Pilihan raya kecil Batang Ai 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai di Sarawak akan diadakan 7 April 2009 serentak dengan Pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Pilihan raya kecil Bukit Selambau.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Februari 2009, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Batang Ai kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Dublin Unting Ak. Ingkot daripada Barisan Nasional (BN).[1] Unting, yang merupakan Menteri Muda Pertanian dan Menteri Muda Sukan Sarawak, meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Normah, pada pukul 1.25 pagi akibat serangan angin ahmar yang dialaminya sejak 22 Mei 2008. Pada pilihan raya negeri Mei 2006, beliau menewaskan Nicholas Bawin Anggat dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dengan majoriti 806 undi.[2]

Profil Parlimen[sunting | sunting sumber]

Tahun Ahli Parlimen Parti Lawan Parti Lawan Majoriti
1970 David Kelambu Ak. Jemut SNAP
1974 David Kelambu Ak. Jemut SNAP
1979 Sylvester Langit SNAP David Kelambu a Jemut
1982 Mikai Mandau BEBAS Albert Kelinsing Manau
1991 Datuk Dublin Unting Ak. Ingkot Mikai Mandau BN BN 83
1996 Datuk Dublin Unting Ak. Ingkot BNBN-PBDS Albert Klinsing Ak. Manau BEBAS 2,555
2001 Datuk Dublin Unting Ak. Ingkot BNBN-PBDS Menang Tanpa Bertanding - -
2006 Datuk Dublin Unting Ak. Ingkot BNBN-PBDS Nicholas Bawin Anak Anggat SNAP 806

Calon bertanding[sunting | sunting sumber]

Nama calon Parti
Malcom Mussen Lamoh Barisan NasionalPrs.jpg Barisan Nasional-Parti Rakyat Sarawak (PRS)
Jawah Gerang Parti KeADILan Rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Calon Barisan Nasional[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Mac 2009, BN Sarawak sebulat suara telah memilih calon BN adalah dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) manakala Presiden PRS, Datuk Seri Dr James Jemut Masing berkata PRS telah mencalonkan Malcom Mussen Lamoh, jurutera di Jabatan Pertanian.[3]

Calon Pakatan Rakyat[sunting | sunting sumber]

Pada mulanya Nicholas Bawin Anggat, pengerusi PKR Batang Ai serta bekas anggota Parlimen Lubok Antu selama lima penggal Jawah Gerang, yang menyertai PKR pada Disember 2008, menjadi tumpuan kerana seorang daripada mereka dispekulasi akan dipilih untuk menentang BN.[4] Kemudian, pada 23 Mac 2009 secara rasminya Jawah Gerang menjadi calon PKR pada pilihan raya ini.[5]

Calon lain[sunting | sunting sumber]

Seorang penerbit majalah budaya, pendidikan dan hiburan Iban, Johnny anak Chuat, menawarkan diri sebagai calon bebas pada 20 Mac 2009. Beliau berasal dari Batang Lemanak, Lubuk Antu, Sarawak.[6] Namun beliau tidak menghantar borang pencalonan semasa hari penamaan calon tetapi menyokong pula calon dari PKR.

Suasana pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pra pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dengan Kementerian Dalam Negeri menggantung dua akhbar Pakatan Rakyat selama tiga bulan. PR menganggap tindakan menggangtung akhbar rasmi PAS, Harakah dan akhbar rasmi PKR, Suara Keadilan secara langsung menghalang kempen media kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil.[7] Kementerian Dalam Negeri berkata Harakah milik PAS dan Suara Keadilan milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) didapati kerap kali mengeluarkan artikel yang mempersoalkan kedudukan raja-raja selain cenderung mengsensasikan berita-berita yang berunsur fitnah dan mengelirukan yang mewujudkan salah faham di kalangan masyarakat.[8]

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pendekatan projek pembangunan ‘mi segera’ yang setiap kali dijalankan UMNO dan Barisan Nasional dalam masa kempen pilihan raya tidak diamalkan di tiga pilihan raya kecil 2009 kerana usaha membantu rakyat miskin merupakan tugas berterusan dan melibatkan pembangunan bersepadu dalam jangka panjang.[9]

Hari penamaan calon[sunting | sunting sumber]

Pada mulanya tiga calon menyatakan hasrat, namun hanya dua orang yang menghantar borang pencalonan iaitu calon dari Barisan Nasional dan Parti Keadilan Rakyat menjadikan perlawanan satu lawan satu.

Kempen pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Akibat akhbar mereka digantung, PAS dan PKR masing-masing menerbitkan akhbar pengganti yang diberi nama Hujah dan Suara Keamanan.[10] Walaubagaimanapun, selelah Perdana Menteri baru menjawat jawatannya pada 3 April 2009, larangan kedua-dua akhbar itu ditarik balik. Selain itu beliau juga membebaskan 13 tahanan ISA di Perak.[11]

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengatakan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan keputusan Sultan Perak dilarang untuk dibangkitkan oleh parti-parti yang bertanding dalam kempen tiga pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Syarat baru itu dinyatakan sebagai perkara 3.5 dan 3.6. Syarat 3.5 mengatakan bahawa penceramah tidak boleh menghasut serta mempersoal keputusan yang dibuat oleh Institusi Raja manakala syarat 3.6 pula berkata 'tidak boleh sentuh isu Altantuya, isu perkauman dan isu keagamaan'. Dalam pada itu, syarat 3.7 pula berkata, 'kehadiran orang ramai adalah tanggungjawab pihak penganjur untuk mengawal mereka, jika kehadiran melimpah hingga di luar kawasan permit yang dipohon, pihak polis akan mengambil tindakan'.[12]

Hari pengundian[sunting | sunting sumber]

Kedua-dua calon mempunyai hak untuk mengundi pada pilihan raya kali ini. Calon Barisan Nasional (BN) Malcolm Mussen Lamoh mengundi di Rumah Renggiev Bukong manakala calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jawah Gerang mengundi di SK Nanga Kumpang, Engkilili.[13]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri: Pilihan raya kecil Batang Ai, 2009
Parti Calon Undi % ±%
Barisan NasionalPrs.jpg BN-PRS Malcom Mussen Lamoh 3,907 -
Parti KeADILan Rakyat PKR Jawah Gerang 2,053 -
undi rosak 59 -
Majoriti 1,854 -
Peratusan mengundi 6,019 75.32 -

Rentetan[sunting | sunting sumber]

Portal berita Malaysiakini pada 11 Julai 2009 melaporkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyalahkan kekalahan pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Batang Ai disebabkan pengundi yang memakai cawat tidak tahu mengundi dengan betul.

Pada 24 Julai 2009, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu mahu Hadi meminta maaf kepada masyarakat Iban, terutamanya di Lubok Antu. Cawat tidak lagi dipakai kecuali semasa persembahan tarian tradisional dan semasa pakaian tradisional dipamerkan.[14]

Rujukan[sunting | sunting sumber]