Proton Satria
|
||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||
Proton Satria adalah model kereta hatchback 3 pintu keluaran Proton. Generasi pertama Proton Satria adalah berasaskan model Mitsubishi Mirage Cyborg, dikeluarkan pada tahun 1995 sehingga tahun 2006. Generasi kedua pula yang dikenali sebagai Proton Satria Neo adalah rekaan Proton sendiri, dikeluarkan pada tahun 2006 sehingga sekarang. Nama Satria yang bermaksud "pahlawan diraja" dalam Bahasa Melayu dipilih bagi menampilkan rasa sporty bagi kereta ini.
[sunting] Generasi pertama (Satria; 1995-2006)
Model generasi pertama Proton Satria boleh didapati dalam pilihan enjin 1.3L, 1.5L, 1.6L dan 1.8L. Model 1.3L dan 1.5L menggunakan enjin Mistubishi Orion yang turut digunakan dalam Proton Saga dan Proton Wira manakala model 1.6L pula menggunakan enjin Mitsubishi 4G9 yang juga digunakan pada Proton Wira 1.6L. Semua model didapati dalam pilihan transmisi manual manakala pilihan transmisi automatik pula didapati pada model 1.5L (3 kelajuan) dan 1.6L (4 kelajuan).
Selain itu, varian sports bagi generasi pertama Proton Satria juga boleh didapati iaitu:-
- Proton Satria GTI: Hatchback sport 3 pintu. Merupakan percubaan Proton untuk mengeluarkan versi sport dan market hatchback berkuasa tinggi,keluaran tahun 2002. Amat popular di Malaysia dan mempunyai pengikut yang ramai di Australia. Digerakkan oleh enjin 4G93 berkuasa 4 silinder 1.8 liter DOHC.
- Proton Satria R3: Merupakan versi terhad spek perlumbaan untuk Satria dengan hanya dikeluarkan sebanyak 150 unit. Merangkumi kerangka chasis ringan dan enjin 4G93 yang ditala semula.
[sunting] Generasi kedua (Satria Neo; 2006-sekarang)
Proton Satria Neo dilancarkan pada Jun 2006 sebagai pengganti kepada generasi pertama Proton Satria. Digerakkan oleh enjin Campro, model ini boleh didapati dalam 2 piilhan enjin iaitu 1.3L dan 1.6L. Model high-line 1.6L turut menawarkan ciri keselamatan seperti beg udara, ABS dan EBD. Semua model Satria Neo boleh didapati dalam pilihan transmisi manual serta transmisi automatik. Mulai tahun 2009, model high-line 1.6L kini menggunakan Enjin Campro CPS dengan teknologi pemasaan injap boleh laras yang menawarkan peningkatan kuasa sehingga 125 hp berbanding 110 hp pada enjin sebelumnya.
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Jenis | 1980an | 1990an | 2000an | 2010an | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Supermini | Tiara | Savvy | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Subpadat | Satria / Compact / Siri 300 | Satria Neo | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Sedan kompak |
Saga / MPi / Knight / Aeroback / Saga Iswara | Saga | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Wira / Persona / Siri 400 | Persona / Gen-2 Persona | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Gen-2 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Waja / Impian | Inspira | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Pertengahan | Perdana | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Coupe | Putra / Coupe / M21 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Pikap | Arena / Jumbuck | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Van | Juara | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| MPV | Exora | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Kereta konsep | Proton EMAS · Proton MPX · Proton PM 5 · Proton Tuah · Proton Kasturi · Proton Lekiu · Proton Lekir · Proton Satria Neo R3 Concept | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Edisi terhad | Proton Satria R3 · Proton Satria Neo R3 Lotus Racing | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||