Pokok Jarum Tujuh Bilah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jarum Tujuh Bilah
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Liliopsida
Order: Liliales
Famili: Cactaceae
Genus: Pereskia
Spesies: P. sacharosa
Nama binomial
Pereskia sacharosa

Jarum Tujuh Bilah, jarum tujuh, pokok kanser, atau Chat Sim Chan ('Pereskia sacharosa/saecnarosa) merupakan sejenis pokok yang terdapat di Malaysia dan negara ASEA lainnya. Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar.Ia merupakan genus paling primitif dalam keluarga kaktus. Malah ia merupakan tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim kecuali tundra. Keadaan optimum untuk pertumbuhannya adala sinar matahari yang terang dan iklim tropika Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak.

Memiliki ciri yang hampir menyerupai pokok parisan, pokok ini juga mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk Arizal 2004.Ia juga boleh membiak melalui biji benih. Daunnya mudah gugur jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh semula apabila air mencukupi. Terdapat 15-20 spesis pereskia terutamanya dari afrika selatan,amerika tengah dan India barat. Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam, kerana itu juga ia dipanggil jarum tujuh bilah. Daunnya yang rangup boleh dijadikan ulam atau salad.

Morfologi[sunting | sunting sumber]

Pokok renek separa berkayu, bersaiz besar dan boleh tumbuh sehingga 5 m tinggi sekiranya tidak dicantas. Batang berwarna hijau ketika muda, bertukar coklat selepas matang, mempunyai 7 batang duri panjang, halus sperti jarum yang keluar berhampiran tangkai daun. Daun tunggal, susunan berpilin, bentuk bukur dengan hujung serta pangkalnya tirus, pucuk muda berwarna kemerahan dan bertukar warna menjadi hijau, permukaan berkilat, mudah bertunas. Bunga tunggal, bersaiz sederhana besar, keluar di hujung dahan, banyak kelopak bersusun berlapis-lapis, berwarna jingga, merah tua atau ungu. Buah sederhana besar, berbentuk bulat rata di atasnya seakan buah teratai, hijau ketika muda, kuning setelah tua, mengandungi beberapa biji hitam bersaiz sederhana besar.

Khasiat[sunting | sunting sumber]

Kandungan[sunting | sunting sumber]

Daun - air, karbohidrat, serat, gula, alkaloid, protein, kalsium, kalium, musilaj dan vitamin.

Perubatan[sunting | sunting sumber]

Memakan pucuk daunnya dikatakan dapat mengubati penyakit kanser, gout, kencing manis, tekanan darah tinggi dan sakit buah pinggang.[perlu rujukan]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]