Perbincangan pengguna:Yosri/Archive8

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tentang rencana sasaran 20,000[sunting sumber]

Helo Yosri, saya lihat anda mengatakan anda mensasarkan 20,000 rencana pada akhir Jan 2007. Saya kagum dengan komitmen anda. Jadi saya cadangkan anda letak angka 20,000 pada logo wikipedia melayu di sebelah atas kiri interface wiki ini seperti di wiki indonesia yang saya telah lihat. Ini bagi menunjukkan bahawa rencana wiki ms sudah capai 20,000. Harap pertimbangan saya diterima. Terima kasih. — Aeonimitz 13:00, 10 Januari 2007 (UTC)[balas]

Hierarki dalam Wikipedia Bahasa Melayu[sunting sumber]

Salam, Yosri. Boleh awak terangkan kepada kami...apa bezanya sysop dengan birokrat? Terima kasih..che 19:11, 17 Januari 2007 (UTC)[balas]

Lihat Birokrat. Yosri 03:32, 19 Januari 2007 (UTC)[balas]

Ranking penyelia[sunting sumber]

Boleh tak saya membuat satu ranking penyelia dengan menulis jumlah semua suntingan mereka yang akan dikemaskini 1 bulan di Wikipedia:Penyelia. Boleh tak? -Didie 02:11, 20 Januari 2007 (UTC)[balas]

Burung Hantu Telinga Pendek[sunting sumber]

Hai Yosri, sebenarnya saya pun tak tahu akan nama yang betul untuk burung itu. Apabila saya hendak menterjemahkan rencana itu daripada Wikipedia bahasa Inggeris, saya berasa hairan kerana nama bahasa Inggerisnya, Short-eared Owl, dan perihalannya mengatakan bahawa burung ini mempunyai "telinga" pendek, dengan sayap yang sederhana sahaja panjangnya. Maka tidaklah secocok dengan nama "Burung Hantu Sayap Panjang". Namun, saya cuba mencapai Carian Googles dan mendapati bahawa rencana anda, iaitu Burung, terletak di tempat satu dalam senarai. Apabila saya membaca rencana itu, saya mendapati bahawa anda pernah menulis:

41. Burung Hantu Telinga Pendek (Asio flammeus) !

Oleh itu, saya baru berani menukarkan tajuk. Bukan saya yang awal-awal dah tahu akan nama betulnya, hehehe.

Kan saya pernah masuk sekali sekala untuk memuat naik gambar? hehehe. Sebenarnya, saya berasa lagi selesa di luar. Yang penting, saya masih menyumbang. Seperti yang mungkin anda tahu, saya telah melengkapkan semua rencana tarikh sebelum Masihi mengikut rencana bahasa Inggeris. Rencana-rencana itu boleh lagi diperkukuhkan kerana berat sebelah dan tidak mempunyai banyak peristiwa Asia. Bagaimanapun, kita tidak boleh menyalahi mereka kerana mereka bukan orang Asia dan peristiwa Asia pada masa itu tidak begitu penting bagi mereka. Selain itu, rencana-rencana dekad sebelum Masihi di Wikipedia bahasa Inggeris juga amat lemah.

Saya akan mengukuhkan rencana-rencana tersebut, jika (iaitu JIKA) ada masa. Setakat ini, masih tinggal lebih kurang 2,200 rencana tarikh yang belum lengkap. Saya akan membuat sedikit demi sedikit kerana rencana-rencana itu memang menimbulkan kebosanan yang mengakibatkan muntah darah, hehehe.

Penyumbang-penyumbang Wikipedia muncul seolah-olah gelombang. Naik sekejap dan kemudian turun, seolah-olah tahi ayam, hehehe. Bilangan penyumbang yang tekal boleh dikira dengan satu tangan. Bagaimanapun, sebagai satu portal yang mengandungi melebihi 17,000 rencana, portal ini memang merupakan portal bahasa Melayu yang terbesar, baik di Malaysia mahupun di seluruh dunia. Oleh itu, rasalah puas hati, hehehe. – PM Poon 18:06, 2 Februari 2007 (UTC)[balas]

Burung Hantu Panjang/Pendek?[sunting sumber]

Hai Yosri, saya tidak sekali pun berfikir bahawa anda sekejap menulis telinga pendek, sekejap menulis sayap panjang. Sebenarnya, kita semua bukan pakar burung. Yang saya tahu, anda memang bukan pelaku musnah. Sebaliknya, andalah pemusnah pelaku musnah, hehehe. Kesilapan sekali sekala adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan usaha bekerjasama hanya dapat membetulkan kesilapan dari semasa ke semasa.

2,200 rencana (tarikh)??? Ya, sikit demi sikit kerana dah muntah darah semalam ketika nak mencapai sasaran 10 rencana tarikh setiap hari dan kini dah mengalami cedera akut (besuk mungkin cedera kronik). Daripada rencana Pembunuhan diri, saya mendapati bahawa kebosanan boleh mengakibatkan pembunuhan diri, hehehe. Tapi 2,200 rencana itu sudah sedia ada dan pengisian rencana-rencana tarikh tidak akan menyebabkan sebarang kenaikan dalam jumlah rencana. — PM Poon 01:54, 5 Februari 2007 (UTC)[balas]

Hi, please upload logo of Malayan Wikipedia into commons and add into all articles about malayan Wikipedia. Interwiki starts from: en:Malay Wikipedia. Greetings from Poland, Greg.

See: Perbualan Wikipedia:Bot. thanks, JAnDbot 07:59, 9 Februari 2007 (UTC)[balas]

Terima kasih[sunting sumber]

Terima kasih Yosri kerana dapat mendengar nasihat saya. Harap Yosri dapat terus menyumbangkan usaha untuk memajukan Wikipedia Bahasa Melayu ini.

Bercuti.[sunting sumber]

Akan bercuti seketika..... Yosri 12:45, 16 Februari 2007 (UTC)[balas]

Amsterdam[sunting sumber]

hai che poon! saya cuba sunting laman berkenaan dengan Amsterdam tapi mesej filter spam tertulis seperti di bawah:

Macam mana nak buat?

che 04:05, 25 Februari 2007 (UTC)[balas]

Cari dan buang pautan itu dari rencana tersebut. Yosri 00:33, 26 Februari 2007 (UTC)[balas]

Terima Kasih[sunting sumber]

Terima kasih, saya memang meminati opera, kantata, oratorio dan zarzuela dari dulu lagi. Saya nampak ramai orang Malaysia kurang tahu atau kurang minat, itulah sebabnya saya fikir patut untuk saya menulis mengenainya. Saya harap di masa akan datang, saya akan ada lebih ramai rakan-rakan untuk bercerita dan mendengar lagu-lagu sedemikian. - Jay 04:22, 8 Mac 2007 (UTC)

Ini dia pautan berita Datuk Shahidan Kassim terima Phd. [1]Master2841 07:08, 14 Mac 2007 (UTC)[balas]

Templat:Infobox Hidupan[sunting sumber]

Hai Yosri, nampaknya Templat:Infobox Hidupan hanya boleh digunakan untuk paparan pelayar Internet Explorer.

Ketika Alistair dahulu mengatakan bahawa Templat:Infobox Hidupan tak cantik, saya tidak faham tentang apa yang dimaksudkannya kerana dengan paparan Internet Explorer, templat itu tidak bermasalah. Akan tetapi ketika saya mula menggunakan Mozilla Firefox beberapa minggu yang lalu, butir-butir yang tersirat (tiada kandungan) dalam Templat:Infobox Hidupan dipaparkan oleh Firefox dan mengakibatkan jadual itu kelihatan amat teruk.

Oleh itu, saya cadangkan bahawa Templat:Infobox Hidupan dibekukan dan akhirnya dihapuskan apabila semua rencana yang menggunakan templat itu sudah ditukar kepada Templat:Taxobox. — PM Poon 13:32, 16 Mac 2007 (UTC)[balas]

Kenapa PM Poon tidak sunting sahaja template hidupan supaya menyamai Taxobox[sunting sumber]

Kerana saya tengah tunggu anda bikin! hehehe. Sebenarnya, idea anda itu terlepas perhatian saya!

Sebelum pertanyaan anda, saya cuba membuat peralihan Templat:Infobox Hidupan ke templat: Taxobox tetapi itu memang merupakan idea bodoh, hehehe. Selepas teguran anda, saya cuba menyesuaikan templat: Taxobox untuk Templat:Infobox Hidupan tetapi rupanya, tidak sebegitu mudah. Kena ambil masa untuk memahami logik esoterik templat: Taxobox dahulu. Saya akan membuatnya ketika angin timur laut melanda saya kerana buat sementara, saya seolah-olah menghidap sembelit otak. — PM Poon 17:45, 16 Mac 2007 (UTC)[balas]


Saya dah cuba. Tinggal sedikit di bahagian bawah yang tidak dapat dilakukan kerana masih belum betul-betul faham tentang logiknya. Ini macam si-buta mencari barang. Bagaimanapun, saya rasa ini dapat dilakukan jika ada masa.

Sekarang ada sikit hal peribadi kena buat dulu. Akan sambung semula pada hari yang tidak dapat ditentukan, hehehe. Walaupun demikian, anda masih boleh menggunakan Templat:Infobox Hidupan seperti biasa. Cuma jika ada subspesies, maklumat itu tidak akan dipaparkan buat sementara. Apabila saya dah siap menyunting templat ini, maklumat subspeies itu akan dipaparkan seperti biasa, baik melalui Internet Explorer mahupun melalui Mozilla Firefox. — PM Poon 06:03, 17 Mac 2007 (UTC)[balas]


Okay, templat dah siap disunting. — PM Poon 14:20, 17 Mac 2007 (UTC)[balas]


Salam Yosri[sunting sumber]

Salam Mein Freund, sevgili dostum Yosri,

I am turkey and Moselman wikipedia editör.

Ich bin ein türke und Muselmann wikipedia editör. Bitte machen sie nicht meine "user".

Danke schön liebe Yosri. Salam.

Ben Türk ve Müslüman bir wikipedia editörüyüm. Sevgili Yosri lütfen kullanıcı sayfamda değişiklik yapmayınız. Selamlar. --Hasan Sami 06:16, 20 Mac 2007 (UTC)[balas]

•Thank you. Danke schön mein freund. Teşekkürler dostum.--Hasan Sami 06:46, 20 Mac 2007 (UTC)[balas]


Halaman Kedai Kopi[sunting sumber]

Hai Yosri, saya berasa bahawa kotak di bahagian atas halaman Kedai Kopi kurang baik dari segi reka letaknya kerana mempunyai banyak ruang kosong yang menelan banyak ruang. Saya telah cuba memperbaiknya di halaman Perbualan Templat:KedaiKopi. Oleh sebab saya tidak berhak menyunting templat tersebut, bolehkah anda memindahkan suntingan saya ke laman templat itu? — PM Poon 10:21, 22 Mac 2007 (UTC)[balas]


Mana tak ada perbezaan!

Saya kini menggunakan Mozilla Firefox. Sebelum saya menyunting, ia kelihatan teruk. Selepas menyunting, ia kini nampak serupa dengan paparan Internet Explorer SEBELUM saya menyunting. Tetapi selepas menyunting, ia kini kelihatan buruk pada Internet Explorer pulak. Memang pening kepala. Apa macam sekarang? hehehe. Nak biarkan saje atau nak tukar balik. Anda putuskan. — PM Poon 12:00, 22 Mac 2007 (UTC)[balas]

Untuk Abang Yosri[sunting sumber]

Assalamualaikum, nama saya Khairul Hazim. Pernah kita bertemu di Kedai Kopi, sekarang ini di bahagian komen Yosri pula. Mulai hari ini saya akan panggil Yosri sebagai Abang Yosri, boleh? Sekian, terima kasih. Khairul hazim 08:49, 23 Mac 2007 (UTC)[balas]

terimakasih atas teguran kamu yang membena,di sini tidak pun tempat perbincagan,jadi saya letak pesanan di sini sjHanaeil2 21:52, 25 Mac 2007 (UTC)[balas]

saya masih tidak jumpa,di mana letaknya untuk antar pesanan sepertimanya yang kamu maksudkan? Apa alamat lengkap laman ini,saya mau linkan dari komuniti sayaHanaeil2 13:15, 26 Mac 2007 (UTC)[balas]

terima kasih[sunting sumber]

Kita sebagai pengguna dan penyunting wikipedia sepatutnya menulis kebenaran dan memberitahu tentang kebenaran. Tidak kira siapa salah, kebenaran mesti diutarakan.--60.52.41.225 18:07, 26 Mac 2007 (UTC)[balas]

terimakasih dengan segala tunjuk ajar kamu,sebenarnya saya akses tidak munggunakan pc,tapi hanya menggunakan telepon mudah alih Hanaeil2 22:29, 26 Mac 2007 (UTC)[balas]

Saya lebih gemar membuat kerja atau melayari pada waktu malam. Talian internet tidak begitu sesak pada waktu itu. — Master2841 09:51, 27 Mac 2007 (UTC)[balas]

Mungkin anda perlu tukar. Pengalaman saya berjaga malam menjadikan rambut semua bertukar jadi putih. Anda kena jaga kesihatan anda untuk kebaikan masa panjang akan datang. Yosri 10:13, 27 Mac 2007 (UTC)[balas]

The Times[sunting sumber]

Mungkin band tidak sesuai. Tapi kumpulan juga rasanya tidak beberapa sesuai. Sebagai contoh Kumpulan Naza adakah ia adalah sebuah band muzik? Tidak. Mungkin patut istilah lama kugiran digunakan untuk merujuk kepada kumpulan muzik. Ataupun menggunakan kumpulan muzik untuk merujuk band. Tetapi dalam menulis tajuk, saya cadangkan supaya nama khas ditulis kemudian kategorinya dalam kurungan. Contoh The Times (kugiran). Ini kerana pengguna lebih kerap menulis nama khas(dalam bentuk The Times atau Somalia) berbanding cara yang lebih spesifik (dalam bentuk seperti Kumpulan The Times atau Negara Somalia). Sekian. kurniasan11:07, 27 Mac 2007 (UTC)][balas]

  • Mungkin betul kata saudara. Maka kekalkan tajuk tersebut. Saya telah cuba melakukan carian dengan menaip The Times dan wikipedia membawa terus ke rencana Kumpulan The Times, jadi ia bukan satu masalah. Maaf sekiranya saya melakukan kesilapan, saya orang baru. :) Kurniasan 11:31, 27 Mac 2007 (UTC)[balas]
Terima kasih atas makluman tersebut. Bahasa Melayu saya memang kurang baik. :( Kurniasan 11:41, 27 Mac 2007 (UTC)[balas]
Terima kasih atas tabik saudara. :) Tapi ia belum lengkap sepenuhnya. :P Kurniasan 12:17, 28 Mac 2007 (UTC)[balas]

Ok. — Master2841 10:14, 29 Mac 2007 (UTC)[balas]

AS sememangnya boleh juga merujuk kepada Amerika Selatan, oleh sebab itu saya telah mencipta A.S. untuk merujuk kepada Amerika Syarikat. Lagipun akhbar-akhbar melayu di Malaysia menggunakan singkatan A.S. bagi merujuk kepada Amerika Syarikat. Lagipun U.S.A. adalah akronim Bahasa Inggeris berbanding A.S. — Master2841 10:33, 29 Mac 2007 (UTC)[balas]

Sasaran 20,000 rencana[sunting sumber]

Nampaknya pencapaian 20,000 rencana di dalam tangan, dengan projek Jefert untuk membangunkan siri rencana nombor.

Kita di sini seolah-olah Menara Berkembar Petronas, dengan pencapaian disokong tiang besi, hehehe. Pencapaian 10,000 rencana dibantu oleh siri rencana tarikh, dan pencapaian 20,000 dibantu oleh siri rencana nombor. — PM Poon 03:29, 30 Mac 2007 (UTC)[balas]

Pelaku musnah[sunting sumber]

Adakah pelaku musnah yang dimaksudkan itu pelaku musnah yang sering meletakkan bendera Jepun di dalam rencana berkaitan China? — Master2841 08:48, 9 April 2007 (UTC)[balas]

Benar atau tidak?[sunting sumber]

Dulunya, kepulauan itu disebut Kalimantan. Kemudian apabila dijajah oleh British, British memisahkan Sabah Sarawak dari Kalimantan (termasuk Brunei). Semasa Sabah dan Sarawak dimasukkan ke dalam Malaysia, Indonesia memprotes kerana katanya, itu akan membahagi Kalimantan. Akan tetapi, British tidak bersetuju dan hanya mengiktiraf Kalimantan sebagai bahagian Indonesia sahaja, manakala keseluruhan kepulauan dipanggil Borneo. Sampai sekarang kepulauan itu dipanggil Borneo manakala bahagian Kalimantan pula merujuk sebagai wilayah selatan borneo (aka bahagian Indonesia).

Mungkin di dalam sejarah, Kalimantan itu adalah sebuah pulau, tetapi sekarang ni orang Sabah Sarawak Brunei tidak lagi memanggil tanah mereka tanah Kalimantan lagi. (Ye memang benar, orang dari Indonesia prefer memanggil keseluruhan pulau itu Kalimantan (oleh kerana itulah, mereka tidak ada provinsi Kalimantan Utara), tetapi mengikut politik masa kini, Kalimantan hanyalah merujuk kepada bahagian Indonesia).

Kalau anda masih tidak berpuas hati, saya cuba cari sumber-sumber yang boleh menjelaskan lagi hujah saya. Terima kasih.--Zack2007 15:46, 10 April 2007 (UTC)[balas]

Indonesia Promo
BBC about Indonesia
Some info from britannica


Saya faham. Ye itu tak mengapalah. Saya ingat awak tak tahu akan status terkini Kalimantan. Sebab, kalau dillihat di dalam wiki bahasa Indonesia (yang mana pada mulanya, rencana itu disalin 100% dari situ), Kalimantan dikatakan masih lagi disama ertikan sebagai Borneo, dan rencana itu menekankan penggunaan Kalimantan sebagai kepulauan (iaitu penggunaan lama) dari penggunaan kini. Itu adalah dasar semasa Konfrontasi Malaysia-Inggeris, di mana pihak Indonesia tidak mengiktiraf Sabah-Sarawak yang terbebas dari Kalimantan. Itu saja. :) --Zack2007 01:24, 11 April 2007 (UTC)[balas]

Kemaharajaan[sunting sumber]

Hai Yosri, betul cakap anda. Kemaharajaan dan Dinasti tidak sama, khususnya dari segi ejaan dan sebutannya, hehehe.

Jika saya tidak salah, dong merujuk kepada rencana Sailendra. Pertamanya, Sailendra bukannya sebuah kemaharajaan. Ia adalah sebuah kerajaan, tetapi kerajaan ini terdiri daripada raja-raja yang diwarisi dalam keluarga yang sama. Sebagai sokongan terhadap tuntutan saya, rencana Sailendra dalam Wikipedia bahasa Inggeris berkata:

Sailendra, from Saila-Indra meant "lord of the mountain". That title was probably chosen to recall the title sailaraja (king of the mountain) used by the kings of Funan, from whom the dynasty claimed descent.

Kedua, rencana Saihendra Wikipedia bahasa Indonesia berjudul Dinasti Syailendra. Namun Saihendra adalah kedua-dua kerajaan serta dinasti, walaupun bukan semua kerajaan merupakan dinasti.

Walaupun demikian, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih atas teguran dong kerana saya mungkin akan terperangkap pada masa hadapan jika tiada teguran dong ini. Sekian kurang lebih. — Syarikat Pemunggahan Rencana 13:48, 13 April 2007 (UTC)[balas]


Yayasan Al-Ijabah

Hai Yosri, saya suka makan telur, tetapi saya tak nampak telur di Wikipedia bahasa Melayu. Oleh itu, saya telah menelurkan tiga biji rencana telur, iaitu:

  1. Telur (nyahkekaburan)
  2. Telur (biologi)
  3. Telur (makanan) atau dengan mudah, Telur.

Saya terlupa banyak nama hidangan telur yang pernah saya lihat di papan restoran Melayu, antaranya telur mata kerbau atau lembu, telur dada atau dadu, dan sebagainya. Bolehkah anda bantu melengkapkan bahagian Jenis hidangan telur dalam rencana Telur? Jika anda ingat, tangkaplah gambar sebelum anda makan sebarang hidangan telur (jangan sekali pun selepas, hehehe).

Berasaskan rencana telur ini, anda bolehlah menelurkan lagi banyak rencana kecil demi meningkatkan bilangan rencana di portal ini, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana 04:50, 20 April 2007 (UTC)[balas]

Bahasa pengaturcaraan sejajar[sunting sumber]

Dalam rencana ZPL yang anda tulis, anda gunakan "bahasa pengaturcaraan jujukan/sejajar" untuk array programming language, bukankah ia sepatutnya "bahasa pengaturcaraan tatasusunan"? Saya dapatinya di karyanet, seingat saya. Tapi kalau istilah yang anda gunakan betul, masukkannya dalam daftar penterjemahan istilah pengaturcaraan. Kurniasan 08:15, 20 April 2007 (UTC)[balas]

Terima kasih[sunting sumber]

Hai Yosri. Terima kasih atas anugerah Barnstar daripada anda. : ) — Polar 10:38, 20 April 2007 (UTC)[balas]

Terima kasih juga. — Master2841 17:20, 20 April 2007 (UTC)[balas]

Meja rujukan[sunting sumber]

Sebenarnya apa fungsi meja rujukan sekarang. Bukankah ms.wiki sudah mempunyai halaman kedai kopi. Buat apa perlu diwujudkan satu lagi. Kalau anda lihat di interwiki halaman meja rujukan itu, pautannya menuju ke Warung Kopi di id.wiki. Apa pendapat anda?

Satu lagi, jenguk2lah ke Wikipedia:Kedai Kopi. Di sana saya membuat permohonan untuk gambar 20,000 rencana. Tolonglah ye.. — Didie 11:29, 22 April 2007 (UTC)[balas]

Raja Ali Haji[sunting sumber]

Saya tahu, sebab itu saya buangkan templat. Lihat Perbualan:Raja Ali Haji. ...Aurora... 09:45, 23 April 2007 (UTC)[balas]

Transformers[sunting sumber]

Berkenaan dengan pengunduran tersebut, perubahan ayat tersebut adalah tidak perlu sama sekali malah ayat asal lebih tepat. — Polar 10:24, 24 April 2007 (UTC)[balas]

Oh. Maaflah. Mungkin saya terlepas pandang. — Polar 10:28, 24 April 2007 (UTC)[balas]

Terima kasih.[sunting sumber]

Terima kasih banyak kerana telah memberi Star kapada saya.Ini menaikkan semangat saya untuk terus menyunting dengan lebih banyak lagi. Tapi, esok saya dah nak balik kampung, sedih juga. Dua bulan lebih saya bercuti nanti. Kalau ada masa mungkin saya akan menyunting lagi.Jufert 02:53, 1 Mei 2007 (UTC)[balas]

Pesalah laku[sunting sumber]

Saya sudah sekat IP Budak pandai tanpa mendapat bantuan daripada steward di meta. IPnya ialah 60.228.158.90. Ini adalah kerana sebelum Budak pandai merosakkan rencana, IP ini merosakkan rencana sama seperti cara Budak pandai merosakkan rencana.[2] [3] Perbezaan masa IP ini dan Budak pandai merosakkan rencana hanya selang beberapa minit di antara satu sama lain. Saya amat pasti ini adalah IP yang digunakan Budak pandai (sepatutnya digelar budak tidak cerdik). Jadi tak perlu bantuan steward. — Master2841 17:22, 1 Mei 2007 (UTC)[balas]

Tan pendek[sunting sumber]

Itulah terjemahan Dewan Bahasa. Kalau saya terjemah, saya akan menggunakan tan besar dan tan kecil.

Tanda penghargaan[sunting sumber]

Atas sebab anda merupakan pengguna paling gigih dan berguna, saya berikan penghargaan kepada anda. Lihat laman pengguna anda. Aeonimitz 15:49, 3 Mei 2007 (UTC)[balas]

Pemadaman[sunting sumber]

Baik.. Huhu. Walaupun ia akan menambahkan koleksi rencana yang kemungkinan takkan diusik... − Polar 11:20, 4 Mei 2007 (UTC)[balas]

Jadi, selamat berjaya... :) Polar 11:46, 4 Mei 2007 (UTC)[balas]
Oh... Lain kali, cakap biar terang. Hehehe. Baik. Saya akan turut usahakan bersama. Insya Allah. - Polar 11:52, 4 Mei 2007 (UTC)[balas]

Tidakkah sesomba sama dengan talibun? ...Aurora... 13:13, 8 Mei 2007 (UTC)[balas]

Hmmm....vital, he he he. Eik, diagram (atau gambar asli?) untuk cincinnya tak nampak pun, issshhh, frus

CatherinegoodhopecatherinegoodhopeCatherinegoodhope

Gambar cincin bu*h Zak*r kat wiki english?[sunting sumber]

Kenapa pula perlu di kait ke Inggeris? Anyway, sekarang saya sudah was-was tentang Wiki Inggeris sejak sedar bahwa ianya hanya memberi lebih penekanan kepada penindasan sesetengah kaum sahaja semasa Pasitan Sepanyol (Spanish Inquisition yang saya mulakan) sedangkan bila saya menterjemah Stail Mudejar, saya belajar bahwa ugama lain pun memainkan peranan penting sebelum Pasitan. Persoalan-persoalan turut timbul bila saya menterjemah Kristian Di Malaysia yang dipetik dari sana. Ala, kalau dah masuk 'Zak*r' tu, boleh censor pula ke gambarnya? Nanti buatlah: Aphrodisiac (betul spelling?). Ini tentu boleh memanafaatkan pasangan-pasangan suami isteri, err, yang nikah sah...

Pertikai[sunting sumber]

Walaupun saya pengguna baru, saya ingin MEMPERTIKAI penggunaan perkataan 'pertikaian' dalam rencana 'Paus Benedict'. 'Pertikai' tidak tepat dalam hal ini. 'Kontroversi' patut di gunakan. Saya menterjemah dari Inggeris dan melihat perkataan ini paling sesuai. DBP mengesahkan wujud ayat ini. Jangan marah. Kalau 'pertikaian', skop maksud terhad, memberi gambaran 'yes camp' or 'no camp' saja tanpa 'in-between camp'.

Terima Kasih[sunting sumber]

Berbanyak-banyak terima kasih kepada anda kerana memberi laluan kepada saya untuk merubah kepada 'kontroversi' dalam hal Paus Benedict. Tentu sekali ini tidak memutuskan semangat orang-orang baru seperti saya untuk menyumbang. Dalam hal ini saya benar-benar yakin 'kontroversi' adalah lebih tepat kerana 'kontroversi' memberi implikasi penglibatan emosi seperti marah, terpinga, geram, kekecohan dsb padahal yang saya faham dari kegunaan 'pertikaian' ialah 'menyoal', yang tak semestinya dalam kemarahan, kegeraman maupun timbul kekecohan dsb. Sebagai warga dunia, malangnya saya tidak merasa asing menggunakan perkataan serapan Inggeris kalau perkataan itu paling tepat dan sudah diiktiraf penggunaanya oleh DBP. Tapi saya rasa saya boleh faham sedikit sebanyak pendapat tuan untuk memertabadkan khazanah. Maaf kerana terpaksa mempertikai demi Wiki Melayu.

Catherinegoodhope 13:15, 11 Mei 2007 (UTC)catherinegoodhopeCatherinegoodhope 13:15, 11 Mei 2007 (UTC)[balas]

Rasanya kategori filem begitu serabut dan bersepah-filem melayu, moden, klasik, filem inggeris. Macam katalog perpustakaan digeledah 202.59.192.68. Apa kata anda? Catherinegoodhope 10:55, 15 Mei 2007 (UTC)catherinegoodhopeCatherinegoodhope 10:55, 15 Mei 2007 (UTC)[balas]

Presiden Klub Serabut[sunting sumber]

Saya sudah menyerabutkkannya sebelum syor anda lagi. Presiden serabutCatherinegoodhope 11:10, 15 Mei 2007 (UTC)catherinegoodhopeCatherinegoodhope 11:10, 15 Mei 2007 (UTC)[balas]

Mengenai "Penyelia"[sunting sumber]

Terima kasih kerana mencadangkan saya meletakkan nama, tetapi saya rasa ada beratus lagi pautan merah dan rencana-rencana yang perlu saya buat. Saya tak fikir saya boleh meluangkan masa untuk menjadi penyelia yang baik. Terima kasih di atas tawaran anda, tetapi saya terpaksa menolak. - Jay 13:54, 17 Mei 2007 (UTC)[balas]

Perlucutan[sunting sumber]

Sudah saya terjemahkan. Saya harap pula Wikipedia ms: bisa berkembang lebih baik lagi! Salam Wikipedia! Meursault2004 15:19, 17 Mei 2007 (UTC)[balas]

Nota untuk anda. ...Aurora... 14:49, 21 Mei 2007 (UTC)[balas]

Masaalah[sunting sumber]

Ala, problem la. Apa pendapat anda terjemahan lebih baik untuk Old Master? Saya guna 'Tokoh Lama', Aeon syorkan 'Tuan Lama'. Tapi 'Pelukis Induk Silam' pun sedap. Atau boleh kah guna 'Sarjana Lama'? Saya cenderung terjemah apa yang boleh dan memasukkan istilah asal bersebelaha: 'Sarjana Lama (Old Master)'. Ok ke?Catherinegoodhope 10:21, 19 Mei 2007 (UTC)[balas]

Masalah dalam Portal[sunting sumber]

Saya poskan isu di bawah dalam "Kedai kopi". Saya nak minta tolong para penyelia untuk melihat apa masalah sebenarnya.

(salin dari "kedai kopi").Kepada penyelia, saya berharap dapat melihat kepada masalah di portal kita. Saya baru perasan malam tadi yang hampir semua portal-portal kita ada masalah, saya tak pasti apa. Templat bertukar kepada "merah" walaupun isinya ada. Saya cuba "save" sekali tapi tak ada effect. Bawah yang senarai-senarai yang bermasalah, ada lagi beberapa portal lain yang bermasalah juga. Saya rasa masalahnya berpunca dari templat utama, yang pelik, Portal:Muzik klasikal, langsung tak boleh dibuka. Portal lain yang juga terbabit ialah Portal:Biologi, Portal:Astronomi, Portal:Falsafah, Portal:Fizik, Portal:Harry Potter, Portal:Islam, Portal:Sains. Portal ini semua boleh dibuka, tetapi cuma ada pautan merah untuk templat-templat.

Portal:Muzik klasikal pada malam tadi boleh dibuka, tetapi semua templat hilang, bila saya cuba masukkan balik isi kandungannya, portal itu terus tak boleh dibuka - Jay 01:10, 21 Mei 2007 (UTC)

Apa khabar![sunting sumber]

Apa khabar Yosri! Lama tak cakap ngan anda. Macamana anda, sihat? By the way, kini tinggal 9 penyelia sahaja, amat menyedihkan. Adakah anda mahu menawarkan lagi sesiapa di sini yang boleh jadi bakal penyelia? Kalau u dan saya ada masa lapang boleh saya belanja u makan. :) — Aeon 10:54, 21 Mei 2007 (UTC)[balas]

Oh ok, terima kasih banyak-banyak atas tawaran anda, saya sebenarnya tak cuba memohon kerana saya tidak tahu sepenuhnya syarat-syarat jadi penyelia. Kalau begitu akan saya buat permohonan di laman permohonan menjadi pentadbir pada masa sekarang... — Aeon 16:07, 21 Mei 2007 (UTC)[balas]
Sudah dipohon. Terima kasih atas tawaran anda. — Aeon 16:07, 21 Mei 2007 (UTC)[balas]

Assalamualaikum Yosri, ada satu permintaan yang saya inginkan iaitu mengadakan satu pilihan raya secara besar-besaran. Ia melibatkan pengguna-pengguna aktif yang ingin memohon menjadi penyelia. Pilihan raya ini objektifnya ialah untuk mengatasi bilangan penyelia yang kian berkurang di tahap kritikal ini. Lihat ini untuk butiran lanjut. Pengguna yang sedang dalam perancangan untuk memohon atau sedang memohon menjadi penyelia mungkin boleh terlibat dengan pilihan raya ini. Satu lagi, halaman khas untuk pilihan raya khas ini mungkin akan diwujudkan bagi menampung permohonan itu nanti. Cadangan ini adalah untuk ms.wiki ini supaya bertambah maju dari segi sumbangan rencana, kecekapan pentadbiran, dan yang berkaitan. Sekian... - Didie 13:01, 21 Mei 2007 (UTC)[balas]

Saya baru nampak bahawa anda pernah menggunakan templat yang tersebut. Sebenarnya itu ciptaan saya sebagai alternatif Templat:Nama buruk-nb, dengan membuat redirect ke sana. Tapi macam mana anda telah menemuinya!? Bolehkah anda ceritakannya? --Edmundkh 19:25, 26 Mei 2007 (UTC)[balas]

Halo Yosri. Komunitas Wikipedia bahasa Indonesia (WBI) telah setuju untuk mencabut status sysop Anda karena sesuai dengan kebijakan kepengurusan WBI, Anda dinilai tidak cukup aktif untuk menjabat sebagai sysop di WBI. Akan tetapi kontribusi Anda di WBI tetap kami tunggu. Atas segala bantuan yang telah diberikan selama ini saya ucapkan Terima kasih. borgx (bicara) 07:44, 29 Mei 2007 (UTC)[balas]

RE: Terima kasih[sunting sumber]

Sebenarnya, mengikut Wikipedia Bahasa Inggeris, rencana stub merupakan rencana yang kurang daripada 10 ayat yang ringkas dan kecil. Namun begitu, saya akan cuba sebaik yang saya boleh untuk hanya mengehadkannya kepada rencana yang mempunyai sekurang-kurangnya 5 ayat, kerana sepanjang saya berada di Wikipedia Bahasa Melayu ini, kebanyakkan daripada rencana di sini ringkas tetapi ada juga yang berinfomatif. Harap maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Terima kasih. Acs4b 12:32, 31 Mei 2007 (UTC)[balas]