Pokok Karas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Karas
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Malvales
Famili: Thymelaeaceae
Genus: Aquilaria
Spesies: A. malaccensis
Binomial: Aquilaria malaccensis Lamk


Pokok Karas ialah salah satu daripada lapan spesies dalam genus Aquilaria yang berasal dari Asia Tenggara, khususnya di hutan hujan Indonesia, Malaysia, Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, dan India utara. Tergolong dalam famili Thymelaeaceae, nama botaninya Aquilaria malaccensis Lamk. [1]

Pokok Karas tumbuh sehingga 6-20 meter tinggi. Daunnya yang berselang-seli mempunyai garisan tepi yang penuh dan hujung yang pendek dan tirus. Saiznya 5 - 11 sentimeter panjang, dan 2 - 4 sentimeter lebar. Bunga Pokok Karas berwarna hijau-kuning, dan dihasilkan dalam umbel; buahnya ialah sebiji kapsul berkayu sepanjang 2.5 - 3 sentimeter.

Pokok Karas paling terkenal untuk kayunya yang diisi tepu dengan damar. Kayu Pokok Aras merupakan salah satu daripada kayu yang termahal di dunia, dan dihargai dalam banyak budaya disebabkan kewangiannya, dan digunakan secara meluas untuk dupa dan minyak wangi.

Pengurangan Pokok Karas yang liar yang diakibatkan oleh penebangan sembarangan telah menyebabkan pokok ini disenaraikan sebagai salah satu spesies terancam. Kini, projek-projek telah dilaksanakan di sebilangan negara Asia Tenggara untuk menanam Pokok Karas supaya dapat menghasilkan kayu dengan cara yang dapat dikekalkan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]