Pilihan raya kecil Permatang Pasir 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pilihan raya Permatang Pasir 2009 merupakan pilihan raya kecil ke-8 yang diadakan di Malaysia selepas pilihan raya umum ke-12 berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri PAS Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman pada 6:30 pagi 31 Julai 2009 di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur.[1] PAS mengekalkan kerusi DUN ini menerusi calonnya Mohd Salleh Man.

Jadual pilihan raya di DUN Permatang Pasir[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Ogos 2009, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata bahawa mereka akan mengadakan mesyuarat pada Isnin, 10 Ogos 2009 untuk memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Pulau Pinang.[2]Akhirnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009 manakala hari pengundian pada 25 Ogos 2009 yang mana ia jatuh pada hari kerja iaitu hari Selasa 4 hb Ramadan. SPR telah menetapkan proses penamaan calon dan pusat penjumlahan undi diadakan di Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara, Bukit Mertajam manakala proses pengeluaran dan pengiraan undi pos di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah. Sebanyak lapan buah pusat pengundian iaitu lapan buah sekolah membabitkan 39 saluran akan dibuka pada hari pengundian.[3]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Profil DUN Permatang Pasir[sunting | sunting sumber]

DUN Permatang Pasir (N11) terletak di dalam Parlimen Permatang Pauh yang mengandungi tiga DUN (Penanti, Permatang Pasir dan Seberang Jaya). Sebelum ini Parlimen ini menyaksikan dua pilihan raya kecil iaitu [[pilihan raya kecil Permatang Pauh 2008|pilihan raya kecil Permatang Pauh]] pada tahun 2008 dan pilihan raya kecil Penanti pada Mei 2009.

Pengundi[sunting | sunting sumber]

Majoriti pengundi ialah orang Melayu, dengan minoriti utama orang Cina.

Sejarah pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Mohd Hamdan Abdul Rahman merupakan satu-satunya ADUN PAS] di Pulau Pinang.[4]

Calon bertanding[sunting | sunting sumber]

Calon Barisan Nasional[sunting | sunting sumber]

Bekas peguam Rohaizat Othman (UMNO).

Calon Pakatan Rakyat[sunting | sunting sumber]

Mohd Salleh Man (PAS).

Suasana pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pra pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Hari penamaan calon[sunting | sunting sumber]

Hari pengundian[sunting | sunting sumber]

Pengundian diadakan pada hari bekerja (Selasa) dan menyebabkan sukar bagi mereka keluar membuang undi. Pengarah Pilihanraya PAS Permatang Pasir Dato' Mahfuz Omar meminta Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) agar sebarang bentuk pilihanraya khususnya pilihanraya kecil perlu dibuat pada cuti hujung minggu. Jumlah keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir 2009
Parti Calon Undian % ±%
PR - PAS Mohd Salleh Man 9,618 64.8% -
BN - UMNO Rohaizat Othman 5,067 34.1% -
Majoriti 4,551 30.6% -
Peratusan mengundi 14,832 73.1% -

Pada 25 Ogos 2009, jam 7.30 malam, pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, menewaskan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi. Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882 dari majoriti yang diperoleh Bekas ADUN Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman yang mendapat majoriti 5,433 undi. Ini merupakan kemenangan PAS buat kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999.[5]

Pasca pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Sebab-sebab kekalahan Rohaizat[sunting | sunting sumber]

  • Kes Salah Laku

Pada 7 Mac 2008, pendaftaran Rohaizat sebagai penguambela dan peguamcara dibatalkan oleh jawatankuasa disiplin Badan Peguam Malaysia. Beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi berikutan keputusan Majlis Peguam itu, di mana mahkamah menolak rayuannya 12 Ogos 2009 . Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan menjelaskan bahawa salah laku yang menyebabkan Rohaizat dipecat melibatkan wang pemegang amanah Koperasi Pekebun Getah.

  • Pengundi Cina tidak mengundi BN

Rohaizat sendiri meletakkan kegagalan pengundi Cina yang masih tidak mengundi Barisan Nasional.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ ADUN PAS meninggal dunia - Malaysiakini
  2. ^ "Tarikh pilihanraya kecil Permatang Pasir ditentukan Isnin", Utusan Online, 7 Ogos 2009.
  3. ^ "Hari pengundian 25 Ogos", Utusan Online. 11 Ogos 2009.
  4. ^ "Penang's sole PAS rep dies". Malaysian Mirror. 2009-07-31. Dicapai pada 2009-07-31.
  5. ^ Peratus merosot, SPR digesa ubah hari mengundi ke hari cuti
  6. ^ Najib enggan dedah kenapa BN kalah di Permatang Pasir