Pilihan raya kecil Bukit Gantang 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Parlimen Bukit Gantang.gif

Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang 2009 merupakan pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 7 April 2009 di Parlimen Bukit Gantang, Perak. Kerusi Bukit Gantang kosong ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum, daripada PAS. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan 29 Mac 2009 merupakan hari penamaan calon manakala tarikh pilihan raya adalah 7 April 2009.[1] Pilihanraya ini akan diadakan serentak dengan Pilihan raya kecil Bukit Selambau dan Pilihan raya kecil Batang Ai.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Fail:P59.jpg
Pecahan P59 kepada DUN-DUN

Parlimen Bukit Gantang (P59) ini terdiri daripada 3 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Kuala Sepetang (N31), DUN Changkat Jering dan DUN Trong.[2] Yang menarik di kawasan ini adalah terdapat ADUN Changkat Jering menjadi ADUN Bebas apabila YB Mohd Osman Mohd Jailu mengisytiharkan dirinya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat.[3] Kerusi Bukit Gantang kosong berikutan YB Roslan dikatakan meninggal dunia pada 9 Februari 2009 di Batu Gajah, Perak dipercayai kerana serangan jantung semasa sedang menunggang basikal untuk ke farmasi.[4]

Profil Parlimen[sunting | sunting sumber]

Pengundi[sunting | sunting sumber]

Sejarah pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Jadual berikut merupakan rentetan pilihan raya di Bukit Gantang semenjak 1986:-

Tahun Ahli Parlimen Parti Lawan Parti Lawan Majoriti
1986 Dato Dr Abdullah Fadzil Che Wan BN BN-UMNO Baharddin Abd Latif PAS PAS 6,951
1990 Dato Dr Abdullah Fadzil Che Wan BN BN-UMNO Ustaz Azizan Mohamed Desa PAS PAS 7,213
1995 Dato Dr Abdullah Fadzil Che Wan BN BN-UMNO Abdullah Hudi Abdul Latif Semangat 46 Semangat 46 15,154
1999 Dato Dr Abdullah Fadzil Che Wan BN BN-UMNO Roslan Shaharum PAS PAS 5,101
2004 Tan Lian Hoe BN BN-Gerakan Lo' Lo' Mohamad Ghazali PAS PAS 6,702
2008 Roslan Shaharum PAS PAS Azim Zabidi Barisan Nasional BN-UMNO 1,566
M. Morgan BEBAS

Calon bertanding[sunting | sunting sumber]

Nama calon Parti
Ismail Safian Barisan Nasional Barisan Nasional-UMNO
Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin PAS PAS
Kamarul Ramizu Idris Bebas BEBAS

Calon Barisan Nasional[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Februari 2008 Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) telah memutuskan bahawa anak tempatan daripada UMNO akan dipilih sebagai calon.[5] Antara nama yang disbut-sebut ialah pensyarah Kolej Islam Perak di Kuala Kangsar, Perak yang juga Timbalan ketua UMNO bahagian Bukit Gantang, Kamarulail Sulaiman.[6]

Abdul Razak Baba, Anggota jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Bukit Gantang turut menawarkan diri pada 18 Februari 2009 kerana yakin dengan kebolehan untuk memimpin, mengurus dan mentadbir yang ada pada dirinya yang merupakan ciri diperlukan oleh seorang wakil rakyat, selain berpengetahuan luas serta memahami masalah masyarakat Melayu, Cina dan India di Bukit Gantang.[7]

Akhirnya, Pengerusi UMNO Perak merangkap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan secara rasmi Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Bukit Gantang Ismail Safian dipilih sebagai calon Barisan Nasional pada 14 Mac 2009.[8] Beliau merupakan Pengarah Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara dan berasal dari Kampung Kubu, Bukit Gantang. Pada pemilihan UMNO bahagian pada 2008, Ismail tewas kepada Adun Trong Datuk Rosli Husin dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang.[9]

Calon Pakatan Rakyat[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Februari 2009, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham secara peribadinya mencadangkan PAS menimbang untuk meletakkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai calon pilihan raya kecil kawasan Parlimen Bukit Gantang.[10] Walaubagaimanapun, sehari selepas itu, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan cadangan DAP itu. Beliau yang masih menganggap Nizar sebagai Menteri Besar Perak, mengatakan tidak elok jika Menteri Besar menjadi Ahli Parlimen dalam masa yang sama.[11]

Walaubagaimanapun, akhirnya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai calon PAS di Taman Kota Jaya di Simpang, Perak.[12]

Calon lain[sunting | sunting sumber]

Pada 17 Februari 2009, Ahmed Aki, seorang bekas pemimpin DAP Perak menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Bebas. beliau mengatakan calon Bebas adalah wakil rakyat yang paling sesuai bagi penduduk Bukit Gantang kerana calon yang mewakili parti politik hanya memberi masalah kepada rakyat. Sebelum ini beliau pernah bersaing merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chemor pada Pilihan raya umum Malaysia 1982 dan DUN Aulong pada 1990 mewakili DAP.[13]

Suasana pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pra pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pakatan Rakyat mendakwa jurang tempoh menjelang pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau diputuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipengaruhi Barisan Nasional (BN) dan UMNO. Tarikh 7 April 2009 dipilih untuk mengadakan pilihan raya adalah untuk memberi peluang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dijadualkan selepas Perhimpunan Agung UMNO pada 26 Mac 2009. PR mendakwa jika pilihan raya kecil diadakan sebelum perhimpunan agung dan kemungkinan Barisan Nasional (BN) kalah bagi kedua-dua kawasan itu, imej Najib sebagai bakal Perdana Menteri akan terjejas.[14]

Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dengan Kementerian Dalam Negeri menggantung dua akhbar Pakatan Rakyat selama tiga bulan. PR menganggap tindakan menggangtung akhbar rasmi PAS, Harakah dan akhbar rasmi PKR, Suara Keadilan secara langsung menghalang kempen media kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil.[15] Kementerian Dalam Negeri berkata Harakah milik PAS dan Suara Keadilan milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) didapati kerap kali mengeluarkan artikel yang mempersoalkan kedudukan raja-raja selain cenderung mengsensasikan berita-berita yang berunsur fitnah dan mengelirukan yang mewujudkan salah faham di kalangan masyarakat.[16]

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pendekatan projek pembangunan ‘mi segera’ yang setiap kali dijalankan UMNO dan Barisan Nasional dalam masa kempen pilihan raya tidak diamalkan di tiga pilihan raya kecil 2009 kerana usaha membantu rakyat miskin merupakan tugas berterusan dan melibatkan pembangunan bersepadu dalam jangka panjang.[17]

Hari penamaan calon[sunting | sunting sumber]

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil P059, Parlimen Bukit Gantang, Datuk Mahmood Morshidi mengumumkan dan mengesahkan tiga calon bertanding iaitu dari Barisan Nasional, PAS dan calon Bebas. Majlis pengisytiharan tersebut dibuat di Dewan Majlis Perbandaran Taiping.[18]

Kempen pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Malaysiakini.com dalam rencana tanpa nama pengarang, mengecam Barisan Nasional kerana menggunakan tiga penari berpakaian seksi untuk memancing undi dalam satu majlis makan malam di Bukit Gantang. Ia mendakwa bahawa pemimpin UMNO Zahid Hamidi telah menghina kaum Tionghua dengan mendakwa persembahan seksi sebegitu adalah sebahagian daripada budaya kaum Tionghua dan ia diadakan bagi "menghormati" mereka. [19][20]

PAS dan Pakatan Rakyat turut melihat pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang sebagai referendum terhadap Barisan Nasional yang dituduh Pakatan Rakyat sebagai mengambil alih kerajaan negeri.[21]

Malaysiakini dalam rencana tanpa nama pengarang, turut mendakwa penyokong Umno cuba mencabul petugas PKR pada 5 April 2009, dengan cuba melondehkan seluarnya di bilik gerakan Barisan Nasional.[22]

Akibat akhbar mereka digantung, PAS dan PKR masing-masing menerbitkan akhbar pengganti yang diberi nama Hujah dan Suara Keamanan.[23] Para wartawan Harakah berkempen dengan memakai baju T hitam khas dengan logo "23.3 Gantung!" sepanjang hari bekerja sebagai tanda bantahan dalam tempoh tiga bulan tindakan tersebut termasuk semasa berkempen di Bukit Gantang. Walaubagaimanapun, selelah Perdana Menteri baru menjawat jawatannya pada 3 April 2009, larangan kedua-dua akhbar itu ditarik balik. Selain itu beliau juga membebaskan 13 tahanan ISA di Perak.[24]

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengatakan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan keputusan Sultan Perak dilarang untuk dibangkitkan oleh parti-parti yang bertanding dalam kempen tiga pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Syarat baru itu dinyatakan sebagai perkara 3.5 dan 3.6. Syarat 3.5 mengatakan bahawa penceramah tidak boleh menghasut serta mempersoal keputusan yang dibuat oleh Institusi Raja manakala syarat 3.6 pula berkata 'tidak boleh sentuh isu Altantuya, isu perkauman dan isu keagamaan'. Dalam pada itu, syarat 3.7 pula berkata, 'kehadiran orang ramai adalah tanggungjawab pihak penganjur untuk mengawal mereka, jika kehadiran melimpah hingga di luar kawasan permit yang dipohon, pihak polis akan mengambil tindakan'.[25]

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat penampilan sulung membantu calon BN di Institut Kemahiran Mara Sungai Petani setelah menyertai UMNO selepas Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Razak mengangkat sumpah jawatan.[26]

Hari pengundian[sunting | sunting sumber]

Hanya calon BN, ismail Safiam yang boleh mengundi pada pilihan raya kali ini. Beliau dan isterinya berbuat demikian di SK Panglima Bukit Gantang pada 9.05 pagi.[27]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Rakyat: Pilihan raya kecil Bukit Gantang, 2009
Parti Calon Undi % ±%
PAS PR-PAS Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin 21,860 -
Barisan Nasional BN-UMNO Ismail Safian 19,071 -
Bebas BEBAS Kamarul Ramizu Idris 62 -
undi rosak 456 -
Majoriti 2,789 -
Peratusan mengundi 41,449 75.10 -

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau Serentak 7 April - Bernama
  2. "PERAK: P59 - Bukit Gantang", undi.info. 17 Februari 2009
  3. "PERAK: N14 - Changkat Jering", Undi.infom 17 Februari 2008.
  4. Bukit Gantang: SPR Tunggu Notis Dewan Rakyat - Bernama
  5. BN Pilih Anak Tempatan Tanding Parlimen Bukit Gantang - Bernama
  6. Bkt Gantang: Kamarulail tepati ciri-ciri calon BN - Malaysiakini
  7. AJK Umno Tawar Diri Bertanding Di Bukit Gantang - Bernama
  8. Ismail Safian Calon BN Bagi Bukit Gantang - Bernama
  9. Ismail Saffian calon BN Bukit Gantang - MStar Online
  10. Nizar Patut Bertanding Di Bukit Gantang - DAP - Bernama
  11. Nik Aziz Tidak Setuju Nizar Dicalonkan Di Bukit Gantang - Bernama
  12. Nizar, bekas MB Perak calon PAS di Bukit Gantang - Bernama
  13. Ahmed Aki tawar diri calon Bukit Gantang - Utusan Online
  14. Tetapkan tarikh Pakatan dakwa SPR dipengaruhi Umno, BN - Mstar Online. 14 Februari 2009
  15. Harakah digantung tiga bulan - Harakahdaily
  16. KDN Gantung Permit Akhbar PAS Dan PKR - Bernama
  17. Tiada projek ‘mi segera’ - Utusan Online
  18. Suasana Pilihan raya kecil Bukit Gantang - MStar Online
  19. BN's sexy girls fish for votes.
  20. BN's sexy girls fish for votes (mirror).
  21. Bukit Gantang: BN 'mohon restu rakyat' PAS kata referendum - MStar Online
  22. Petugas PKR dakwa cuba dicabuli penyokong Umno.
  23. Akhbar PKR: P'raya kecil 'kubur BN' - Malaysiakini
  24. Najib Mulakan Era Baru Dengan Membebaskan Tahanan ISA - Bernama
  25. ALarangan sentuh isu Sultan Perak, Altantuya di 3 pilihan raya kecil - MStar Online
  26. Lebih 5,000 Lepas Rindu Dengar Ucapan Tun Dr Mahathir Di IKM - Bernama
  27. Suasana Pilihan raya Parlimen Bukit Gantang - MStar