pengepaman terjejas. Bekas yang digunakan kemudian harus dikeringkan sebahagiannya. Ketelitian perlu diambil untuk memastikan bahawa pertukaran kimia air tanah yang mendadak tidak membunuh bakteria (misalnya, pertukaran pH yang mendadak).

Pengekstrakan dua fasa menggunakan sistem pengekstrakan wap tanah yang menghasilkan vakum tinggi dan menyebabkan pengekstrakan kedua-dua wap terkontaminasi serta sedikit air tanah terkontaminasi. Kaedah ini tidak begitu cekap kerana banyak tenaga diperlukan untuk menarik air menerusi vakum, bebanding dengan penggunaan pam tenggelam yang menolak air.

Perundingan komuniti dan maklumat[sunting | sunting sumber]

Untuk menyediakan sebarang pemulihan besar, perundingan komuniti yang terperinci harus diadakan. Penyokong cadangan perlu mengetahui kemudahan-kemudahan "sensitif" (masa depan) yang diperlukan seperti asuhan anak, sekolah, hospital, dan taman kanak-kanak, selain daripada kebimbangan dan kepentingan komuniti. Perundingan harus dijalankan berdasarkan kumpulan supaya setiap ahli komuniti diberitahu tentang isu-isu yang mereka mungkin tidak dapat berfikir secara sendirian. Seorang pengerusi bebas yang dapat diterima oleh kedua-dua pihak, iaitu penyokong cadangan dan komuniti, harus dilantik and jika yuran pengerusian dikenakan, belanja itu harus ditanggung oleh penyokong tersebut. Minit mesyuarat, termasuk soalan yang dikemukakan dan jawapannya, serta juga salinan penyampaian penyokong, harus disediakan dalam internet serta perpustakaan tempatan (termasuk juga perpustakaan sekolah) dan perpustakaan pusat masyarakat.

Risiko kesihatan tokokan[sunting | sunting sumber]

Risiko kesihatan tokokan ialah risiko tambahan yang penerima (biasanya, manusia yang tinggal berhampiran) akan menghadapi, baik kerana adanya projek pemulihan mahupun kerana ketiadaannya. Penggunaan risiko kesihatan tokokan berdasarkan kesan karsinogen serta kesan-kesan yang lain (seperti mutagen dan teratogen) dan seringnya membabitkan pertimbangan nilai tentang kenaikan kadar terunjur boleh terima terhadap kejadian kanser. Di sesetengah bidang kuasa, kadar ini ialah 1 per 1,000,000 tetapi di bidang-bidang kuasa yang lain, kenaikan kadar terunjur boleh terima boleh mencecah 1 per 100,000. Risiko kesihatan tokokan yang kecil daripada sebuah projek tunggal tidak begitu menyenangkan jika kawasan itu telah mengalami risiko kesihatan yang agak tinggi daripada operasi-operasi yang lain seperti penunu dan pancaran yang lain, atau jika projek-projek yang lain dijalankan pada waktu yang sama dan mengakibatkan risiko terkumpul yang lebih besar atau risiko keseluruhannya tidak boleh diterima. Perbandingan yang biasa digunakan oleh pemulih adalah untuk membandingkan risiko pemulihan pada para penghuni yang berhampiran kepada risiko kematian menerusi kemalangan jalan raya atau merokok.

Piawai pancaran[sunting | sunting sumber]

Piawai-piawai ditetapkan tentang aras habuk, bunyi, bau, pancaran ke dalam udara dan air tanah, serta luahan ke dalam pembetung dan laluan air untuk semua bahan kimia yang membimbangkan atau bahan kimia yang mungkin dihasilkan semasa pemulihan menerusi pemprosesan bahan kontaminasi. Kesemua ini dibandingkan dengan aras latar belakang semula jadi di kawasan itu serta juga piawai-piawai kawasan berhampiran dan piawai-pawai yang digunakan di kawasan pemulihan lain yang terkini. Aras berlebihan piawai sesuatu kawasan perumahan tidak dibenarkan walau jika sebahagian pancarannya berasal dari kawasan perindustrian. Pengawasan pematuhan adalah genting bagi memastikan bahawa aras berlebihan dikesani dan dilaporkan kepada kedua-dua pihak berkuasa dan komuniti tempatan dengan secepat mungkin. Penguatkuasaan juga diperlukan untuk memastikan bahawa sebarang pelanggaran yang berterusan atau pelanggaran yang bererti mendatangkan denda atau hukuman pemenjaraan kepada pencemar. Hukuman mesti cukup berat demi mengelakkan denda dianggap sebagai belanja biasa perniagaan, dengan pematuhan dijadikan lebih murah daripada pelanggaran berterusan.

Pengangkutan dan penilaian keselamatan kecemasan[sunting | sunting sumber]

Penilaian harus dilakukan terhadap risiko operasi, pengangkutan bahan kontaminasi, dan pelupusan buangan yang mungkin dicemari, termasuk pakaian pekerja, dengan sebuah pelan gerak balas kecemasan dirumuskan. Setiap pekerja dan pelawat yang memasuki kawasan yang berkenaan harus menjalani aruhan keselamatan yang diperibadikan kepada penglibatannya dengan tapak itu.

Kesan tentang pembiayaan pemulihan[sunting | sunting sumber]

Penzonan semula seringnya ditentang oleh komuniti tempatan serta kerajaan tempatan kerana kesannya yang buruk pada kemudahan tempatan seperti lalu lintas, sekolah, padang, dan kemudahan awam yang lain, akibat pembangunan baharu yang menyebabkan penambahan jumlah penduduk tempatan. Selain itu, kesan-kesan utama yang buruk semasa pemulihan ialah bunyi, habuk, bau, dan risiko tokokan kesihatan.

Contoh projek pemulihan utama[sunting | sunting sumber]

Teluk Homebush, New South Wales, Australia[sunting | sunting sumber]

Teluk Homebush, New South Wales, Australia telah menjadi tajuk perbualan sebuah projek pemulihan yang penuh dengan perbalahan. Penzonan semula, pemulihan dan pembangunan semula tanah terkontaminasi ini oleh Union Carbide, ICI dan lain-lain melibatkan pemulihan sejalur endapan terkontaminiasi dioksin di Teluk Homebush, New South Wales. Kawasan Teluk Homebush merupakan tempat pengadaan peristiwa utama Sukan Olimpik Musim Panas 2000. Persoalan pemalaan tanah di tapak Lednez yang dahulunya dimiliki oleh Union Carbide pernah ditangani oleh Suruhanjaya Penyiasatan, akan tetapi keputusannya tidak dapat memuaskan para aktivis komuniti tempatan.

Pemulihan Teluk Homebush adalah penting kerana kesannya pada rantai makanan yang menjangkau bentos bukan sahaja sehingga spesies burung terlindung dan burung terancam tempatan tetapi juga kepada spesies terlindung JAMBA dan CAMBA serta spesies yang menggunakan tanah lembap terlindung Ramsar yang lain. Pada asasnya, kesihatan manusia terjejas menerusi rantai makanan. Teluk Homebush mempunyai pengharaman menangkap ikan, dengan pengharaman sebarang penangkapan ikan komersil di sebelah barat Jambatan Gladesville. Berdasarkan serahan pemulih, NSW Waterways, dan EPA, pengharaman sepenuhnya penangkapan ikan harus diperluas sehingga merangkumi seluruh Sungai Parramatta di sebelah barat Teluk Homebush dan sekurang-kurangnya sehingga Ryde Traffic Bridge di sebelah timur.

Terdapat banyak maklumat dalam internet tentang cadangan penzonan semula, pemulihan, dan pembangunan semula Teluk Homebush di http://rhodesnsw.org Diarkibkan 2012-02-16 di Wayback Machine yang termasuk:

  1. Banyak penyelidikan dan laporan daripada para perunding Australia dan antarabangsa;
  2. Pemulihan menerusi penggalian dan pembendungan yang dahulu dilakukan oleh Union Carbide di keranda batu tertukup tanah liat yang dipisahkan daripada Teluk oleh tembok bentonit;
  3. Siasatan Parlimen oleh Dewan Pertuanan Parlimen New South Wales;
  4. Dua Suruhanjaya Penyiasatan, setiap satu untuk dua tapak terkontaminasi dioksin utama, kedua-duanya oleh operasi Union Carbide;
  5. Ketetapan oleh badan kerajaan tempataan yang berkenaan (pada asalnya, majlis Concord dan selepas itu, Bandaraya Teluk Canada yang dibentuk daripada gabungan Majlis Perbandaran Concord dan Majlis Drummoyne);
  6. Kempen-kempen oleh kumpulan penghuni tempatan, Greenpeace Australia, Nature Conservation Council of NSW (Majlis Pemuliharaan Alam NSW), dan Inner West Greens (cawangan Sydney);
  7. serahan tersiar Planning NSW and Environmental Protection Agency of NSW (Agensi NSW Perancangan dan Perlindungan Alam Sekitar NSW);
  8. Kajian Kesan Alam Sekitar yang diterbitkan dalam format digital dan juga disediakan dalam bentuk CD oleh NSW Perancangan.

Tapak loji kok Bakar Ex, Croatia[sunting | sunting sumber]

Sebuah kontrak Kesatuan Eropah untuk mengimobilisasi kawasan tercemar seluas 20.000 m3 di BAKAR Croatia, berdasarkan Pemejalan/Penstabilan dengan ImmoCem, kini sedang dijalankan. Selepas penyelidikan intensif selama 3 tahun oleh pemerintahan Croatia, Kesatuan Eropah telah bersetuju untuk membiayai imobilisasi kawasan itu yang banyak dicemari TPH, PAH, dan logam. Untuk projek ini, kontraktor yang ditugasi telah memilih untuk menggunakan tatacara "campur di dalam loji".

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan am[sunting | sunting sumber]

Perundangan tentang pemulihan[sunting | sunting sumber]

Kumpulan alam sekitar dengan maklumat[sunting | sunting sumber]

  • CHEJ (AS - berasal daripada kontroversi Love Canal)
  • Greenpeace (organisasi antarabangsa, dengan laman-laman negara)

Agensi perlindungan alam sekitars[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]